04 July 2010_Jejak Al-Hambra (Part 1)
Al-Hambra
Album :
Munsyid : Far-East
http://liriknasyid.com
Di tengah kesibukan kota Granada
Kini terbina indah sebuah menara
Setelah lima ratus tahun menunggu
Akhirnya azan terdengar di situ
Suara itu kembali bergema
Mengajak sujud pada Yang Esa
Bersihkan segala debu dan noda
Yang terpalit di kubah Al-Hambra
c/o
Al-Hambra
Singgahsanamu pernah bersinar
Al-Hambra
Indralokamu merah bercahaya
Dengan cahaya iman dan taqwa
Terdengar azan di kota lama
Gemersik di seluruh buana
Nyalakan cinta yang membara
Perjuangan yang tiada sudahnya
Sejarah seringkali bertandang
Tamadun silam kembali gemilang
Bangun Granada dan Kordova
Teguhkan istana Al-Hambra
Al-Hambra
Singgahsanamu pernah bersinar
Al-Hambra
Indralokamu merah bercahaya
Umat silam membina empayar
Kegemilangan
Al-Hambra ..Al-Hambra
Andalusia oh Al-Hambra
Al-Hambra
Singgahsanamu pernah bersinar
Al-Hambra
Indralokamu merah bercahaya
Bagunlah Granada berdirilah Kordova
Teguhkan kembali istana Al-Hambra
Ssuburkan semangat Andalusia
Subur semula Al-Hambra
Bait-bait lagu ini selalu aku dengar. Walaupun melodinya cukup aku gemari, namun, hanya sebutan Al-Hambra yang melekat dalam kepalaku. Tidak pernah aku kaji keseluruhan liriknya. Apatah lagi, mencari kisah disebalik lagu ini.
Namun, ada hikmahnya rancangan bercuti ke Sepanyol ini. Seperti yang aku ceritakan dalam entri sebelum ini, semua fakta tempat-tempat menarik di sini, aku cari sebaik sahaja merancang untuk ke sini.
Alhambra...
Sejarahnya berlangsung hampir 800 tahun yang lalu. Merupakan istana dan benteng yang paling indah dari peninggalan arkitektur Islam di Kota Granada, Selatan Sepanyol. Juga, salah satu bukti sejarah dari ketinggian peradaban dan kesenian Islam.
Disebut demikian kerana dinding kemerahan (dalam bahasa Arab, («qa'lat al-Hamra '» bererti Red Castle). Ada juga pendapat lain menyatakan pemberian namanya kerana terletak di atas tanah yang berwarna merah. Tidak kurang juga, pendapat lain yang percaya namanya berasal dari Al-Ahmar iaitu orang yang membinanya. Ianya terletak di atas bukit al-Sabika, di kiri Sungai Darro, di sebelah barat kota Granada dan berhadapan dengan Albaicin dan Alcazaba.
Kedudukan Al-Hambra di atas titik yang sangat strategik, dengan pemandangan keseluruhan kota dan padang rumput (la Vega). Di atas fakta inilah sejarawan (orang barat la) percaya bahawa wujudnya bangunan lain di sini sebelum umat Islam tiba. Kompleks ini dikelilingi oleh benteng dan mempunyai bentuk yang tidak teratur. Benteng ini menyekat bahagian Utara lembah sungai Darro, bahagian Selatan lembah al-Sabika dan bahagian Timur jalan Cuesta del Rey Chico. Jalan Cuesta del Rey Chico juga merupakan sempadan antara Albaicin dan taman Generalife yang terletak di atas Bukit Matahari (Cerro del Sol).
Dokumen sejarah yang pertama mengenalpasti Al-Hambra berasal dari abad ke-9 dan merujuk kepada Sawwar bin Hamdun yang telah mencari perlindungan di Alcazaba pada tahun 889 kerana perang saudara yang menghancurkan kekuasaan Khalifah di Cordoba. Kawasan ini kemudiannya diperluas dan dihuni walaupun masih belum ramai kerana Raja Ziri mendirikan tempat tinggal mereka di bukit Albaicin.
Istana Al-Hambra telah ditambah pada abad ke-9 yang menjadikannya kubu tentera dengan pemandangan keseluruhan kota. Namun demikian, selepas kedatangan raja pertama dari Dinasti Nasrid, Mohammed bin Al-Hamar (Mohammed I, 1238-1273) pada abad ke-13, istana ini telah dijadikan kediaman diraja. Inilah permulaan kegemilangan Al-Hambra.
Di bawah pemerintahan Mohammed bin Al-Hamar, bahagian lama Alcazaba diperkuatkan dengan pembinaan Watch Tower (Torre de la Vela) dan Keep (Torre del Homenaje). Air dari Sungai Darro telah dialirkan kesini, gudang telah dibina dan kerja-kerja pembinaan istana dan benteng bermula. Kerja-kerja pembinaan dan perluasan ini diteruskan oleh Mohammed II (1273-1302) dan Mohammed III (1302-1309), yang telah membina tempat pemandian umum dan Masjid yang pada hari ini menjadi Church of Saint Mary.
Yusuf I (1333-1353) dan Mohammed V (1353-1391) merupakan orang yang bertanggungjawab bagi kebanyakan pembinaan Al-Hambra yang kita kagumi pada hari ini. Dari pembaikpulihan Alcazaba dan istana, sehingga ke Patio of the Lions (Patio de los Leones), perluasan kawasan benteng, Justice Gate (Puerta de la Justicia), penambahan dan dekorasi menara, bangunan Baths (Baños), Comares Room (Cuarto de Comares) dan Hall of the Boat (Sala de la Barca). Hampir semua yang boleh dilihat hari ini adalah dari hasil usaha Raja Nasrid.
Harus kita ketahui, semasa zaman Monarki Katolik, Charles V telah memerintahkan pemusnahan sebahagian kompleks ini untuk tujuan pembinaan istana yang meletakkan namanya. Juga, pembinaan Emperor's Chambers (habitaciones del Emperador) dan Queen's Dressing Room (Peinador de la Reina) dari abad ke-18, telah terbengkalai. Semasa kekuasaan Perancis, bahagian kubu telah diletupkan dan sehingga abad ke-19 barulah proses pembaikan, pemulihan dan memelihara kompleks ini dilakukan sehingga ke hari ini.
Ikuti perjalanan kami menjejaki sejarah ketamadunan Islam yang sangat hebat beratus-ratus tahun dahulu dalam entri seterusnya...
Gambar Al-Hambra diwaktu matahari hampir terbenam, diambil dari Albaicin. Lampu yang terpasang, lebih menampakkan kemerahan istana ini.
Comments
Post a Comment
Ingatlah...Setiap Perkataan Diadili Kelak