05 July 2010_Adios Granada...Adios Spain
Kejap aje masa berlalu. Sekarang ni aku dah ada kat airport Granada untuk balik ke Stockholm. Beg dah selamat check-in. Flight pukul 11.10am transit di Barcelona. Airport ni agak jauh dari hotel. Kata staff hotel tu perjalanan dalam 20 minit, tapi rasanya dekat 30 minit baru sampai. Camtu gak masa mula-mula sampai hari sabtu tu. Mereka kata jalan kaki dari stesen keretapi ke hotel dalam 10 minit. Kami naik teksi pun lebih 20 minit. Pengajarannya, bila orang sini estemate masa, tolonglah extra kan masa tu okeh. Spanish times..
"Err, penerbangan pukul berapa dik?"
Budak-budak comel ni kami jumpa depan pintu airport. Kesian mereka kena buang kat sini...comel sangat dengan sepasang mata biru. Kalau bawak balik Malaysia ni, agak-agak berapa hari Citi mogok tak mo makan?
Mari withdraw duit kat sini
Tambang teksi dari hotel ke airport €21.70. Orang dah ramai juga beratur sedangkan kaunter belum dibuka. Tengah beratur, datang dua orang lelaki dengan seekor anjing yang sangat besar. Nampak anjing dah jadi perkara biasa kat sini, tapi mata tetap tertarik untuk tengok lebih lama. Sebab apa? tuan punya anjing ni OKU (cacat penglihatan). Jadi, anjing inilah menjadi "mata" beliau. Sedih pulak aku. Masa ni macam-macam la datang dalam kepala, seperti, selamat ke pakcik ni nak travel sorang-sorang? tak kena rompak ke ragut ke? maklumlah aku datang dari negara yang ragut tu macam profesion utama dah. Lepas tu baru tersedar, oh, ini bukan Malaysia.
Berbalik pada anjing tadi, baik sangat budak ni. Penat berdiri dia duduk. Penat duduk, dia baring. Dalam kepala fikir lagi, eh, anjing ni pun boleh naik flight ke? duduk kat seat biasa ke? ish..ish..maklum, tak ada menda lain nak fikir kan.
Pakcik dan anjingnya yang baik
Selesai urusan di kaunter check-in, lepak di cafe. Sempat update blog sambil minum coklat panas. Airport ni kecil aje, ingat ada la kedai souvenir ke, hampeh. Tak dapat la kami beli apa-apa souvenir waima poskad Granada sekalipun.huhu.
Inilah rupa boarding pass flight ni. Kata mereka, ada masalah nak keluarkan bording pass sebetulnya

Adios Granada!
Ke sana ke mari kami cari kaunter untuk dapatkan boarding pass flight seterusnya. Rupanya, semua kaunter tutup sebab waktu lunch. Huiii, geram betul. Masa makin berlalu ni. Sementara tunggu pukul 2pm, kami pergi makan dulu. Apa yang boleh dibeli pun hanya sandwich tuna dan buah.
Selesai dapat boarding pass, baru kami bergerak keluar. Rupanya, terminal ni bukan terminal yang sama masa kami sampai kat Barcelona dulu. Ni Terminal 2, sedangkan hari tu Terminal 1. Train RENFE pulak kena naik kat Terminal 1. Aduii, lenguh kaki berjalan. Mula-mula, pergi ambil map kat Information kaunter. Lepas tu naik shuttel bus untuk ke Terminal 1. Untuk urusan ini sahaja, 1 jam dah berlalu.
Kami turun di Barcelona Sants. Dari sini, tukar metro ke Placa Catalunya. Berpandukan peta, kami cari Barri Gothic. Nasib baik tak sesat. Masuk 1 kedai, terus beli barang yg diinginkan.
Tinggal lagi 2 jam sebelum kami kena balik semula ke airport. Perut lapar plus teringin nak rasa Paeila. Dari hari pertama di Barcelona, dah pasang niat nak makan makanan Sepanyol ni. Jumpa je restoran yg ada tempat duduk bertutup (kes nak aircond la nih), terus masuk dan order paeila seafood.
Bila order sampai, tanpa berlengah terus suap. Hmm, rasanya macam nasi goreng sotong yg dibakar. Sekuali tu habis dek kami berdua. Makan selaju yang mungkin sebab masa makin suntuk. Terlepas flight nanti naya aje.
Paeila seafood
Lepas makan, berlari-lari anak la kami ni menuju ke stesen metro. Nasib baik tunggu sekejap, metro pun sampai. Masing-masing dah stress ni tapi dalam train, berlaku pula adegan "jangan ketawa". Sakit perut aku tahan gelak. Sebab apa? ada sorang mamat ni duduk bertentangan dengan Qory. Pantang bersandar, mesti dia terlena. Qory gelar dia jam randik atau sebetulnya jam bandul. Tau tak jam bandul? Orang dulu-dulu suka pakai jam dinding ni. Ala, yang bandulnya tu berhayun kiri dan kanan tu. Bila berdenting, sikit punya kuat. Bila berdenting pukul 12 tengah malam, mau meremang bulu roma. Ha, ingat dah?
Berbalik pasal mamat ni, terlena dalam train perkara biasa kan? yang luar biasanya, dia punya 'lenggok' kepala tu. Lengok ke kiri, hampir nak corner baring. Lengok ke kanan, ala-ala nak menyondol manja bahu mamat sebelahnya. Lebih sadis, mulut tu dah macam sarang labah-labah Qory cakap. Uweekk...
Lebih kelakar, bila dia sedar, siap buka lagu kat handphone dia. Konon, nak hilangkan ngantuk la. Lepas tu, jadi jam bandul balik dahhh..Hilang kejap rasa stress sebab gelakkan mamat ni.
Sampai di Terminal 1, orang ramai gila. Nak berlari pun susah. Masa makin singkat nih. Nasib baik shuttle bas dah sedia menunggu. Kami turun dari shuttle bus kat Terminal 2, kurang l5 minit lagi flight nak berlepas. Apa lagi, pecut laaa...macam nak luruh jantung.
Nak tambah lagi stress, sampai kat Security Check Point pulak, kena scan bag sampai 4 kali. Yang pertama sebab ada air dalam beg. Dah buang botol air tu, mak guard tu cakap ada lagi air. Jenuh cari memang tak ada dah. Yang ada cuma sanitizer aje, tapi dia kata bukan. Scan sekali lagi. Qory pulak masa tu kena body check sebab masa dia lalu kat walk through metal detector tu, menda alah tu berbunyi. Scan kali ke-3, baru dia tanya, ada bawa laptop tak? Ya!Allah, nape la tak cakap awal-awal tadi. Yang ko pegi cakap cecair tu buat apa! Aku memang dah tak teringat laptop dalam beg. Kelam kabut sangat. Tu pun minta izin potong line kat pintu masuk security check point tadi. Dah cakap, kami dah lewat, diaorang buat tak dengar je. Suruh gak scan beg dan laptop tu sekali lagi. Memang nak naik hangin betul aku. Sementara tunggu Qory simpan balik semua barang dalam beg, aku pergi check gate mane kami kena pergi. Dah le tulih dalam bahasa Spanish. Main agak-agak je bila nampak nombor flight.
Berlari, berlari dan berlari...nak pecah dah dada ni. Gate tu pula letaknya dah hujung. Sampai kat gate, tengok orang masih beratur. Pintu gate masih belum dibuka. Kat digital screen tu, tertulis, Estocolmo. Baru tahu, Stockholm digelar Estocolmo dalam bahasa Spanish.
Sempat la kami pergi tandas dan beli air. Nak beli air, jenuh pula korek duit syiling dalam beg. Cukup-cukup aje duit syiling yang ada.
Sakitnya hati! Flight rupanya delay hampir 1 jam. Masa masuk dalam flight, perasan pakcik yang cacat penglihatan tu duduk kat seat business class bersama anjingnya (anjing duduk bawah la, bukan atas seat). Sampai kat airport Arlanda pun, budak tu tidur aje. Comel betul.
Keluar dari perut kapal terbang, tergezut aku bila seekor anjing yg lebih besar dari pakcik tu punya, dok sibuk hidu-hidu penumpang yang keluar. Nasib baik mulut dia disarung dengan jaring besi. Tapi tetap mendebarkan sebab besar sangat. Ini adalah anjing pengesan. Anjing ini datang bersama-sama dua tiga orang polis. Dua andaian kami buat iaitu; mereka (polis) dapat maklumat ada suspect dalam flight ni; kedua, mungkin ini pemeriksaan rutin untuk mana-mana flight yang datang dari negara yang terkenal dengan kes dadah.
Selesai ambil beg, dah pukul 11.45pm. Naik airport coach sebab dah beli return ticket masa nak pergi Spain dulu. Bas bertolak pukul 12am. Sampai kat City Terminalen, ambil teksi terus ke rumah. Tambang tengah malam memang mahal. Qory boleh layan borak lagi pemandu teksi berasal dari Iraq ni. Aku hanya pasang telinga sambil mata leka tengok macam-macam peralatan canggih dalam teksi ni. Selain GPS, siap ada satu skrin yang menunjukkan pergerakkan empat tayar teksi ni. Bunyi enjin langsung tak dengar.
Sampai rumah pukul 1+am. Lepas mandi, terus tido..penatnya..
Comments
Post a Comment
Ingatlah...Setiap Perkataan Diadili Kelak