Cuti-cuti Malaysia@Sungkai, Perak

Banyak lagi cerita nak dikongsi tentang percutian lalu, tapi idea tak mau mari. Jadi, ini mungkin entri penutup bagi tahun 2011.

Memenuhi jemputan kenduri kahwin sepupu di Sungkai, Perak sekaligus cuti-cuti Malaysia ke Sungai Klah Hot Spring atau juga dikenali sebagai Sungkai Hot Spring.


Perjalanan berkereta dari jalan utama ke Hot Spring ni jauh juga. Dalam 5km rasa aku. Melalui kawasan dusun dan ladang kelapa sawit. Maklum, Sungai Klah ni kawasan Felda.

Dari luar park, kami menaiki train pendek macam kat zoo tu. Bayaran masuk RM12 seorang (dewasa). Cuaca yang memang dah panas membahang, tambah hangat apabila hujan renyai-renyai mula turun. Aduh, bestnya kalau dapat bersiram bawah shower ni...


Orang memang ramai sangat waktu tu. Musim cuti sekolah lah katakan. Felda Residence Hot Springs tu pun penuh. Malam sebelum tu, kami menyewa hotel di Felda Residence Trolak. Hanya dapat tempah untuk satu malam sebab fully booked.


Selepas mandi manda (aku hanya pemerhati, malas nak tukar-tukar baju), kami meneruskan perjalanan yang tak tahu ke mana. Boleh pulak gitu ye?






Hotel dan homestay semua dah penuh kat Sungkai ni. Nasib baik masa abang dan adik aku berborak dengan pemandu train tu, dia suggestkan suruh tanya kat satu gerai di luar park ni.

Nasib kami baik, dapat dua biji rumah untuk menempatkan keluarga besar kami. Dua biji rumah ni, lokasinya jauh antara satu sama lain. Tak kisah la, janji ada tempat nak bermalam. Kalau tak dapat tempat menginap, kena balik ke Putrajaya jugak la malam tu.


Syoknya duduk kat rumah tu sebab suasananya yang nyaman dan segar. Pokok di kiri kanan, depan dan belakang rumah. Atau lebih tepat lagi, banyak pokok buah-buahan terutama durian.

Bangun pagi esoknya, tengok kat luar rumah, ada dua biji buah durian dan sebilah parang diletakkan berdekatan pintu. Wahh, bagus punya tuan rumah. Tak cukup durian diberi, abang aku siap beli lagi beberapa biji durian dan juga tempoyak.




Sempat singgah semata-mata nak snap gambar ILSM. Tempat aku bakal berkursus nanti :)


Terjadi satu peristiwa yang rasanya wajar dijadikan pengajaran terutama kepada ibu bapa yang berjalan/bercuti secara konvoi.

Ketika menikmati makan malam di sebuah kedai, kami leka menonton rancangan Maharaja Lawak Mega. Pakcik aku yang asalnya duduk semeja dengan kami, telah berpindah ke meja bersebelahan kerana nak tengok tv dengan lebih jelas.

Tengah syok bergelak ketawa, tetiba aje seorang kanak-kanak lelaki dalam lingkungan usia 5-7 tahun menanggis sambil cakap "nak balik!nak balik!" di tepi pak cik aku. Secara automatik, semua orang yang ada di kedai tu menoleh ke arahnya. Kemudian, masing-masing saling pandang memandang antara satu sama lain.

Jeritan dan tanggisan budak tadi makin meninggi. Pun tak ada siapa yang berusaha nak pujuk. Kami fikir, budak tu anak si tokey kedai. Seram pun ada, sebab masa tu dah tengah malam. Kena histeria ke apa budak ni? Manusia ke apa? Sebelum tu, kami tak perasan pun kewujudan budak ni sampai la dia melalak-lalak menanggis.

Bila dia tengok tak ada siapa yang peduli, dia lari keluar dari kedai, meraung sambil menghentak-hentakkan kaki dan akhirnya terduduk di situ. Sorang mamat askar (berdasarkan dari pakaiannya) yang tengah makan dengan aweknya (mungkin), bangun dan menoleh pada pakcik aku "anak pak cik ke?".

Kecoh sekejap suasana kedai yang sebelum tu masing-masing buat hal sendiri. Tak ada sesiapa mengaku kenal budak ni. Dan semua orang ingat budak tu anak pak cik aku sebab dia menanggis tepi pak cik aku. Sedangkan kami pulak, ingat budak tu anak si tokey kedai. Lawak pun ada.

Rupa-rupanya, budak tu tertinggal masa makan ramai-ramai dengan family dia. Semasa kami sampai tu, memang ada satu family besar sedang makan. Nasib baik la, dia hafal no. telefon ayahnya. Brother tu tolong call ayahnya dan dalam masa 15 minit barulah ibu bapanya sampai semula di kedai tu. Si ayah dan ibu ingatkan dia naik kereta pak saudaranya. Sedangkan budak tu, leka dok menonton Maharaja Lawak Mega kat meja yang pak cik aku duduk.

Moralnya kat sini...perhati-perhatikan lah anak anda...

Comments

Popular posts from this blog

About Sweden...

#4. Projek Mengecat

Tak ada "ong"