Eiffel Tower...03.07.09






Eiffel Tower adalah menara besi yang dibina pada tahun 1887-1889 di Champ de Mars bersebelahan Seine River di Paris. Dinamakan sempena nama juruteranya, Gustave Eiffel, menara ini merupakan menara tertinggi di Paris (324m/1,063ft).






Orang memang ramai giler. Mungkin kerana waktu ni cuti musim panas. Sekali lagi kami terkejut melihat kebanjiran warga Afrika di sini. Mereka berniaga cenderahati. Masa mula-mula sampai je, kami dah disapa oleh mereka ni, "Malaysia..Malaysia". Nampak sangat Malaysia memang famous dikalangan 'Awang Hitam' ni. Tak tahan betul, mana-mana pergi di sapa "Malaysia..Malaysia.." sambil menghulur barangan dijual pada kami. Aarrggghhhh!!! Tensen..tensen...



Dari Eiffel Tower ni, kami berjalan lebih kurang 15 minit ke Palais de Chaillot atau juga dikenali dengan nama Trocadero. Dari dataran istana ini, Eiffel Tower boleh dilihat dengan jelas. Di hadapan istana ni ada air pancut. Ingat budak-budak aje yang sakan main dalam kolam air pancut tu, orang dewasa pun sama. Jakun gak mereka nih..









Di sini juga, ada persembahan jalanan oleh sekumpulan muda mudi. Persembahan yang memang menghiburkan. Kagum betul tengok tarian dan lakonan tanpa suara mereka. Hanya menggunakan lagu dan muzik untuk menggambarkan cerita yang ingin disampaikan. Selepas habis persembahan, bayaran akan dikutip mengikut keikhlasan penonton nak bayar berapa.





Oleh kerana dah fobia asyik 'diganggu' oleh group "Awang Hitam" ni, sampai kami buat tak tahu je setiap kali ada yang menegur dengan nama negara. Tak disangka-sangka pulak, kami memang ditegur oleh orang Malaysia. Nasib baik Kak Ami perasan yang menegur tu orang Malaysia. Kalau tak, saje je dicop sombong. Hahaha...


Punya la sukanya dapat jumpa orang Malaysia. Lain perasaannya bila kita berada di negara orang, tiba-tiba jumpa orang yang warna kulitnya macam kita dan paling penting boleh bercakap bahasa kita. Kalau kat negara sendiri, tak pernah kisah pun siapa yang kita jumpa kan?

Rupa-rupanya mereka ni adalah group jurulatih Zahra Masoumah Abdul Halim. Siapa dia ni?

Zahra adalah perenang termuda negara, yang menyahut cabaran utk berenang merentasi Selat Inggeris sejauh 34 - 37km dalam misinya menjadi perenang wanita pertama berjaya melepasi selat yang sejuk dan berarus deras itu. Cabaran bermula dari Dover, Selatan United Kingdom ke Calais, Utara Perancis. Walaubagaimanapun, usaha beliau gagal. Menurut kata jurulatih tu, arus yang terlalu deras merupakan punca kegagalan itu. Tak apa lah dik, boleh cuba lagi lain kali ye..

Hari semakin gelap. Kami berada di Garden of Champ de Mars di hadapan Eiffel Tower. Semasa tengah berposing sakan, tiba-tiba ada satu suara menegur, "Boleh tolong ambilkan gambar?"...sepantas kilat kami menoleh. Telinga kami menjadi begitu sensitif bila dengar bahasa ni. Maklumlah, asyik dengar bahasa omputih je kan.

Apa lagi, meriah la kami bersembang. Bila aku amati rupa mamat ni, "hmmm, macam pernah ku lihat, tapi di mana ya?". Korek punya korek si empunya diri mengaku nama dia Muhamad Muqharabbin Mokhtaruddin. Qory pun apa lagi, "hah, aku dah agak dah tadi sebab muka memang familiar sangat.."


Tapi yang buat kami tak tahannya adalah soalan "tulus" Kak Ami. "Sape Muqharabbin?"..Wahh, tulus benor soalannya Kak Ami oii..tapi tak apalah, dah memang dia tak kenal pun mamat ni. Aku pun tak kenal sangat mamat ni, tapi muka dia selalu aku tengok dalam tv dan suratkhabar.

Korang pun mungkin tak kenal dia ni sape. Dia ni adalah pendaki Gunung Everest termuda di Asia Tenggara. Masa dia mendaki tu, tahun 2004. Memang dah lama sangat. Rupa-rupanya dia adalah salah seorang dari group orang Malaysia yang kami jumpa tadi tu. Huisshh...kecilnya dunia. Kat Malaysia tak pernah jumpa, tiba-tiba kat negara orang pulak boleh terserempak.

Hari makin gelap. Kami masih berada di sini untuk melihat keindahan menara ini apabila dilimpahi cahaya dari lampu berwarna warni. Bermula 9 malam, lampu berwarna warni dipasang selama 10 minit setiap 1 jam. Memang sangat cantik.


Orang bertambah ramai berkumpul di atas padang di hadapan menara ini terutamanya muda mudi. Ada yang datang bercouple, ada yang dengan group. Siap berkelah atas padang ni. Biasalah, botol arak ditangan masing-masing. Mungkin sebab esok cuti, maka orang tempatan di sini ambil kesempatan melepak di sini.




Cuaca makin sejuk, hidung dah mula berair nih. Selepas acara kemuncak lampu terakhir dinyalakan, kami pun meninggalkan kawasan ini. Lagipun, dalam hati makin bimbang melihat mat-mat saleh ni dah mula mabuk. Rancangnya nak datang lagi sebelum balik ke Stockholm, tapi tak berkesempatan dah.

Alhamdulillah, sekurang-kurangnya aku dah datang ke sini. Sampai entry ini aku tulis, macam tak percaya lagi aku telah berdiri di hadapan EIFFEL tower!



Comments

  1. I still can't believe it that I have been there!

    ReplyDelete
  2. Yeah, me too. We have been through a great moment!

    ReplyDelete

Post a Comment

Ingatlah...Setiap Perkataan Diadili Kelak

Popular posts from this blog

About Sweden...

#4. Projek Mengecat

Tak ada "ong"