Kali Pertama


Aku mulakan blog ni selepas balik dari Sweden. Pemergian kali kedua ini membawa aku sehingga ke Paris dan Amsterdam. Alhamdulillah, pengalaman melihat keindahan ciptaan Tuhan di negara orang menjadi kenangan paling manis, indah dan berharga dalam hidup aku. Ramai yang pelik, hairan dan tertanya bagaimana aku begitu mudah mendapat cuti lama.Well, rezeki aku kot sebab bos tak perasan dah 'tersign' cuti aku 3 minggu.Hahaha...jangan marah bos :-)

Tak kurang juga ramai yang mempersoalkan tindakan aku bercuti ke Eropah disaat wabak H1N1 diperkatakan dengan hebatnya ketika ini. Aku bukan nak cari penyakit, tapi bagi aku kalau dah takdirnya nak terkena, duduk diam kat Malaysia ni pun boleh dijangkiti jugak. Walaubagaimanapun, aku mengerti dan faham, niat mereka suci lagi murni sebab mereka sayang kat aku (adik beradik aku laa terutamanya). So, terima kasih untuk kalian yang support dan mendoakan kesejahteraan aku sepanjang disana. Terima kasih gak untuk en. shahriman yang siap bekalkan aku dengan doa untuk melindungi diri dari penyakit wabak. Jutaan terima kasih untuk sahabat aku, Qory kerana sudi melalui pengalaman indah ini bersama-sama aku.


Tack så mycket!

Comments

  1. Grattis!

    Keep up the good work!
    Keep updating OK! Can't wait to know more!

    ReplyDelete
  2. Wow! Tetibe dah ade updates!
    Bagus! Teruskan usahamu...

    ps: gambar2 tu cantik lak bile dok dlm internet ek ;-)

    ReplyDelete

Post a Comment

Ingatlah...Setiap Perkataan Diadili Kelak

Popular posts from this blog

About Sweden...

#4. Projek Mengecat

Tak ada "ong"