Posts

Showing posts from 2010

04 July 2010_Jejak Al-Hambra (Part 3) @ Alcazaba

Image
Tepat jam 2 petang, kami mula beratur untuk masuk ke Alcazaba. Alcazaba merupakan sebuah kubu Moor di Sepanyol. Perkataan Alcazaba itu sendiri berasal dari perkataan bahasa Arab, Al-Qasbah (القصبة) iaitu sebuah benteng atau kubu berdinding. Alcazaba wujud di Almería (terbesar), Antequera, Badajoz, Granada, Guadix, Málaga, Mérida (yang tertua), Molina de Aragón and Alcalá la Real. Kesemuanya terletak di Sepanyol. Di Alhambra, Alcazaba merupakan bahagian tertua yang membentuk istana Al-Hambra. Adakah Alcazaba ini sama dengan Alcázar yang terdapat di Cordoba itu? Sebenarnya, kedua-dua perkataan ini mempunyai etimologi (cabang ilmu linguistik yang mengkaji asal usul dan perkembangan sesuatu kata) dalam bahasa Arab, Al-Qasr yang mana bermaksud benteng atau kubu. Pembinaan Alcazaba merangkumi Torre del Cubo (Menara Bucket), Arms Square (Plaza de Armas), Arms Tower, Watch Tower (Torre de la Vela) dan Garden of the Ramparts ( Jardín de los Adarves). Apabila anda berada di atas Torre del Cub...