Akal seorang anak kecil
Minggu lepas, abang & keluarganya balik kampung. Gembira bukan kepalang aku dan adik-adik dapat bertemu dua permata hati kami sekeluarga. Anak buah yang dah 6 bulan lebih kami tak jumpa. Mesti dah bertambah besar dan banyak keletah.
Memang betul pun...si abang yang berusia 4 tahun 7 bulan dah bertambah gemuk. Bulat aje badan sampaikan seluar raya yang dibeli oleh Mak De nya ketat di bahagian perut. Si adik pula, masih belum pandai bercakap tetapi sangat suka tersengih. Dulu, masa dia masih bayi, punya susah nak senyum apatah lagi gelak walaupun diagah berkali-kali. Si kecil ni dah berusia 1 tahun 9 bulan.
Si abang memang banyak cakap dan peramah. Mungkin mewarisi sifat abahnya. Bila dia bercakap atau bertanya, macam tak percaya dia baru berumur 4 tahun lebih.
Semalam masa dia nak balik ke rumah nenek sebelah ibunya di Port Dickson, beria-ia dia ajak aku ikut dia. Bila aku tanya nak ke mana, dia jawab Kuala Lumpur.
Aku pun saje cakap, pergi ambil baju ma nah (dia panggil aku ma nah sebab susah nak sebut mak ngah). Dia pun berlari masuk bilik aku. Tak sampai 2 minit dia keluar balik, sambil cakap "ma nah, tak boleh. Pergi la ambil baju biru". Aku cakap, mana ada baju warna biru. Dia beria-ia kata ada.
Disebabkan aku cakap tak ada baju biru, sekali lagi dia berlari masuk bilik. Tak lama kemudian, dia datang semula kat aku sambil membawa sepasang baju kurung berwarna biru dengan hanger sekali. Subhanallah...macam nak menitis air mata aku melihat kecerdikan budak ni.
Pertamanya sebab dia begitu bersungguh nak aku ikut. Bagi budak sekecil dia, tentu tak boleh nak capai baju yang digantung dalam almari. Bersusah payah dia ambil kerusi meja solek dan dapatkan baju ini. Kedua, aku sendiri tak ingat ada baju kurung biru ini. Bagaimana dia boleh pilih baju ini sedangkan banyak lagi baju kurung warna lain dalam almari tu. Tak terkata aku buat seketika sambil berpandangan dengan adik aku. Panjang akal sungguh budak ini.
Sedihnya kerana terpaksa menghampakan permintaannya. Hanya aku yang diajak ikut sekali, sedangkan Mak De dan Pak Usu tak diajak pula. Hari sebelum tu pun, masa dia nak pergi bergunting rambut di bandar, diajaknya aku ikut. Bila aku tanya "Pak Usu tak ajak ke?" Dia jawab "Pak Usu ada kereta dia". Dari situ aku agak, dia kesian pada mak ngah nya ini sebab tak ada kereta.
Sifat-sifat macam ni lah yang selalu buat orang terhibur dengan keletah budak kan?
Comments
Post a Comment
Ingatlah...Setiap Perkataan Diadili Kelak