Tips for Traveling Abroad_Part I
Anda mungkin fikir nak pergi jalan2 ke overseas hanya perlu bawa tiket, pasport/visa dan duit sahaja. Aku dulu pun ingat macam tu la. Almaklumlah tak pernah ada pengalaman jalan jauh kan. Paling jauh Bandung aje. Tu pun tak study apa pun pasal bandung. Pakat pegi je
Kali pertama pergi Sweden pun, aku tak la buat research sangat. Sebabnya? Pergi dengan kawan yang dah ada pengalaman ke sana, aku tak risau sangat. Dia pun dah kenal orang2 Malaysia embassy dan beberapa orang Malaysia kat sana, jadinya tak ada la aku ambik berat sangat.
Tapi, bila pergi kali ke-2, aku mula buat research kat internet. Sebabnya?
- Aku akan travel sorang2 dari sini (takut la kalau terkapai2 sorang diri)
- Dah plan nak pergi negara selain Sweden. So, kena plan betul2
Bila dah search internet, baru aku tau, oooo, banyak rupanya yg aku kena tau dan ambik tau sebelum pergi ke sesebuah negara. Ni antara info yg aku jumpa:-
1. Daftar diri ke Embassy of Malaysia negara yg kita nak pergi.
- Senaraikan jadual perjalanan anda supaya senang dihubungi sekiranya ada kecemasan di Malaysia atau wujud sebarang krisis di tempat kita nak pergi tu .
- Macam mana nak daftar? Jangan pening, anda tak perlu nak pergi ke embassy tu sendiri. Borang pendaftaran biasanya boleh diisi online. Just surf la dalam internet ok
2. Dapatkan alamat dan nombor telefon embassy dan bawa bersama kita
3. Salin alamat hotel atau tempat penginapan kita di negara terbabit
- Mungkin ditanya oleh imegresen negara tu semasa kat airport
- Kalau naik teksi kat negara yg ada masalah berkomunikasi dlm. bahasa inggeris, boleh tunjukkan kepada driver teksi tersebut.
4. Buat salinan tiket/itinerary dan pasport.
- Tinggalkan salinan pada keluarga, so you can be contacted in case of an emergency
- Bawa salinan yg selebihnya bersama anda. Sebab aku pernah baca, masa kita pergi jalan2 semasa kat sesebuah negara tu, tidak digalakkan membawa pasport bersama-sama sebab takut pasport hilang/dicuri. Tinggalkan pasport ori anda dihotel dan hanya bawa salinan sahaja
5. Pastikan anda ada perlindungan insurans kesihatan semasa berada diluar negara.
- Sebabnya, kalau anda sakit, kos perubatan di luar negara terutamanya di Eropah sangatlah mahal. Anda boleh baca entri aku pasal ni di sini
- Pastikan anda baca betul2 perlindungan insurans yang diambil tu cover apa, dari bila dan sampai bila. kalau tak menepati kehendak anda, pertimbangkan untuk ambil perlindungan tambahan
6. Salin, simpan dan bawa nombor telefon penting seperti Polis, Hospital, Imegresen, negara tersebut.
7. Mengetahui undang2 disesebuah negara boleh membantu anda mengelakkan diri dari masalah berkaitan undang2
8. Ambil tindakan pencegahan untuk mengelakkan diri dari menjadi sasaran penjenayah.
- Jangan pakai barang kemas atau pakaian yg boleh meletakkan anda sebagai sasaran penjenayah
- Jangan bawa duit yg berlebihan
- Jangan tinggalkan barang anda di tempat umum tanpa pengawasan
- Jangan terima sebarang pakej dari strangers
thanks for the tips.. i think i'll write one too, but a lighter one =D
ReplyDeleteI think these tips given could help those travelling for the first time outside Malaysia.
ReplyDelete