26Jun2010_Malangnya hari ni...


Pagi-pagi lagi kami dah keluar untuk pulangkan kereta sewa. Lepas tu, naik bas untuk ke stesen Tunnelbana Rågsved. Dari sini rancang nak terus ke bandar, tapi kami ubah rancangan.





Memandangkan masjid di sini ada waktu tertentu dibuka, kami singgah untuk melawat masjid Stockholm. Kedudukan masjid ini hanya di belakang stesen Medborgaplatsen. Jam baru pukul 11+am. Masjid dibuka pukul 12. Ingatkan tak ada rezeki la nak masuk tengok dalam masjid itu sendiri.




Alhamdulillah, dekat pukul 12pm, masjid dah dibuka. Dapat la kami tengok keadaan dalam masjid ni. Masjid ni bukan setakat berfungsi untuk bersolat, malahan ada kelas pendidikan agama turut diadakan di sini.





Masa nak keluar dari sini, hujan turun dengan lebatnya (lebat untuk Sweden mungkin biasa-biasa kat Malaysia). Nak redah, memang lencun walaupun pakai payung. Petugas dalam masjid tu pun suruh kami tunggu hujan berhenti dulu. Dekat setengah jam gak la kami menunggu hujan reda.

Qory ajak aku makan kat Restaurant Thai tapi restoran ni tutup pula. Cuti summer, memang banyak kedai tutup.
Destinasi kami seterusnya adalah ke T-Centralan untuk pergi ke kedai baju di bandar. Sayangnya, semua kedai dan shopping kompleks tutup. Rasanya mereka ni ambil cuti direct dari midsummer semalam. Hanya ada sebuah kedai baju yang buka tapi pilihan tak best.




Merayau macam tak ada arah tujuan. Bila pergi ke Hotorget pun, tak meriah macam aku datang tahun 2008. Mungkin faktor musim dan hari ni pula hari bekerja.



Lepas menjamu selera di Mc Donald, kami putuskan untuk pergi ke Hard Rock Cafe untuk beli barang yang dikirim oleh adik aku. Kat sini pun hampa. Barang dicari tak ada banyak pilihan. Berlengang lagi kami.

Elok keluar dari Hard Rock Cafe, nampak bas yang akan melalui sekolah Qory. Apalagi, berlari la kami. Nasib baik pemandu bas tu nampak, dia pun berhentikan bas. Qory bagitau aku, kalau musim panas, ramai la yang keje part time jadi driver bas. Bukan mengejutkan kalau kat sini perempuan membawa bas. Driver bas aku naik ni pun cantik jelita orangnya. Hm, agak-agak ada ke perempuan jelita kat Malaysia tercinta ni nak bawa bas?





Kami turun kat Vikingagatan. Dari sini, berjalan kaki nak ke sekolah Qory untuk kami solat zuhur. Lepas solat, kami melalui hospital KI untuk pergi ke Hagaparken.





Jenuh mencari jalan nak ke Hagaparken. Banyak construction tengah dibuat, jalan pun ditutup. Berpatah balik tempat yang sama dua tiga kali. Penat gila dah ni. Dah la lapar, belum makan tengah hari lagi.

Aku rasa sejam lebih kami berjalan kaki baru sampai tempat dituju. Besar betul Hagaparken ni. Ada dua pintu masuk, Utara dan Selatan. Oh! Yerk, Hagaparken ni maksudnya Taman Haga. Tempat ni dulu-dulu menjadi taman untuk keluarga Diraja Sweden.




Suka betul aku tengok pokok-pokok yang ditanam dikiri kanan jalan menjadi lorong begitu redup dan nyaman. Nampak aje denai macam pernah dilalui oleh orang, kami pun masuk. Hutan kat sini tak menakutkan sebab ianya tak semak macam kat negara kita. Kena la juga berdas-das gigitan nyamuk Sweden.




Ingat nak cari tempat yang kami datang makan 24 Jun haritu. Nak makan, lepak dan melawat istana tepi tasik yang kami tak sempat nak lawat sebelum tu. Lagi sekali kegagahan kaki kami diuji. Tempat dicari tak jumpa, kami jumpa jalan raya utama. Adeh..adeh...tapak kaki dah mula berdenyut. Perut dah makin lapar. Akhirnya, kami patah balik ke dalam taman. Jumpa aje kerusi tepi tasik yang membelakangkan restoran, kami duduk kat situ. Bukak bekal tanpa menghiraukan mata yang memandang.

Patutnya kami balik awal sebab esok dah nak berangkat ke Spain. Barang sikit pun tak packing lagi.


Sampai aje kat rumah lebih kurang pukul 9 malam, macam lipas kudung la jadinya. Buat itu ini sampai nak pengsan rasa.





Comments

Popular posts from this blog

About Sweden...

#4. Projek Mengecat

Tak ada "ong"