Posts

Showing posts from September, 2012

Switzerland@Trümmelbach_Mei, 19, 2012

Image
Turun dari train, jam telahpun menghampiri ke pukul 2.30 petang. Melalui pembacaan di internet, dikatakan ada perkhidmatan bas yang membawa pelancong ke air terjun Trümmelbach. Di mana air terjun ini?  Kalau tak tahu di mana, baca la entri ini dulu.  Tercari-cari arah mana patut kami tuju untuk menunggu bas yang dikatakan tersebut. Langkah di halakan mengikut haluan orang ramai. Dalam 10 minit berjalan, akhirnya nampak bas yang sedang mengambil penumpang yang kebanyakannya pelancong seperti kami. Berlari lagi kami sebab takut ditinggalkan. Melalui pemandu bas tersebut, kami dimaklumkan perkhidmatan bas dari Trümmelbach akan berakhir pada pukul 5 petang (kalau tak silap). Kami ada masa lebih kurang 1 jam lebih untuk menghabiskan sesi lawatan di air terjun tersebut. Sampai sahaja di kawasan ini, sekali lagi rasa kagum mengisi emosi kami. Kalau tadi, sepanjang perjalanan ke Jungfraujoch, kami melihat pemandangan lembah gunung, sekarang ...

Switzerland@Jungfraujoch_Mei, 19, 2012 (Part 2)

Image
Dah baca Bahagian Pertama? Klik  sini ... Jungfraujoch Gunung salji yang menakjubkan ini terletak di daerah selatan yang digelar Bernese Oberland. Tidak sabar untuk berada di dunia glacier di puncak Eropah di mana pemandangan sehingga Vosges Mountains di Perancis dan Black Forest di Jerman dapat dilihat. Perjalanan dari Interlaken Ost ke Jungfraujoch memakan masa 2 jam. Ketika sampai di stesen Jungfraujoch, kami sangat teruja melihat gunung salji ini. Gambar : sumber internet Perkara pertama yang dibuat ketika sampai adalah...makan! Perut hanya dialas dengan beberapa kepingan coklat sepanjang perjalanan tadi. Jangan terkejut kalau anda menggunakan tandas di sini. Anda bukannya hendak pitam atau sakit kepala. Gegaran yang sangat ketara boleh dirasai sepanjang berada di dalam tandas. Macam nak runtuh aje bangunan ini. Memang boleh mual, loya dan silap haribulan, mungkin boleh muntah. Moralnya, jangan la termenung lama-lama...:-) Gambar : sum...