Dari Kuala Lumpur ke Cappadocia
KUALA LUMPUR - Selasa, 28 April 2015
Hari yang sangat sibuk sebelum percutian bermula. Hampir jam 8.30 malam baru boleh meninggalkan pejabat.
Sampai di rumah, terus berkemas rumah ala kadar, packing baki barang yang masih di luar beg dan buat macam-macam perkara lagi. Target nak naik tren akhir jam 12.20 pagi ke KLIA. Sebab teksi sesat, tak jumpa rumah aku, makanya, terlepas tren akhir itu. Melayang hampir RM80 sewa teksi terus ke KLIA.
Sampai di KLIA, kaunter agak lengang. Alhamdulillah, urusan check-in berjalan lancar dan selesai cepat. Kami terus menuju ke terminal antarabangsa.
DOHA - Rabu, 29 April 2015
Selamat mendarat di Hamad International Airport jam 5.30 pagi waktu Doha. Beza waktu Doha lewat 5 jam dari Kuala Lumpur.
Masa 1 jam 40 minit yang ada sebelum penerbangan seterusnya tidak membolehkan kami untuk berehat panjang di airport itu. Cukup untuk membuat perkara-perkara perlu sahaja.
Penerbangan dari Doha ke Istanbul juga penuh dengan penumpang.
ISTANBUL - Rabu, 29 April 2015
Jam 12.20 tengahari (Waktu Turki). Flight Qatar Airways QR239 selamat mendarat di Ataturk International Airport, Istanbul. Orang memang ramai. Tersangat ramai. Jenuh juga menunggu giliran untuk melepasi kaunter imigresen.

Flight QR853 menuju ke Doha selamat meninggalkan bumi Malaysia jam 3 pagi. Badan yang memang sudah terlalu letih mudah aje membuatkan mata terlena sebelum flight betul-betul terbang dengan stabil. Sedar-sedar, hidangan malam sampai sejam selepas itu.
DOHA - Rabu, 29 April 2015
Selamat mendarat di Hamad International Airport jam 5.30 pagi waktu Doha. Beza waktu Doha lewat 5 jam dari Kuala Lumpur.
Masa 1 jam 40 minit yang ada sebelum penerbangan seterusnya tidak membolehkan kami untuk berehat panjang di airport itu. Cukup untuk membuat perkara-perkara perlu sahaja.
Penerbangan dari Doha ke Istanbul juga penuh dengan penumpang.
ISTANBUL - Rabu, 29 April 2015
Jam 12.20 tengahari (Waktu Turki). Flight Qatar Airways QR239 selamat mendarat di Ataturk International Airport, Istanbul. Orang memang ramai. Tersangat ramai. Jenuh juga menunggu giliran untuk melepasi kaunter imigresen.
Sebaik melepasi imigresen, kami terus ke baggage claim. Satu hal pulak apabila kami nak guna troli. Duit turkish lira satu sen pun tak ada. Memang sengaja tak tukar di Malaysia. Bawa semua duit Euro. Tengah kami mengomel-ngomel duit tak ada nak ambik troli, "nahhh" 1TL dihulur oleh seorang perempuan ala-ala tomboi pada kami. Orang Malaysia rupanya. Kami kata, kena tunggu kami tukar duit dulu baru boleh pulangkan duit dia. Tak payah katanya. Syukran..rezeki pertama dibumi Turki. hihiii
Beg settle sudah. Rupa dah tak berapa nak siap ni kena di touch up juga. Maklum tak mandi semalaman.
Sementara menunggu aku ke tandas, Qory pergi tukar duit TL di money changer yang ada di airport itu. Tukar tak banyak sebab kadar pertukaran rendah. Cukup la untuk perbelanjaan di Cappadocia nanti.
Penerbangan kami ke Cappadocia lambat lagi. Banyak masa untuk kami habiskan di airport. Aku kalut sangat sebelum berangkat ke mari sampai terlupa nak ambil sun glasses dalam kereta. Ikutkan malas nak beli lain tapi mengenangkan sekarang dah masuk musim panas, perlu juga ada sun glasses.
Kami pun merayau-rayau di kedai yang menjual pelbagai barangan. Cari sun glasses yang berharga paling murah sekali. Kalau di Malaysia, aku tak akan la membeli dengan harga macam tu. Ni kira terdesak dah ni, beli juga la.
Itu perbelanjaan pertama di Istanbul.
Selesai urusan itu, kami terus keluar mencari kaunter tourist information. Tujuan untuk bertanyakan tentang booth yang menjual sim kad local. Urusan itu diselesaikan oleh Qory sementara aku menunaikan solat zohor di surau yang ada di airport itu. Cukup selesa suraunya macam di Malaysia kecuali tiada telekung aje. Di sana rata2 orang perempuan solat pakai jubah atau seluar aje.

Selesai membeli sim kad Turkcell berharga TL90 untuk data sahaja (4GB). Turkcell ni macam Celcom la kalau kat Malaysia. Banyak tempat boleh dapat liputan katanya. Masa nak beli ni, kena register dulu. Boleh activate selepas 24 jam. Jadinya, sementara line boleh diaktifkan, kami guna dulu la wifi yang ada di airport.
Jarak dari terminal antarabangsa ke terminal domestik agak jauh. Jenuh juga berjalan sambil menolak troli yang sarat dengan 2 buah beg besar. Terminal yang agak kecil ni sesak dengan manusia. Kami check-in guna mesin self-check-in aje. Lagi mudah dan cepat. Tinggal untuk drop beg aje nanti.
Perut pun dah lapar. Ada sebuah cafe bernama "Kantin" di terminal ini. Makan jom!
Bosan ni nak tunggu sampai pukul 5.45 petang. Duduk pun dah tak larat. Dengan menolak troli, kami ronda-ronda di sekitar terminal. Saja tengok-tengok cenderahati tapi akhirnya terbeli rantai tangan evil-eye yang memang famous kat sini.Harga tak mahal pun, TL10 aje.
Waktu untuk drop beg di kaunter. Berdebar juga sebab kami timbang beg ni memang lebih 20kg sebuah. Sedangkan Turkish Airlines hanya membenarkan berat maksima 20kg per bag. Tapi, alhamdulillah lepas aje semuanya tanpa banyak soal.
Tips juga ni, kalau luggage terlebih 2-3kg tu, sila la daftar masuk awal. Insyaallah mereka tak berkira sangat kalau awal-awal ni.
Flight delay dekat 1 jam juga. Tempat duduk semua dah penuh dalam balai berlepas tu.
Rata-rata aku tengok orang yang menunggu flight ke Cappadocia ni adalah pelancong. Ramai juga dari asia macam kami. Cuma tak jumpa orang Malaysia aje.
Bersedia untuk menempuh 1 jam 30 minit perjalanan ke Cappadocia. Hidangan dalam flight Turkish Airlines ni kiut sangat.
Aku agak kami sudah hampir ke Cappadocia berdasarkan bentuk muka bumi yang boleh dilihat dengan jelas dari dalam kapal terbang. Kadang-kadang nampak tanah yang mendatar luas seperti padang. Kadang-kadang jelas terlihat batu yang bentuk berbukit-bukit. Ini pun dah nampak sangat cantik. Agaknya bagaimana la rupanya Cappadocia tu ye.
NEVSHEHIR-KAPADOKYA - Rabu, 29 April 2015
Ketika selamat mendarat di lapangan terbang Nevshehir, hari telah senja. Tadi sempat melihat matahari terbenam ketika masih di dalam perut kapal terbang. Subhanallah sangat indah kejadian alam.
Nevshehir airport ini kecil aje kawasannya. Lebih kurang macam yang di Lahad Datu masa aku bekerja di sana tahun lepas. Masuk aje dalam airport terus jumpa carousel belt tu. Beg pun sekejap aje kena tunggu.
Pemandu yang dihantar oleh pihak hotel telah bersedia menunggu kami. Penuh satu bas mini ala-ala van tu. Perjalanan dari airport hanya nampak kegelapan malam. Sekali sekala aje nampak dari jauh cahaya malap-malap yang datang dari rumah di tepi jalan.
Mata banyak kali juga tertutup dalam perjalanan ni. Di Malaysia dah pukul 1 pagi Khamis. Mana tak mengantuknya kami.
Bila bas ni dah mula masuk kawasan tinggi, mata kami dah mula terbuka luas. Kami berpandangan sesama sendiri. Makin tinggi kawasan kami naik dan makin banyak hotel gua yang sangat-sangat cantik terpampang sepanjang perjalanan. Tak tipu ni. Sungguh sangat-sangat cantik. Dengan cahaya lampu kuning yang menambah malap, aduh tak reti nak buat ayat macam mana untuk gambarkan cantiknya pemandangan depan kami ini.

Selepas berhenti di beberapa buah hotel, kami akhirnya tinggal berdua sahaja di dalam bas ini. Hotel kami bakal duduk nanti terletak di Ürgüp. Hotel yang pelancong-pelancong lain ini turun tadi, terletak di Goreme.
Sampai di Konak Cave Hotel yang bakal kami inap untuk beberapa hari ini nanti, sekali lagi kami berpandangan. Mak aiii, punya la tinggi nak daki bukit ni sambil seret beg besar, kata kami. Nak tak nak, seret la juga. Nasib baik sebaik sahaja sampai di atas, pekerja hotel ni berlari-lari datang ke arah kami untuk menolong.
Kami memang letih. Sangat letih. Namun, sebaik sahaja menjejakkan kaki di hotel ni, terbang sekejap rasa letih kami. Dekorasi hotel ni sangat antik. Simple tapi cantik. Urusan bersama owner hotel bernama Colline ni berjalan lancar. Selepas bayar sewa hotel untuk 4 hari 5 malam, berbincang untuk program pagi esoknya kami pun dibawa ke bilik untuk berehat.
Berbaloi bayar agak mahal untuk rate last minute. Walaupun bilik tak ada tingkap yang membolehkan pemandangan dilihat, impian untuk duduk hotel gua tercapai. Bilik air sangat besar dan bersih.
Hotel ni sangat dekat dengan Masjid. Setiap waktu boleh dengar azan berkumandang.
Malam ini, dinner kami adalah nasi dan lauk dalam tin. Kena tidur awal sebab esok kena bangun 4.30 pagi untuk program pertama, Hot-Air Balloon.
Iyi geceler!

Comments
Post a Comment
Ingatlah...Setiap Perkataan Diadili Kelak