Switzerland@Jungfraujoch_Mei, 19, 2012 (Part 2)

Dah baca Bahagian Pertama? Klik sini...

Jungfraujoch
Gunung salji yang menakjubkan ini terletak di daerah selatan yang digelar Bernese Oberland. Tidak sabar untuk berada di dunia glacier di puncak Eropah di mana pemandangan sehingga Vosges Mountains di Perancis dan Black Forest di Jerman dapat dilihat.



Perjalanan dari Interlaken Ost ke Jungfraujoch memakan masa 2 jam. Ketika sampai di stesen Jungfraujoch, kami sangat teruja melihat gunung salji ini.



Gambar : sumber internet

Perkara pertama yang dibuat ketika sampai adalah...makan! Perut hanya dialas dengan beberapa kepingan coklat sepanjang perjalanan tadi.



Jangan terkejut kalau anda menggunakan tandas di sini. Anda bukannya hendak pitam atau sakit kepala. Gegaran yang sangat ketara boleh dirasai sepanjang berada di dalam tandas. Macam nak runtuh aje bangunan ini. Memang boleh mual, loya dan silap haribulan, mungkin boleh muntah. Moralnya, jangan la termenung lama-lama...:-)

Gambar : sumber internet

Makan sudah. Kami naik ke tingkat yang lebih tinggi yang digelar plateau untuk keluar bermain salji. Wauuu, licinnya...nasib baik pergi dengan orang yang dah ada pengalaman tinggal di negara bersalji.


Rupanya, kena jalan di atas salji yang lembut. Salji yang lembut bermaksud, bila anda pijak aje atasnya, kaki boleh tenggelam. Macam ais kacang yang anda tujah dengan sudu. Kalau yang keras dan bewarna putih jernih macam ais ketul tu, licin teramat. Masalahnya, salji lembut dah tak ada sangat. Terpaksa pijak salji yang licin. Tak hairanlah kalau terdengar jeritan di sana sini. Ramai yang tergelincir. Tak nak perkara tersebut menimpa kami, semasa nak berpatah balik ke dalam bangunan, kami menggelungsur. Ye, menggelungsur macam menggunakan papan gelungsur di play ground. Sepanjang itu juga, ketawa tak putus-putus mengiringi kami.






Gambar : sumber internet
Seterusnya, kami meneruskan perjalanan menuju ke Ice Palace. Ada satu lagi tarikan baru yang dibuka pada 1 April 2012 iaitu Alpine Sensation. Laluan sepanjang 250 meter ini menghubungkan Sphinx Hall dan Ice Palace.





Selain dari lampu berwarna warni yang menghiasi, dinding sepanjang laluan ini diletakkan gambar-gambar serta sejarah dari awal pembinaan Jungfraujoch.







Kami sampai ke Ice Palace yang ternyata sangat cantik dan menakjubkan. Pelbagai karektor diukir dari ais. Lantai yang licin memerlukan kami lebih berhati-hati. Suasana yang agak suram dan gelap di dalam Ice Palace ini memberi lebih rasa dingin.




Perjalanan seterusnya memerlukan kami menaiki lif untuk ke puncak Top of Europe. Terasa ngeri juga menaiki lif ini. Rasa lama perjalanan dan sangat tinggi.


Di tempat yang diberi nama Sphinx ini, terbentang pemandangan puncak gunung Jungfrau dan Mönch yang diliputi dengan 23 km Aletsch glacier yang terpanjang dan terbesar di Eropah. Kami tidak mampu bertahan lama di luar ini. Sejuk sehingga terasa kebas muka dan tangan walaupun memakai dua lapis sarung tangan.




Menghabiskan masa dalam 30 minit di sini sudah cukup buat kami. Seterusnya, kami halakan langkah menuju ke kawasan dikenali sebagai husky dog. Berhati-hati ketika keluar dari pintu terowong kerana bongkahan salji yang besar boleh jatuh secara tiba-tiba dan menimpa kepala. Tapi, tak perlu risau kerana ada pekerja yang akan menjaga pintu ini dan hanya membenarkan anda keluar setelah memastikan keadaan selamat.


Putihnya keadaan di hadapan kami, sehingga tak nampak di mana hujungnya jalan ini. Kalau perjalanan ini diteruskan, akan membawa kami ke kawasan permainan yang dikenali sebagai "Snow fun". Tidak berhajat untuk berbelanja lagi, kami putuskan untuk kembali ke dalam terowong.




Ketika kedatangan kami ke sini, cuaca tidak berapa cantik. Seolah ribut salji sedang melanda. Cuaca malap dan gelap. Salji juga berterbangan dan angin bertiup kencang, menambahkan lagi kesejukkan yang sedia ada.

Tips nak dikongsi, pastikan anda memakai sunglasses. Walaupun cuaca nampak gelap dan malap, sebenarnya anda terdedah kepada sinaran UV yang sangat tinggi. Menurut WHO, setiap ketinggian 1000 meter, kadar UV meningkat sebanyak 10-12 peratus. Gunung ini berketinggian 3454 meter, kira sendiri la banyak mana sinaran UV kat atas ni.

Jam telah menghampiri pukul 12 tengahari. Kami perlu segera keluar dari sini untuk menaiki train pada pukul 12.30 tengahari.


Bagi anda yang ingin mengabadikan kehadiran ke sini di dalam passport, mesin mengecop passport bertulis Jungfraujoch disediakan di pintu masuk utama stesen.

Seperkara lagi yang aku perhatikan, harga bagi barang-barang seperti Victorinox Army Knife dan jam Tissot yang dijual di atas puncak gunung ini sama di kedai yang terletak di bandar mahupun lapangan terbang. Beza sungguh dengan di negara kita, harga bagi sesuatu barang itu pasti berbeza apabila dijual di tempat yang menjadi tumpuan pelancong (terutamanya). Biasanya, alasan diberi adalah kos pengangkutan.



Tidak langsung melelapkan mata seperti perjalanan naik tadi, kami lebih banyak berdiri di dalam keretapi ini untuk mengambil gambar di kiri dan kanan jalan.




Juga perlu diingatkan, perjalanan keretapi yang membawa anda ke altitude yang semakin tinggi menyebabkan penurunan tekanan udara. Kekurangan oksigen mungkin boleh menyebabkan seseorang itu sesak nafas, pening kepala dan keletihan.

Melampau tak? Sampai saat menulis entri ini, perasaan teruja berada di Jungfraujoch masih memenuhi segenap sudut hati. Jungfraujoch adalah pengalaman paling hebat pernah aku lalui setakat ini.

 


Fakta terakhir ingin aku kongsi, Jungfraujoch adalah gunung yang bersalji sepanjang tahun. Jika di musim winter, makin bertambah la saljinya. Terfikir sejenak aku, seandainya salji ini cair satu hari nanti, akan tenggelamkah Switzerland yang cantik ini?

 Entri seterusnya....Trümmelbachfälle.

Rujukan:-

http://www.wengen.com/topof.html

http://www.high-end-travel-switzerland.com/Jungfraujoch.html

Comments

Popular posts from this blog

About Sweden...

#4. Projek Mengecat

Tak ada "ong"