About Sweden...

Meh kita cite sikit fakta mengenai Sweden. Negara ini merupakan sebuah negara Nordik di Semenanjung Scandinavia di Eropah Utara. Panggilan lain untuk Sweden adalah Sverige. Merupakan negara ke-3 terbesar di Kesatuan Eropah dengan kepadatan penduduk 9.3 juta. Ibu negaranya ialah Stockholm. Sweden merupakan negara socialis.

Ni wilayah2 yang terdapat di Sweden:

Ångermanland · Blekinge · Bohuslän · Dalarna · Dalsland · Gästrikland · Gotland · Halland · Hälsingland · Härjedalen · Jämtland · Lappland · Medelpad · Närke · Norrbotten · Öland · Östergötland · Scania (Skåne) · Småland · Södermanland · Uppland · Värmland · Västerbotten · Västergötland · Västmanland

Lawatan aku ke sana sempat pergi ke 3 wilayah iaitu Uppland (Stockholm), Östergötland (Linköping) dan Uppland (Uppsala).

Negara yang berjiran dengan Sweden adalah Estonia, Latvia (Negara ni aku dah pegi masa musim luruh 2008), Lithuania, Russia, Poland, Germany, Norway and Denmark.

Merupakan negara 4 musim, aku difahamkan Sweden mengalami musim sejuk yang lebih panjang dari negara2 lain sebab kedudukannya yg lebih ke utara. Sekarang ni pun musim sejuk dah masuk bulan ke-7. Kalau nak puasa sunat ke ganti ke masa ni lah sebab siang lebih pendek dari malam. Kalau musim panas, siang menjangkau sampai 22 jam, matahari nampak macam tak pernah tenggelam. Paling2 gelap pun macam waktu lewat maghrib kat negara kita.

Kerajaan negara ni memberi peluang pendidikan secara percuma kepada penduduknya.Tak hairanlah kalau ada yg sambung belajar sekadar suka2.Kat sini mengamalkan Gender equality (kesetaraan jantina) di mana lelaki dan perempuan mempunyai peluang yang sama, hak dan kewajipan dalam semua bidang kehidupan. Sebab tu kat sini international student ramai sgt sebab diaorang berebut nak sambung belajar percuma. Walaubagaimanapun, mulai tahun depan kerajaan Sweden akan kenakan yuran pengajian pada student asing. Perkara ini merisaukan para saintis kerana mereka bakal 'kehilangan' pelajar-pelajar yg berpotensi dan mahir. Negara ini sangat mementingkan 'research'. Untuk pengetahuan semua, sejarah hadiah Nobel (Alfred Bernhard Nobel) bermula dari negara ini. (Sila rujuk http://en.wikipedia.org/wiki/Nobel_Prize)

Menggunakan matawang Krona (RM1 = SEK2.15),kos sara hidup di sini sangat tinggi.Bayangkan untuk masuk ke tandas awam it will cost you almost RM5. Belum lagi makanan, tambang dll. Bayaran perubatan pulak usah ceritalah. Kat sini rawatan perubatan sangat mahal. Kalau tak de 'personnummer', mmg kene bayar mahal gile, mengjangkau beribu2 RM juge la utk penyakit ringan seperti selsema. Tapi kalau ade insurance atau 'personnummer' kira selamat la. Cumanya, kita perlu membayar ubat kita sendiri. Ubat leh ambik kat mana2 pharmasi serata Sweden ni sebab sistem diaorang online. Yang bagusnya, kita hanya perlu bayar ubat up to SEK1800 (+-RM900) je setahun, selebihnya kerajaan diaorang tanggung. Personnummer tu kira macam no IC kita la. Infact, Malaysia tiru cara no ic Sweden cuma yg beza, kita ada 2 digit selepas tarikh lahir kita dan dorg tak de.

Satu yg aku perasan, kat sana tak wujud klinik di merata-rata tempat. Yang ada cuma hospital (sjukhus) dan farmasi (apotek). Kalau kat sini, merata2 tempat ada klinik. Siap dalam satu kawasan, sampai 3-4 klinik wujud. Masa aku ikut kawan Qory hantar suami dia ke klinik Dr. Azian (orang Malaysia yang dah kawin dengan Swedish dan menetap disana) untuk develop sistem kat klinik tu, berpeluang la aku tengok klinik kat sana. Tu pun tengok dari luar aje. Sebab tu la agaknya orang sane begitu menjaga kesihatan.Waktu keje fleksible.Kedai tutup awal, paling lewat pukul 8 malam. Kami la yg tensennya sebab tak sempat nak shopping bila kedai tutup awal. Budaya restoran dan kedai2 yg buke sampai lewat malam tuh dah berlalu 30 tahun dulu. Bile diaorang buat kajian yg budaya ni sebenarnya tak elok sebab org akan letih bile nak keje hari Isnin dan kurang masa berkualiti bersama keluarga, maka diaorang ubah cara hidup diaorang. So, budaya tu la dihantar ke negara2 membangun macam Mesia dan kita lak bangga sebab leh duk kat kedai mamak 24 jam dan pi berjalan tak hengat dunia.

Warga emasnya pulak dapat elaun khusus. Tongkat beroda diberi secara percuma kepada warga emas. Sesiapa yang ada anak akan dapat elaun. Bukan setakat melahirkan anak, ambik anak angkat pun dapat kemudahan yang sama. Negara ni pun dikenali sebagai negara kebajikan. Terima ramai pelarian.

Cukai pendapatan di Negara ini adalah antara yang tertinggi di dunia. Tapi apa diaorang nak kisah kan? Gaji sebulan pun ribu2 walaupun hanya sebagai tukang sapu atau penghantar surat khabar. Sistem pembayaran cukai di sini sangat mudah. Cukai akan dipotong secara automatic dari gaji dan dibayar terus ke Swedish Tax Agency.

Sistem pengangkutan awamnya sangat efisien.Kalau korang baca dalam Utusan Malaysia bertarikh 10 Mac 2010, ada sebut Stockholm merupakan antara bandar di dunia yang paling berjaya dalam menyediakan kemudahan "park n ride". Bas atau train sampai tepat mengikut waktu.

Nak beli tiket kat sini cukup mudah. Tiket boleh dibeli secara bulanan atau mingguan. Satu tiket digunakan untuk semua jenis pengangkutan awam di semua zon dalam Stockholm. Kalau ada kad pelajar, boleh dapat diskaun. Tiket ni boleh dibeli dikaunter setiap stesen bas, t-bana atau pendeltåg dan Pressbyrån (kedai serbaneka macam 7E tu).

Selain dari tu, tiket juga boleh dibeli memadai dengan menghantar SMS. Tunjukkan no tiket dalam SMS tersebut kepada pemandu bas atau kat subway station entrance. Nak bayar duit parking pun boleh pakai SMS. Kalau beli tiket train menerusi SMS, siap remind kat kita lagi schedule train pada hari perjalanan kita.

Ni artikel aku dapat dari internet yang ditulis oleh rakyat Amerika…

I write from Sweden, where my ignorant American eyes are constantly being opened wider by how much text messaging, or SMS is used for everyday purposes here. I have been researching the many and varied uses of text messaging and am sad that America lags so far behind in this. To be fair, the Swedes tell me that they and Finland are the leaders (due to Ericsson and Nokia) across Europe as well. I'm not sure if this is true, but I believe it. My first trip here was 10 years ago, and I remember how everyone had a mobile phone, while few people did in America.

Wauu, kalau Amerika pun dah rasa ketinggalan pada masa tu, agak2nya kita camne ek?


Kat sana pengangkutan paling famous untuk student adalah basikal.Ada yang pegi keje pun naik basikal. Motosikal? aku rasa macam jumpa sebiji dua je atas jalan, tu pun bukan jalan besar. Lampu kete kena sentiasa pasang sbb keadaan kat sana berkabus. Tambah2 lagi bila musim sejuk. Tayar kete kena tukar bila musim sejuk sebab keadaan jalan raya yg licin tak sesuai menggunakan tayar biasa.

Diaorang ni kebanyakannya free thinker.Generasi muda ramai yg mengaggap gereja hanya untuk generasi tua.Fakta yg aku petik dari website www.sweden.se, hanya seorang dari 10 orang yang menganggap agama penting dalam kehidupan.Kalau kat sini, Kristmas disambut pada 25 Disember, tapi kat sana 24 Disember. Selepas Kristmas, ada boxing day iaitu hari dimana jualan murah secara besar-besaran diadakan.Kalau nak beli barang dengan harga murah, masa ini lah. Sesuai sangat la nama boxing day tu sebab kena berebut2 kan..

Musim panas pulak ada midsummer day. Ada sesetengah swedes menganggap hari tu sebagai national day. Aku difahamkan midsummer ni diraikan sebab pada hari tersebut, siang lebih panjang berbanding hari2 lain di musim panas. Kalau nak berurusan dgn mana2 pejabat mmg susah sebab dorg bercuti lama musim panas, esp selepas midsummer. Kalau nak cari dorg dalam bulan 8 baru ade biasanya.

Bahasa yang digunakan kat sini adalah bahasa ibunda diaorang. Tensen jugak la bila berurusan dengan orang2 Sweden ni. Mereka akan cakap bahasa diaorang walaupun dah terang2 kita ni bukan bangsa mereka. Satu lagi, kalau pun mereka boleh bercakap bahasa inggeris, tak ada lah betul sangat pun grammarnya. Sebab tu tak malu sangat la kalau b.i aku tunggang langgang.Hahaha...

Oh!yerk, satu lagi budaya yang jarang aku lihat kat Malaysia adalah kaum bapa membawa anak2 berjalan tanpa diiringi si isteri. Sorong baby dalam stroller dan turun naik bas merupakan perkara biasa kat sana. Dalam bas memang ada tempat khas untuk letak stroller budak. Nampak penyabar dan penyayang sangat kaum bapa kat sana. Kalau kat sini selalunya si ibulah yang dok kendong anak turun naik bas atau pengangkutan awam yang lain. Mungkin gak ini salah satu amalan dalam Gender equality diaorang.

Berdasarkan pengamatan aku sepanjang berada di sana, aku dapati mereka tidak ghairah dengan trend ringing phone. Tak ada pun aku dengar lagu2 terkini ke evergreen ke bila handphone diaorang berbunyi. Semuanya ringing tone biasa yang dah ada dalam handphone tu.Tu pun amat jarang kedengaran bunyi hand phone, tau2 aje dah dgr diaorang pick up the phone! Aku malu sendiri bila handphone aku berbunyi dalam train dan rasa macam semua orang pandang aku. Rasa macam dah membuat pencemaran bunyi. Semua ni buat aku terfikir keadaan kat Malaysia. Ramai orang khususnya golongan muda dan remaja berlumba2 tukar ringing phone. Sanggup berbelanja hanya untuk mendapatkan lagu kegemaran.

Aku tulis macam ni bukan la sebab nak mengagung2kan negara orang. Mana yg elok jadikan ikutan,yg buruk tak yah la aku kongsi ngan korang. Korang pun paham2 sendiri2 la budaya masyarakat barat.

Comments

  1. Masukla cite citi skali dgn gambar lama xnengok dia, k limah

    ReplyDelete
  2. Permintaan akak akan ditunaikan sedikit masa lagi.Tunggu yerk..

    ReplyDelete
  3. bagus juga heliz ceritakan tntang sweden ..negara pengeluar volvo ni... menarik di bahagian yg agama... mungkin patutlah negara ni ramai org mudanya yg jadi budak-budak "metal" punk dan sebagainya sbb diorang pandang enteng pada agama.... dan saya juga apa yg saya tahu ,ini dari seorang rakan facebook sy seorang germany tapi dok di sweden.. katanya ,jika berlaku pperbalahan agama kedua-dua pihak yg berbalah akan ditahan dan dikenakan tindakan ,tak tau lha tindakan apa... cuma diorang bebas untuk jln peranan agama mengikut cara masing2... bab bahasa katanya ..ia sama mcm germany kan...guna bahasa svenska...sy tak pernah pergi..tapi syukurlah ada rakan fb yg tinggal di sweden..dia tak kekok nak crite mengenai negara nya dgn saya...

    ReplyDelete

Post a Comment

Ingatlah...Setiap Perkataan Diadili Kelak

Popular posts from this blog

#4. Projek Mengecat

Tak ada "ong"