Hilang luggage?

My colleague asked me, what shall we do if our luggage did not arrived in the airport?

Hmmmm...soalan beliau membuat aku terdiam sejenak. Cuba fikir info yang aku pernah baca sebelum ini tetapi tidak banyak membantu beliau. Maksudnya, aku tidak dapat memberi secara detail langkah-langkah yang perlu diambil apabila menghadapi situasi sedemikian.

Beliau bertanya bagi pihak kenalan keluarga yang fly dari Malaysia ke Melbourne dengan menaiki Emirates Airlines. Luggage mereka tidak tiba seperti yang sepatutnya. Kesian, semua keperluan penting seperti pakaian dan ubat-ubatan berada di dalam beg tersebut.

Setakat beberapa kali aku travel samada dalam atau luar negara, belum pernah lagi la terjadi perkara sebegini. Tetapi, tidak mustahil ianya boleh terjadi kan? Sesiapapun tentu cuak apabila beg tak muncul-muncul di conveyer belt, betul tak?

Makanya, aku pun mula mencari info apa yang perlu dilakukan sekiranya luggage kita tak sampai ke destinasi yang kita tuju. Apakah hak-hak kita sebagai seorang pelanggan penerbangan?

Jom kongsi info yang aku dapat dari pelbagai sumber di internet.

Pertama, anda perlu tahu bahawa luggage yang tidak sampai, akan diklasifikasikan sebagai delay luggage.

Segeralah laporkan perkara tersebut kepada syarikat penerbangan yang anda naiki. Perlu anda ketahui, setiap syarikat penerbangan meletakkan had tempoh tertentu bagi anda melaporkan kehilangan atau kerosakan luggage anda. Sekiranya anda tidak melaporkan kehilangan atau kerosakan dalam tempoh yang ditetapkan oleh company tersebut, sebarang ganti rugi yang sepatutnya anda berhak dapat, akan hangus begitu sahaja.

Oleh kerana itu, adalah sangat penting untuk anda segera pergi ke kaunter Perkhidmatan Bagasi (Baggage Services Counter) yang terletak di balai ketibaan. Kaunter ini biasanya dikenali sebagai Baggage Claim atau Baggage reclaim (istilah yang digunakan oleh kebanyakan airport selain USA seperti di KLIA, Brussels Airport, Heathrow Airport, Schipol Airport dan lain-lain).

Sila ambil perhatian, sekiranya anda menaiki connecting flight yang memerlukan anda mengambil bagasi di airport transit, sila laporkan kehilangan tersebut di airport yang sama. Jangan tunggu sehingga anda sampai ke destinasi akhir.

Di kaunter berkenaan, syarikat penerbangan atau agennya akan mengisi borang Property Irregularity Report (PIR) dan memberi satu salinan report tersebut kepada anda berserta nombor rujukan fail.

Kedua, dapatkan maklumat tentang prosedur mereka dalam kes tuntutan bagasi dan jika anda perlu membuat panggilan lebih lanjut serta bagaimana anda akan dihubungi sekiranya bagasi anda telah ditemui.

Ketiga tulis nama dan no. telefon staff yang anda berurusan sekiranya perlu untuk menghubungi mereka bagi memantau perkembangan kes tuntutan anda.

Keempat, pastikan anda menyimpan semua salinan dokumen penerbangan termasuk tiket, baggage claim checks dan semua dokumen yang berkaitan tuntutan anda. Anda juga perlu menyimpan resit pembelian item yang dibeli juga untuk tujuan ganti rugi.

Biasanya, ganti rugi hanya akan dibayar sekiranya memang sah beg anda gagal ditemui.

Dalam kes kenalan keluarga kawan sepejabat aku itu, rupa-rupanya luggage mereka tersadai di KLIA lagi! Selepas 4 hari barulah luggage tersebut sampai di Melbourne. Hmmm, sementara tu, terpaksa la shopping pakaian lain. Luar dan dalam serba baru :).


Comments

Popular posts from this blog

About Sweden...

#4. Projek Mengecat

Tak ada "ong"