Posts

27Jun2010_Travel to Barcelona, SPAIN

Image
Flight ke Barcelona pukul 3.30pm. Keluar rumah pukul 11+ am. Bas yang lalu depan rumah dah lepas, so kena jalan kaki ke stesen bas depan hospital Huddinge sebab nak cepat. Bawak pulak beg galas yang beratnya lebih 10kg, rasa macam nak patah bahu aku. Dari stesen pendeltåg Flemingsberg, kami naik tren ke Stockholm Central. Dari sini, kami berjalan kaki ke City Terminalen untuk naik airport coach terus ke Arlanda airport. Perjalanan dari sini ke airport 30 minit. Lagi sekali kami kalut sebab terminal yang patut kami pergi bukan terminal 5 tapi terminal 2. Mungkin terminal 2 tu untuk penerbangan murah. Mungkin juga untuk penerbangan domestic. Aku pun tak berapa pasti. Yang pasti, bila kami sampai di terminal 2, baru nampak yang airport coach tu berhenti drop penumpang betul2 depan pintu masuk terminal 2! Aduhhh, nape la malangnya nasib. Dah le nak berjalan dari terminal 5 ke terminal 2 sikit punya jauh. Sebab takut kat kaunter terlalu panjang q, kami buat self check-in kat kiosk Norwegia...

26Jun2010_Malangnya hari ni...

Image
Pagi-pagi lagi kami dah keluar untuk pulangkan kereta sewa. Lepas tu, naik bas untuk ke stesen Tunnelbana Rågsved. Dari sini rancang nak terus ke bandar, tapi kami ubah rancangan. Memandangkan masjid di sini ada waktu tertentu dibuka, kami singgah untuk melawat masjid Stockholm. Kedudukan masjid ini hanya di belakang stesen Medborgaplatsen. Jam baru pukul 11+am. Masjid dibuka pukul 12. Ingatkan tak ada rezeki la nak masuk tengok dalam masjid itu sendiri. Alhamdulillah, dekat pukul 12pm, masjid dah dibuka. Dapat la kami tengok keadaan dalam masjid ni. Masjid ni bukan setakat berfungsi untuk bersolat, malahan ada kelas pendidikan agama turut diadakan di sini. Masa nak keluar dari sini, hujan turun dengan lebatnya (lebat untuk Sweden mungkin biasa-biasa kat Malaysia). Nak redah, memang lencun walaupun pakai payung. Petugas dalam masjid tu pun suruh kami tunggu hujan berhenti dulu. Dekat setengah jam gak la kami menunggu hujan reda. Qory ajak aku makan kat Restaurant Thai tapi restoran ni ...

25Jun2010_Mariefred

Image
Pagi ni kami keluar untuk melawat Gripsholm Slott kat Mariefred. Slott dalam bahasa Swedish adalah castle atau palaces. On the way pergi, singgah ke Skärholmen sebab nak tukar timer yang aku beli di Class Olhsson. Timer tu rosak. Qory pun nak pergi setelkan pasal internet dia kat office Tre (3). Dok kat sini aje dah sejam lebih. Perjalanan ke Mariefred dalam 45 minit. Kami sampai kat sini pukul 2 lebih dah. Ramai sangat orang, rupanya mereka adakan midsummer day hari ni. Midsummer day ni pun aku dah cite dalam entry travel 2009. Gambar sepanjang perjalanan Kebanyakan orang yang datang untuk sambutan midsummer ni memakai pakaian putih serta kalungan bunga dan daun atas kepala. Kebetulan pula, pakaian yang aku kenakan hari ini berwarna putih. Tak ada kalungan bunga je atas kepala. Kami sampai ketika acara kemuncak sedang berlangsung. Mereka menari berpegangan tangan mengelilingi tiang yang dihiasi dengan daun dan bunga. Tarian mereka diiringi nyanyian kumpulan koir (aku yang gelar camtu ...