Switzerland@Interlaken Ost_Mei, 18, 2012
Perjalanan menuju ke Interlaken Ost hanya mengambil masa lebih kurang 45 minit. Walaupun sebelum menaiki keretapi ini, kami memang kepenatan, mata tak sanggup nak lena. Kenapa? Teruja sangat dengan pemandangan tasik dan juga gunung salji yang sangat jelas memutih.
Sesampainya di Interlaken Ost, gunung ganang bersalji makin jelas kelihatan dan seperti memagari kawasan ini. Suhu makin sejuk. Suasana juga makin sunyi. Bukan sunyi, aman sebenarnya.
Sekali lagi, berjalan kakilah kami mencari Youth Hostel. Dalam websitenya tulis "next door" to Interlaken Ost Station. Jenuh juga mencari, rupanya hostel ini berada di sebelah bangunan yang dalam pembinaan. Disekitar hostel baru ini sendiri pun belum kemas sepenuhnya. Kami dikira merasmikan bilik yang disewa sebab hostel ini baru dibuka beberapa hari yang lalu.
Keadaan bilik hostel di sini berbeza dengan Youth Hostel di Zurich. Hanya ada sinki di dalam bilik. Manakala, bilik air dan tandas share beramai-ramai di luar bilik. Nasib baik la, semua kemudahan itu hanya di depan bilik kami.
Setelah menyiapkan keperluan untuk esok, kami pun lena. Esok, pukul 6.30 pagi, kami perlu terpacak dalam keretapi dah.
Oh, ye. Untuk pengetahuan anda, Interlaken ni ada dua stesen keretapi. Satu lagi adalah Interlaken West. Kalau anda bercadang nak naik gunung Jungfraujoch, keretapi di Interlaken Ost sahaja yang berhenti di stesen Lauterbrunnen dan Grindelwald.
Interlaken Ost = Interlaken East
Oh, ye. Untuk pengetahuan anda, Interlaken ni ada dua stesen keretapi. Satu lagi adalah Interlaken West. Kalau anda bercadang nak naik gunung Jungfraujoch, keretapi di Interlaken Ost sahaja yang berhenti di stesen Lauterbrunnen dan Grindelwald.
Interlaken Ost = Interlaken East
Jom pegi lagi!
ReplyDeletesilap kan, sbb tak pilih route ke Grindelwald hala pegi tu..kalu tak, dpt tgk pemandangan berlainan
ReplyDeleteItu la...ape pun ade hikmahnye. itu yg terbaik :)
ReplyDeleteWhy there is no update?
ReplyDelete