Switzerland@Bern_Mei, 18, 2012

Bern wajib dilawati kalau anda datang ke Switzerland. Kenapa?

Bacalah entri ini sehingga habis. 

Bern atau Bern digelar juga Berne, Berna dan Bärn mengikut bahasa German, Italian dan French. Sejak 1983 bahagian tertua bandar ini diisytiharkan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO. Bern juga turut diiktiraf antara 10 bandar di dunia yang mempunyai kualiti hidup terbaik.



Menurut lagenda, nama bandar ini diperoleh apabila pengasas Bern iaitu Duke of Zähringen berikrar untuk menamakannya dengan nama beruang, haiwan pertama yang ditemui ketika berburu.

Sepanjang berada di bandar ini, kami hanya berjalan kaki dari satu tempat ke satu tempat yang nak dilawati. Kalau anda bercadang nak datang ke bandar ini, pakailah kasut yang sesuai sebab bentuk muka bumi bandar ini berbukit. Sebab itulah, waktu nak berpatah balik ke stesen keretapi, kami naik bas sebab dah tak larat sangat nak menapak jauh di kawasan berbukit.

Old Town (Altstadt)
Bandar ini sangat santai dan tenang. Bangunan-bangunan lama yang mula dibina pada awal abad ke12 hingga 15 ini masih mengekalkan keunikan dan rekabentuknya walaupun pernah terlibat dalam kebakaran pada tahun 1405.




Satu fakta sejarah yang baru kami ketahui apabila datang kesini ialah, Albert Einstein pernah tinggal di jalan bernama Gerechtigkeitsgasse 32.



Februari 1902, Albert Einstein di dalam surat yang dtujukan kepada tunangnya, Mileva Maric, telah menulis begini,

"It's delightful here in Bern. An ancient, exquisitely cozy city, in which one can live exactly as in Zurich. Very old arcades stretch along both sides of the streets, so that one can go from one end of the city to the other in the worst rain without getting noticeably wet. The homes are uncommonly clean, I saw this everywhere yesterday when I was looking for a room."

Di dalam surat yang sama beliau juga menulis,

"I have a large beautiful room with a very comfortable sofa. It only costs 23 fr. This is not much, after all. In addition, 6 upholstered chairs and 3 wardrobes. One could hold a meeting in it."

Beliau juga telah melakar keadaan bilik tersebut berserta dengan susun atur perabot yang terdapat didalamnya untuk tatapan tunangnya.

Surat Albert Einstein ini terdapat di dalam The Collected Papers of Albert Einstein yang diterbitkan oleh Princeton University Press pada tahun 2006 (muka surat 191).

Zytglogge
Astronomical Clock abad ke-15 ini dijadikan penanda aras waktu di Bern dan titik di mana jarak semua kawasan diukur. Nama Zytglogge adalah bahasa Jerman Bernese dan diterjemah sebagai Zeitglocke dalam bahasa Standard German atau "Time Bell" dalam bahasa inggeris.


  
Dibina pada tahun 1218 hingga 1220, Zytglogge ketika itu berperanan sebagai pintu gerbang kubu di sebelah barat Bern. Pada masa itu, ketinggiannya hanya 16m (52ft). Apabila bandar ini semakin berkembang pesat, ianya ditinggikan sebanyak 7m (23ft) untuk membolehkan rumah-rumah disekelilingnya dilihat.

Menara ini juga pernah dijadikan penjara untuk pelacur yang memberi perkhidmatan kepada para pendeta. Pada tahun 1405, menara asalnya telah musnah dalam kebakaran. Kerosakan struktur yang teruk memerlukan pembaikan menyeluruh. Sel penjara tiada lagi, dan jam mula dipasang di atas menara ini pada awal abad ke-15. Sejak itulah, menara ini digelar "time bell".

Elemen terawal yang diletakkan di jam astronomi ini adalah ayam emas yang berkokok tiga kali dan lelaki yang memegang hourglass.



Manakala, beruang yang memakai baju berwarna tema Bern tersebut ditambah pada tahun 1610. Beruang ini melambangkan kuasa Bern.

Ketika kami sampai di hadapan menara jam ini, perasaan teruja ya amat untuk melihat sendiri jam ini berbunyi "ku ku ku ku". Waktu sudah menghampiri pukul 6 petang. Sampai sakit la leher ni dok melangut ke atas. Sudahnya, yang diharap tak kunjung tiba. Hanya pergerakan ayam dan beberapa elemen lain yang sangat singkat. Tidak seperti yang kami bayangkan.



BärenPark
Akhirnya kami teruskan perjalanan sehingga sampai ke Taman Beruang atau dikenali dengan nama BärenPark (The BearPark). Taman ini dihuni oleh empat ekor beruang.




Beruang-beruang ini ditempatkan di tepi sungai Aare. Dari atas jambatan Nydeggbrücke, beruang boleh dilihat dengan jelas. Tapi kalau nak tengok lebih dekat lagi, anda boleh turun ke tepi sungai ini melalui tangga yang boleh tahan tingginya. Jangan risau, masuk adalah percuma.



Dahulunya, beruang-beruang ini ditempatkan di Bärengraben (Bears Pit) selama beberapa dekad lamanya. Dua beruang pertama yang menghuni di taman baru ini adalah Björk dan Finn.


Kesian, macam bosan sangat mereka ni...


Kami sempat melepak di tepi sungai yang sungguh hijau airnya sambil menjamu selera. Walaupun telah hampir ke pukul 7 malam, matahari masih terik memancar. Mat & minah saleh ni memang sengaja la bernaung diterik mentari, kami pula rasa macam nak hangus dah duduk di situ.








Tarikan lain
Selain dari yang telah aku jelaskan di atas, Bern ada banyak lagi tempat menarik yang boleh dilawati. Antaranya, Dählhölzli Zoological Gardens, House & square of Parliament, Kornhaus, dan macam-macam lagi. Selain dari itu, pelbagai church seperti Nydegg Church (Nydeggkirche) dan Church of the Holy Ghost boleh dilawati kalau anda berminat.

Secara keseluruhan, kami hanya memerlukan masa kurang dari 4 jam di sini. Seperkara lagi, souvenir di sini lebih murah berbanding di Zurich.


  

  
Käfigturm, iaitu jam yang lebih kecil terletak bertentangan dengan jam astronomi di menara yang sama

Comments

  1. Good work! Macam ni baru la puas bace! :)

    ReplyDelete
  2. TQ.Terus baca dan bagi komen membina ok. ^-^

    ReplyDelete

Post a Comment

Ingatlah...Setiap Perkataan Diadili Kelak

Popular posts from this blog

About Sweden...

#4. Projek Mengecat

Tak ada "ong"