Posts

Showing posts from 2015

Dari Kuala Lumpur ke Cappadocia

Image
KUALA LUMPUR - Selasa, 28 April 2015 Hari yang sangat sibuk sebelum percutian bermula. Hampir jam 8.30 malam baru boleh meninggalkan pejabat. Sampai di rumah, terus berkemas rumah ala kadar, packing baki barang yang masih di luar beg dan buat macam-macam perkara lagi. Target nak naik tren akhir jam 12.20 pagi ke KLIA. Sebab teksi sesat, tak jumpa rumah aku, makanya, terlepas tren akhir itu. Melayang hampir RM80 sewa teksi terus ke KLIA. Sampai di KLIA, kaunter agak lengang. Alhamdulillah, urusan check-in berjalan lancar dan selesai cepat. Kami terus menuju ke terminal antarabangsa. Flight QR853 menuju ke Doha selamat meninggalkan bumi Malaysia jam 3 pagi. Badan yang memang sudah terlalu letih mudah aje membuatkan mata terlena sebelum flight betul-betul terbang dengan stabil. Sedar-sedar, hidangan malam sampai sejam selepas itu. DOHA - Rabu, 29 April 2015 Selamat mendarat di Hamad International Airport jam 5.30 pagi waktu Doha. Beza waktu Doha lewat 5 jam d...

Cappadocia_Momen@Konak Cave Hotel

Image
Di Konak Cave Hotel ini, kami berkenalan dengan seorang abang yang encem , baik dan peramah. Sebenarnya dia ni bekerja di hotel ini.  Hahaha...banyak momen kami dengan dia ni yang kadang-kadang buat kami gelak, sesekali buat kami touching dan kadang-kadang rasa macam "ooo soo sweettt"...hahaha Nama dia Yessir. Maaf, mungkin ejaan tu tak betul. Di antara tiga orang muslim yang kami temui di hotel ini, nampak dia seorang muslim yang lebih taat kepada agamanya. Bagaimana kami tau? Baca sampai habis iya. Seperti seorang lagi pekerja di sini yang menyambut kedatangan kami malam sesampainya kami di hotel ini, Yessir juga kurang fasih berbahasa inggeris. Jadi setiap pagi, semasa kami nak bersarapan, dia akan datang kepada kami sambil membawa handphone nya. Ayat dia "Breakfast. Photo. Facebook" sambil menghalakan kamera handphone ke arah kami. hahaha...faham la kan. Nak ambil gambar kami dan upload dalam facebook dia. Selama 3 pagi berturut-tu...

Turki kami datang

"Boring la asyik kerja je...bila nak bercuti ni." Perbualan aku dengan kawan pada satu hari. "Jom g Germany nak?" Positif sungguh jawapan kawan aku.  Kenapa Jerman? Tanya aku. Jom la ke Turki. Kata aku lagi.  "Laaa bila lagi nak merasa drive atas highway yang tak ada had laju"...teruja sungguh dia. "Takut la ke Turki. Macam tak sesuai nak backpacker sebab masalah bahasa." Tambah dia lagi. hmmm..kata aku, tak kisah la kemana-mana pun janji bercuti. Apa lagi, semangat membara makcik ni terus mengugel harga tiket. Ok masih mahal. Tak pe, hari2 boleh pantau since dah download apps Qatar Airways. Begitu la beberapa bulan yang lalu, merancang untuk ke Jerman. Macam-macam dah kami gugel. Tapi itulah, kita hanya merancang, Allah lebih tahu apa yang sesuai dan terbaik.  Sejak banyak kes di eropah terutama di Perancis yang melibatkan orang Islam dikatakan pengganas dan menambah kebencian ora...