09 July 2010_Grenen.Skagen.Denmark
Skagen dianggap sebagai sempadan di antara Skaggerak dan Kattegat. Di hujung Skagen inilah terletaknya sebuah tanjung dikenali sebagai Grenen. Di sinilah pemandangan menakjubkan boleh dilihat, di mana dua ombak clashing together dari kedua-dua sisi tanjung ini. Ombak yang saling memukul ini adalah dari dua bahagian Laut Utara (North Sea) yang bertemu iaitu Skaggerak dan Kattegat. Skaggerak ini merupakan Selat yang memisahkan Denmark dan Norway. Manakala, Kattegat merupakan Teluk yang memisahkan Denmark dan Sweden.
Lepas check-out pada pukul 9 pagi, kami meneruskan perjalanan ke Grenen, Skagen untuk melihat sendiri keajaiban ciptaan Allah ini. Tetapi, sebelum tu, kena isi petrol dulu. Eh, silap...diesel sebenarnya. Kereta ini menggunakan diesel.
Stesen minyak terletak tidak jauh dari hotel. Harga petrol RON92 di sini berharga hampir RM6 seliter. Gulpp!
Sementara menunggu Qory isi minyak, sempat snap beberapa keping gambar pemandangan sekitar stesen minyak. Antaranya....
Adakah signboard ini bermaksud, kawasan ini dibawah pengawasan CCTV?
Udang yang telah disumpah untuk tinggal didarat selama-lamanya. Hehehe
Perjalanan dari hotel ke Grenen mengambil masa lebih kurang 30minit. Melalui pekannya, banyak bangunan-bangunan yang sangat cantik dan antik boleh dilihat sepanjang jalan. Kebanyakan rumah di sini rendah sahaja dengan cat kuning dan atap genting bewarna merah. Memang suatu pemandangan yang extremely picturesque!
Video sepanjang perjalanan ke Grenen. Aku suka suasana pekan Skagen. Bestnya kalau dapat duduk kat sini.
Masa kami sampai, dah ramai juga orang di sini. Dari tempat parking nak ke laut kena berjalan kaki sikit. Kawasan ni berbukit, angin bertiup kencang. Memang sejuk sehingga terpaksa menyarung jaket.

Kami kena mendaki bukit tu untuk sampai ke hujung tanjung di mana ombak dari dua bahagian North Sea bertemu
Pemandangan dari atas bukit ni boleh nampak keseluruhan Grenen
The Skagen lighthouse from the 1850s
Bila laut terhampar depan mata, wauuu, cantiknya...laut yang membiru dengan bunyi deruan ombak. Rasanya macam dah terlalu lama aku tak tengok laut dan dengar deruan ombak. Tambah pula cuaca sangat cerah. Langit membiru, hampir tidak kelihatan sang awan.
Untuk sampai ke titik pertemuan dua ombak ini, kena berjalan atas pasir yang sangat lembut. Memang ada kenderaan yang dipanggil Sandormen untuk bawa pelancong sampai ke hujung tanjung ini. Badan kenderaan ini macam bas, cuma ditarik dengan traktor. Tayarnya besar macam tayar bulldozer. Bayaran DKK13. Kami mengambil keputusan untuk berjalan kaki sahaja.
Bila air laut mencecah ke kaki, aduhai damainya...kami dah tak kisahkan kaki seluar yang telah basah. Menyaksikan ombak antara dua bahagian North Sea ini bertemu, serasa macam tidak percaya melihat keajaiban ciptaan-NYA. Pemandangan yang tidak pernah aku saksikan sebelum ini. Hati ingin berlama-lamaan di sini, tetapi sudah pastilah tak boleh. Parking dibayar hanya untuk sejam. Sementelah pula, kami mengejar masa. Lepas puas bergambar dan mengambil video, kami pun beredar...
Inilah ombak dari Skaggerak Strait dan Kattegat Bay yang bertemu
Satu pemandangan biasa di negara Eropah ini, apabila orang membawa anjing bersiar-siar. Comel jugak tengok gelagat anjing-anjing ini. Ada yang happy semacam bila sampai kat tepi laut. Langsung tak takut air. Kalau bawa Citi, sawan kucing dah dia..huhu
Sempat singgah ke pekan Skagen selama sejam. Hajat hati nak beli fridge magnet, tapi hanya ada satu kedai aje yang menjual cenderahati jenis ini. Beli jugak la walaupun tak banyak pilihan.
Muzium patung beruang
Dalam perjalanan menghala ke Grenen tadi, pekan ini masih sunyi. Bila balik, kawasan ini menjadi lebih happening.
Sekarang ini aku dah dalam kereta menuju ke Billund. Kat sana ada Legoland yang terkenal dengan permainan Lego tu. Rasanya pagi esok la baru boleh pergi. Ini pun lagi 2 jam nak sampai sana. Aku khusyuk melihat pemandangan di kiri kanan jalan yang penuh dengan padang menghijau. Tak tahu apa yang ditanam. Mungkin gandum atau jagung.
Snap gambar church lama ni dari dalam kereta
Selepas dua jam lebih perjalanan, baru kami berhenti makan di RnR lebuh raya ni. Inilah santapan kami untuk tengah hari ini yang sebenarnya dah pukul 6.30 petang!
Video sepanjang perjalanan ke Billund.
Kami selamat sampai di hotel Skjoldberg Garnihotel jam 7.30 malam. Sesat juga nak cari hotel ini. Rupa-rupanya kami dah lalu depan ni tadi. Cuma tak perasan. Kedudukannya betul-betul disebelah kawasan perkuburan. Dapat pulak bilik yang menghadap kubur. Gerun gak..
Hotel ni kecil aje, bercantum dengan rumah owner. Ownernya sangat berbesar hati nak buatkan air untuk kami, tapi kami tolak dengan baik sebab dah terlalu penat. Hanya fikir nak rehat aje. Tambahan pula, ada seekor lagi makhluk hitam berbadan besar yang terkinja-kinja datang dekat kami seolah-olah nak welcoming kedatangan kami. Anjing oh! anjing, engkau ada di mana-mana
Bilik besar dan sangat selesa. Ikutkan, memang tak boleh memasak di sini, tapi kami curi-curi masak. Maklumlah, dah bawa segala bagai kelengkapan dan bahan masakan. Siap buat nasi lemak lagi tu. Cuma masak nasi dan rebus telur, sambal dah bawa siap-siap dari rumah.
Seperti biasa, lepas makan malam aje, kami pun pengsan. Niat nak beli tiket Legoland sementara boleh dapat kemudahan internet kat hotel ni. Namun akhirnya, niat hanya tinggal niat...
Comments
Post a Comment
Ingatlah...Setiap Perkataan Diadili Kelak