Posts

Showing posts from September, 2010

10 July 2010_Billund.Skagen

Image
Orang kata, kalau dah sampai ke Denmark, tak sah kalau tak melawat Legoland. Ada juga yang berkata, pergilah Legoland kalau korang menyokong Yahudi! Tepuk dada, tanya niat...niat aku, hanya ingin menambah pengalaman. Apa yang menariknya di sini sampai kan jadi syarat sah bila datang ke Denmark? Maka, atas sebab itulah kami berada di Billund sekarang ini. Check-out dari hotel pukul 10am. Bila tengok kami dah siap angkat beg, owner hotel ni macam dah berubah muka sebab kami tak bersarapan dulu. Lepas terangkan kat dia yang kami nak hantar beg ke kereta dulu, baru dia senyum dan terus siapkan meja untuk kami. Menu yang dihidangkan, roti dan danish cheese, buah, jus oren dan air teh. Perjalanan dari hotel ni ke Legoland dalam 20 minit. Kami antara yang terawal sampai. Waktu ini, matahari dah memancar terik. Siap telan panadol sebelum masuk. Bayaran parking memang mahal giler, DKK 50. Tiket masuk pula, DKK 350 seorang. Cuma yang tak bestnya, bila nak masuk tempat seperti tayangan video 4D...

09 July 2010_Grenen.Skagen.Denmark

Image
Skagen dianggap sebagai sempadan di antara Skaggerak dan Kattegat. Di hujung Skagen inilah terletaknya sebuah tanjung dikenali sebagai Grenen. Di sinilah pemandangan menakjubkan boleh dilihat, di mana dua ombak clashing together dari kedua-dua sisi tanjung ini. Ombak yang saling memukul ini adalah dari dua bahagian Laut Utara (North Sea) yang bertemu iaitu Skaggerak dan Kattegat. Skaggerak ini merupakan Selat yang memisahkan Denmark dan Norway. Manakala, Kattegat merupakan Teluk yang memisahkan Denmark dan Sweden. Lepas check-out pada pukul 9 pagi, kami meneruskan perjalanan ke Grenen, Skagen untuk melihat sendiri keajaiban ciptaan Allah ini. Tetapi, sebelum tu, kena isi petrol dulu. Eh, silap...diesel sebenarnya. Kereta ini menggunakan diesel. Stesen minyak terletak tidak jauh dari hotel. Harga petrol RON92 di sini berharga hampir RM6 seliter. Gulpp! Sementara menunggu Qory isi minyak, sempat snap beberapa keping gambar pemandangan sekitar stesen minyak. Antaranya.... Adakah signboard...