Posts

05 July 2010_Adios Granada...Adios Spain

Image
Kejap aje masa berlalu. Sekarang ni aku dah ada kat airport Granada untuk balik ke Stockholm. Beg dah selamat check-in. Flight pukul 11.10am transit di Barcelona. Airport ni agak jauh dari hotel. Kata staff hotel tu perjalanan dalam 20 minit, tapi rasanya dekat 30 minit baru sampai. Camtu gak masa mula-mula sampai hari sabtu tu. Mereka kata jalan kaki dari stesen keretapi ke hotel dalam 10 minit. Kami naik teksi pun lebih 20 minit. Pengajarannya, bila orang sini estemate masa, tolonglah extra kan masa tu okeh. Spanish times.. "Err, penerbangan pukul berapa dik?" Budak-budak comel ni kami jumpa depan pintu airport. Kesian mereka kena buang kat sini...comel sangat dengan sepasang mata biru. Kalau bawak balik Malaysia ni, agak-agak berapa hari Citi mogok tak mo makan? Mari withdraw duit kat sini Tambang teksi dari hotel ke airport €21.70. Orang dah ramai juga beratur sedangkan kaunter belum dibuka. Tengah beratur, datang dua orang lelaki dengan seekor anjing yang sangat besar. ...

04 July 2010_Granada.Andalusia

Akhirnya kami sampai ke destinasi terakhir pengembaraan ini, iaitu bandar Granada. Ianya sebuah bandar yang terletak di Selatan Sepanyol dan salah sebuah bandar yang membentuk Andalusia. Dalam sejarah tamadun Islam, selepas kejatuhan Cordoba iaitu ibu kota Andalusia, Granada adalah wilayah terakhir yang bertahan dalam mempertahankan Islam. Ianya berlaku pada zaman pemerintahan Bani al- Ahmar yang telah menguasai wilayah terakhir Andalusia ini dari tahun 620 - 897H. Penyerahan wilayah ini terpaksa dilakukan demi menyelamatkan maruah pemerintah Islam di bawah pimpinan Abu Abdullah daripada diguling dengan lebih teruk. Penyerahan dilakukan dalam bentuk perjanjian di antara pihak Islam dan Kristian. Pihak Kristian yang diketuai oleh Raja Ferdinand dan Ratu Isabella dikatakan mengandungi 67 perkara iaitu antara lain menjamin keselamatan orang Islam untuk terus tinggal di Sepanyol dan juga jaminan keselamatan sekiranya mereka memilih untuk keluar dari Sepanyol menuju daerah lain, terutama un...

03 July 2010_Kota Córdoba.Andalusia...Adios

Image
Hari terakhir di Kota Córdoba yang indah ini. Selesai check-out awal lebih kurang pukul 9 pagi, kami tinggalkan beg di hotel dan meneruskan rancangan untuk ke Great Mosque of Córdoba. Berbanding datang ke sini malam mula2 sampai, masjid yang kami lihat sekarang ni memang jauh lebih besar. Ukiran dan hiasan di dindingnya jelas kelihatan sehinggakan di luar ini sahaja kami habiskan masa hampir 20 minit mengabadikan keunikan senibina dan ukiran dindingnya dalam kamera dibawa. Dipercayai senibina masjid ini adalah gabungan seni bina Romawi. Great Mosque of Córdoba sekarang dikenali dengan nama Mezquita-Cathederal. Dibuka dari pukul 10am - 7pm pada musim panas. Untuk masuk ke dalam dewan utama, bayaran dikenakan sebanyak €8. Note €500 ini dah banyak tempat kami pergi, tak boleh nak guna sebab terlalu besar dan mereka tak ada change. Tempat tumpuan pelancong, tidak menyediakan duit kecil? Akhirnya terpaksa withdraw duit kat mesin ATM luar Mezquita Pelan lantai Mezquita Maaf, aku tidak tahu s...