04 July 2010_Jejak Al-Hambra (Part 7) @ Nasrid Palace
Seperti dijanjikan, ceritera dalam entry kali ini berkisar tentang taman Nasrid Palace iaitu Daraxa's Garden. Taman ini juga dikenali Garden of the Orange Trees (Jardín de los Naranjos) and Garden of the Marbles (Jardín de los Mármoles). Jika disebut Court of the Lindaraja juga merujuk kepada taman ini.
Dibina di antara tahun 1526 dan 1538 iaitu pada waktu yang sama dengan pembinaan Emperor's Chambers di taman yang semulajadi wujud di antara benteng dan kubu.
Di taman ini tumbuhnya pohon cemara, akasia (eh, slot akasia di TV 3 tu asal nama pokok rupanya?), pohon oren dan box bushes yang mengelilingi air pancut bermarmar yang besar di tengah-tengahnya. Air pancut dengan baskom (takungan) besar inilah yang aku katakan ditiru di dalam Patio of the Gilded Room (Patio del Cuarto Dorado). Diperbuat daripada batu Gunung Elvira, sekeliling baskom ini ditulis dengan inskripsi epigraph.
Untuk keluar dari taman ini, kami melalui satu dari tiga bilik yang digelar "Châteaubriand’s room". Ruangan ini mendapat nama sedemikian kerana penulis dan ahli politik terkenal Perancis, meninggalkan tanda tangannya di salah satu tiang yang berasal dari Court of Machuca yang telah dimusnahkan.
Kami sudah sampai ke kawasan terbuka yang lebih luas berhampiran taman tadi. Ini adalah Garden of the Partal (Jardines del Partal) yang merangkumi semua kawasan di antara jalan keluar Rauda dan esplanad di mana berdirinya Ladies Tower (Torre de las Damas).
Ketika zaman Arab, terdapat banyak bangunan di kawasan ini. Bangungan-bangunan tersebut dimiliki oleh para usahawan yang tinggal di sekitar Royal Palace (Palacio Real). Bangunan yang paling penting adalah Ladies Tower (Torre de las Damas).
Dekorasi menara ini adalah yang tertua di Al-Hambra. Namanya bertukar-tukar mengikut penghuni yang menetap di sini, namun, sejak lewat abad ke-18 ianya mula digelar Ladies Tower (Torre de las Damas). Asalnya dahulu, menara ini digelar "Partal" yang bermaksud "portico" kerana serambi yang dibentuk oleh lima lengkungan yang biasannya boleh dilihat didalam air kolam berbentuk segiempat tepat dihadapannya.
Sehingga tahun 1924, apabila proses pengambilalihan menara ini telah lengkap, banyak pemindaan telah dilakukan terhadap bangunan ini oleh penghuninya.
Menara ini terdiri daripada serambi, dewan persegi dan tangga yang mengarah ke Mirador yang dibina selepas itu bertujuan untuk melihat pemandangan lembah Sungai Darro.
Di antara lima lengkungan di serambi tersebut, hanya yang ditengah-tengahnya (lebih tinggi) sahaja yang asli.
Di sebelah kiri menara ini terdapat tiga buah rumah Arab yang dibina selepas menara dan ditambah di dalamnya. Khabarnya terdapat lukisan yang menggambarkan masyarakat Arab ketika itu di dalam salah sebuah rumah tersebut. Walaubagaimanapun, kami tidak masuk ke dalam rumah ini.
Di sebelah kanan Ladies Tower tadi, berdirinya Tower of the Mihrab (Torre del Mihrab). Ini adalah surau yang digunakan oleh orang yang tinggal di istana di sebelahnya. Surau ini juga telah melalui proses pemulihan semula pada tahun 1932.
Kami sudah terlalu penat sebenarnya. Banyak tempat yang kami tidak masuk dek kerana terlalu letih. Dari menara tadi, kami menyusur keluar di dalam taman yang sangat luas ini.
Sepanjang perjalanan mencari jalan keluar, banyak bangunan atau menara lama yang kami temui. Kami hanya memerhati dan mengambil gambar dari jauh kerana tidak pasti bangunan berkenaan boleh masuk atau tidak.
The Tower of the Pointed Embattlements, dibina pada lewat abad ke-13 atau awal abad ke-14. Menara ini digunakan untuk mempertahankan salah satu gate benteng yang melindungi Generalife.

Setelah penat berjalan entah berapa kilometer dalam taman yang aku rasa lebih luas dari kampung aku, kami akhirnya sampai ke pintu utama Al-Hambra. Ketika ini hari sudah malam, namun cuaca masih terang benderang. Kami perlu segera keluar dari sini untuk ke destinasi seterusnya iaitu Albaicin. Target kami untuk melihat pemandangan Al-Hambra di waktu matahari terbenam dari puncak bukit Mirador de San Nicolás. Matahari terbenam dalam pukul 10.30 malam.
Sebelum menaiki bas, sempat membeli ais krim yang sangat lazat aku rasakan dek kerana kehausan yang teramat sangat. Juga tak lupa, sebotol air mineral...
Eh, bersambung lagi ke? Ya! Nantikan Jejak Al-Hambra, siri terakhir.
Comments
Post a Comment
Ingatlah...Setiap Perkataan Diadili Kelak