10 July 2010_Billund.Skagen

Orang kata, kalau dah sampai ke Denmark, tak sah kalau tak melawat Legoland. Ada juga yang berkata, pergilah Legoland kalau korang menyokong Yahudi! Tepuk dada, tanya niat...niat aku, hanya ingin menambah pengalaman. Apa yang menariknya di sini sampai kan jadi syarat sah bila datang ke Denmark? Maka, atas sebab itulah kami berada di Billund sekarang ini.

Check-out dari hotel pukul 10am. Bila tengok kami dah siap angkat beg, owner hotel ni macam dah berubah muka sebab kami tak bersarapan dulu. Lepas terangkan kat dia yang kami nak hantar beg ke kereta dulu, baru dia senyum dan terus siapkan meja untuk kami. Menu yang dihidangkan, roti dan danish cheese, buah, jus oren dan air teh.


Perjalanan dari hotel ni ke Legoland dalam 20 minit. Kami antara yang terawal sampai. Waktu ini, matahari dah memancar terik. Siap telan panadol sebelum masuk. Bayaran parking memang mahal giler, DKK50. Tiket masuk pula, DKK350 seorang.









Cuma yang tak bestnya, bila nak masuk tempat seperti tayangan video 4D ke, aquaria ke, kena bayar lain. Maksudnya, bayaran DKK 350 tu hanya untuk duduk dalam taman tu aje. Bila dah masuk, aku tengok tempat ni biasa aje. Aku bukan dibesarkan dengan permainan Lego dan tak tahu karektor-karektor Lego, so tak ada yang menarik perhatian aku pun. Lagipun, Lego ni kan permainan yang mahal. Mana la mampu nak beli masa kecil-kecil dulu. Tau pun tidak sebab teramatlah jarang dapat masuk shopping complex masa kecil. Bila dah kerja, baru kenal..huhu








Tempat ni sesuai dilawati kalau bawa budak. Berbanding dengan Disneyland, memang jauh beza level keseronokkannya. Kalau Disneyland tu, rasa macam tak puas walaupun dua hari pergi ke taman tu. Rasa macam nak pergi lagi. Tapi kat sini, rasa lambatnya masa berlalu. Ingatkan satu hari pun tak cukup nak duduk sini, rupanya belum 2 jam aku dah bosan yg teramat sangat. Ingatkan hanya aku sorang berperasaan begitu, rupanya si Qory pun sama. Akhirnya kami sepakat untuk cepat-cepat habiskan lawatan dan blah dari situ. Kami hanya naik keretapi dan monorel. Alahai bosannya....















Namun AWAS, ini hanya catatan berdasarkan pengalaman aku. Bukan bermaksud tempat ini tidak menarik langsung okey.

Jam 3pm, kami dah keluar. Lepas isi minyak, kami teruskan perjalanan ke Copenhagen. Kat Denmark, ejaan Copenhagen adalah København. Memandu dari Billund ke Copenhagen memakan masa 5 jam. Jauhnya...

Bila dah separuh perjalanan, baru kami berhenti di r ‘n’ r. Ingat nak makan nasi, tapi lauk daging yang dibawa dari rumah basi sebab cuaca terlalu panas. Apa lagi, keluarkan dapur dan periuk, kami masak maggi! Mat & minah salleh yang melalui meja kami, dok jeling-jeling tengok gelagat 2 orang perempuan bertudung ni memasak kat r ‘n’ r. Lepas makan baru lega, sebab asyik makan makanan sejuk je sejak sampai ke Denmark.



Lepas sejam setengah, kami teruskan perjalanan. Apa yang aku lihat, sepanjang jalan banyak ladang di kiri kanan jalan. Dari jauh nampak licin macam padang golf. Cantiknya...

Sampai di Copenhagen pukul 7+pm. Kami menginap di hotel Rossini. Hotel ni kami memang tak rekomen kepada korang yang nak pergi bercuti musim panas. Air-cond tak ada, tingkap bilik pula cuma boleh buka sikit aje. Lebih malang kalau dapat bilik macam kami, yang menghadap bangunan parking. Panas gila sampai tak boleh nak tidur. Kalau nak tengok tv, kena bayar lain. Tak tengok tv lah jawabnya kami. Cuma kelebihannya, hotel ni dekat dengan stesen keretapi. Tak sampai 10 minit berjalan kaki. Tujuan kami cari hotel berdekatan dengan stesen keretapi sebab tak bawa kereta ke bandar Copenhagen.Masalah susah nak parking dan bayaran parking yang mahal.

Tempat kami duduk ni namanya Valby. Kat sini ramai orang Pakistan muslim. Ada restoran makanan halal dan kedai daging mentah halal pun banyak.



Lepas letak barang, kami keluar berjalan-jalan sekitar hotel. Waktu ni semua kedai dah tutup. Ikutkan memang malas nak keluar sebab badan tersangatlah penat. Kami round sampai ke stesen keretapi Valby untuk dapatkan info train ke Conpehagen. Kat kedai runcit di situ, kami beli tiket siap-siap.


Gambar atas : Tempat parking khusus untuk basikal. Unik kan?


Keluar dari stesen keretapi, kami cari sebuah restoren Pakistan muslim yang ada disekitar sini. Berpandukan arah yang ditunjukkan oleh pak cik kedai runcit yang kami temui berhampiran stesen keretapi tu tadi, pencarian kami berjaya akhirnya. Kami hanya order burger sebiji untuk share dua orang. Cukuplah untuk alas perut.

























Comments

Popular posts from this blog

About Sweden...

#4. Projek Mengecat

Tak ada "ong"