27Jun2010_Travel to Barcelona, SPAIN
Flight ke Barcelona pukul 3.30pm. Keluar rumah pukul 11+ am. Bas yang lalu depan rumah dah lepas, so kena jalan kaki ke stesen bas depan hospital Huddinge sebab nak cepat. Bawak pulak beg galas yang beratnya lebih 10kg, rasa macam nak patah bahu aku.
Dari stesen pendeltåg Flemingsberg, kami naik tren ke Stockholm Central. Dari sini, kami berjalan kaki ke City Terminalen untuk naik airport coach terus ke Arlanda airport.
Perjalanan dari sini ke airport 30 minit. Lagi sekali kami kalut sebab terminal yang patut kami pergi bukan terminal 5 tapi terminal 2. Mungkin terminal 2 tu untuk penerbangan murah. Mungkin juga untuk penerbangan domestic. Aku pun tak berapa pasti. Yang pasti, bila kami sampai di terminal 2, baru nampak yang airport coach tu berhenti drop penumpang betul2 depan pintu masuk terminal 2! Aduhhh, nape la malangnya nasib. Dah le nak berjalan dari terminal 5 ke terminal 2 sikit punya jauh.
Sebab takut kat kaunter terlalu panjang q, kami buat self check-in kat kiosk Norwegianair yang disediakan. Kejap aje, dah setel. Cuma perlu drop-off beg kat kaunter aje. Alhamdulillah, orang tak ramai. Dah setel semua, baru rasa lega dan boleh makan dengan amannya.
Perjalanan dari Stockholm ke Barcelona memakan masa 4 jam. Aku sedar 30 minit pertama aje, lepas tu padam..ZZZZZ...
Sampai kat Barcelona airport, kami tuju ke Tourist Information dulu. Beli tiket kenderaan awam dan dapatkan peta serta maklumat yg perlu berkenaan Barcelona. Kami bercadang nak beli 2 days ticket sebab akan berada di bandar ni 2 hari. Nasib baik tak beli sebab 2 hari bukan bermaksud 48jam. Katakan kami beli sekarang, jam dah pukul 8 malam. Tiket kami akan expired jam 11.59 malam esoknya. Petugas kat Tourist Information tu suruh kami beli T10 ticket. Lebih menguntungkan sebab tak ada tarikh/masa expired. Guna 10 perjalanan baru habis. Tiket ni boleh dikongsi. Katakan aku dengan Qory guna tiket ni pada waktu yang sama, akan dikira sebagai 2 perjalanan.
Dari sini kami menaiki train untuk ke hotel. Berpandukan peta metro dan train yang diperoleh tadi, kami bersesak2 dalam train tu. Qory sempat bertanya kat perempuan sebelah dia sebab tak pasti nak turun di stesen mana. Perempuan tu orang Jerman tapi dah menetap di Spain.
Seorang staff RENFE (syarikat train kami naiki ni) sound perempuan tadi sebab letak beg depan pintu laluan pekerja. Perempuan tu jawab balik, nape sound dia sorang sedangkan orang kat kerusi sebelah pun turut meletakkan begnya kat situ. Berlaku la sesi perang mulut kecil-kecilan. Dari situ, aku nampak cara orang sini bercakap memang tak tapis dan selamba leh menjawab bila kena sound.
Sebelum turun, perempuan tadi nasihatkan kami untuk kali ke berapa tah, supaya jaga2 dengan beg dan barang berharga kami. Di sini memang ramai penyeluk saku. Nasihat yang sama kami terima di kaunter Tourist Information tadi. Maknanya, apa yang aku baca dalam buku dan internet pasal Barcelona ni memang betul la serius.
Kami turun di Estación de Passeig de Gràcia. Di stesen ni kami naik pula train ke Estació de França. Ini adalah stesen terakhir dan berdekatan dengan hotel kami tempah.
Kami berjaya cari hotel ni, tapi agak mengejutkan juga la sebab hotel ni macam apartment. Tak ada receptionist kat ruang bawah. Nak masuk, kena tekan button security kat pintu utama. Bila pintu dah dibuka, kami masuk tapi rasa seram sangat sebab tak ada seorang manusia pun kat bawah, ditambah pula suasana bangunan ni suram aje. Kat dalam ni ada lift yang sangat la antik, tapi pintu grillnya tak leh buka. Bila aku naik tangga cuba jenguk kat level 2 seperti yang tertera kat pintu utama, tak jumpa pun. Hati mula rasa tak sedap. Kami keluar dari situ untuk cari kot2 ada pintu utama lain. Pusing belakang bangunan, pun memang tak ada.
Lebih memburukkan keadaan, bila call hotel tu, masalah komunikasi pulak. ”No english”...aduh..susahnya...
Kami berpatah balik ke pintu mula2 tadi dan sekali lagi tekan button tu. Bila dapat masuk, jenuh tarik pemegang grill lift, pun tak terbuka. Nasib baik, ada seorang lelaki gemuk masuk. Rupanya, dia pekerja atau mungkin juga tokey hotel tu.
Hmm, memang sah grill pintu lift ada masalah. Naik semput pakcik gemuk tu operate grill pintu lift. Last2 panggil staff dia turun bawa spana. Baru boleh buka. Tak antik ke tu??
Part lebih bestnya, kat pintu luar ditulis hotel ni terletak di Planta 2. Tapi lift berhenti kat tingkat 4. Boleh gitu? Agaknya planta 2 tu dalam kiraan berganda.
Kami bercakap dengan staff hotel ni macam ayam dan itik. Pakai bahasa isyarat. Seksa..seksa
Masuk aje bilik, alahaiiii keciknya. Ada 2 katil single, satu sofa. Nak solat pun macam nak cium dinding. Air cooler pulak, makcik tu kena operate sendiri sambil membebel dalam bahasa dia. Bila kami tak paham, dia akan guna isyarat tangan pulak. Agakny dia nak kata, tu bukan tugas dia. Mungkin ada maintenance tapi sebab dah lewat tambah pulak hari ahad, orang tu bercuti. Agaknya laa..
Gambar bawah, kiri tu la air cooler yang kena operate sendiri salurannya
Ingat nak keluar untuk tengok Magic Fountain dekat Montjuïc tapi sebab dah terlalu lewat sampai hotel, rancangan terpaksa dibatalkan. Hampa juga sebab aku tengok dalam internet, Magic Fountain ni cantik sangat. Shownya pulak bukan setiap malam. Walaupun kami berada di sini dua malam, tapi show tak ada malam Isnin. Memang tak ada rezeki, tak apa lah...
Sebelum tido, siapkan bekal untuk esok.
Comments
Post a Comment
Ingatlah...Setiap Perkataan Diadili Kelak