Posts

Showing posts from April, 2010

Eiffel Tower...03.07.09

Image
Eiffel Tower adalah menara besi yang dibina pada tahun 1887-1889 di Champ de Mars bersebelahan Seine River di Paris. Dinamakan sempena nama juruteranya, Gustave Eiffel, menara ini merupakan menara tertinggi di Paris (324m/1,063ft). Orang memang ramai giler. Mungkin kerana waktu ni cuti musim panas. Sekali lagi kami terkejut melihat kebanjiran warga Afrika di sini. Mereka berniaga cenderahati. Masa mula-mula sampai je, kami dah disapa oleh mereka ni, "Malaysia..Malaysia". Nampak sangat Malaysia memang famous dikalangan 'Awang Hitam' ni. Tak tahan betul, mana-mana pergi di sapa "Malaysia..Malaysia.." sambil menghulur barangan dijual pada kami. Aarrggghhhh!!! Tensen..tensen... Dari Eiffel Tower ni, kami berjalan lebih kurang 15 minit ke Palais de Chaillot atau juga dikenali dengan nama Trocadero. Dari dataran istana ini, Eiffel Tower boleh dilihat dengan jelas. Di hadapan istana ni ada air pancut. Ingat budak-budak aje yang sakan main dalam kolam air pancut tu...

Paris...03.07.09

Image
Selepas mandi dan solat, kami keluar. Destinasi pertama adalah ke Eiffel Tower. Dengan menaiki bas, kami dapat menikmati pemandangan sepanjang jalan. Deretan kedai yang menjual barangan berjenama begitu memukau pandangan. Semua jenama yang famous di Malaysia, duduk dalam butik atau kedai yang nampak begitu ekslusif. Nak masuk pun takut..huhu.. Kalau ada "pemandangan" menarik dalam bas macam dalam gambar ni, memang hilang rasa mengantuk...hahaha Turun dari bas, sudah kelihatan Eiffel Tower. Termenung agak lama aku sambil mendongak melihat menara ini. Macam tak percaya berada di hadapan Eiffel Tower yang selama ini aku lihat hanya di kaca tv, majalah dan internet. Sekarang berada betul-betul dihadapan mata! Kami duduk melepak di sini dari pukul 6 petang hingga 12 tengah malam. Bermula pukul 7 malam, lampu berwarna warni akan dipasang di menara ini. Lampu ini hanya dipasang untuk tempoh 10 minit bagi setiap 1 jam. Baca cerita selanjutnya mengenai Eiffel Tower dalam entry ini.

Bonjour Paris...03.07.09

Image
Bersedia untuk berlepas dengan Air France (AF1263). Penerbangan ke Paris memakan masa lebih kurang 2 jam 30 minit. Kami mendapat prioriti hidangan sarapan pagi dahulu kerana dah order halal food semasa booking tiket. Tapi makanannya faham-faham ajelah, memang bukan untuk tekak orang Malaysia macam aku:-). Cuaca sangat cerah. Masa aku leka tengok di luar tingkap, tiba-tiba mata aku sakit melihat cahaya yang begitu cerah. Sakit sangat sampai terasa menusuk ke belakang tengkorak. Masa tu, risau sangat kalau ada apa-apa effect. Nak menanggis rasa menahan sakit sampai selamat mendarat di Lapangan Terbang Charles De Gaulle. Alhamdulillah, selepas sejam, rasa sakit makin berkurangan. Air France 1263 Dari airport, kami menaiki shuttle bus yang disediakan ke Terminal 2. Charles De Gaulle Airport (also known as Paris Roissy) ni merupakan airport terbesar di Paris dan merupakan airport ke-2 tersibuk di Eropah selepas Heathrow, London. Airport ini menyediakan kemudahan intergrated sistem keretapi...

Moteurs Action..Stunt Show Spectacular

Image
Ini adalah show paling best dan membuatkan kami sangat teruja. Sebelum ini, aku tak dapat bayangkan bagaimana aksi-aksi lasak dalam cerita barat dihasilkan. Kat sini, aku berpeluang tengok secara live aksi-aksi lasak di studio yang dibina betul-betul seperti sebuah pekan. Ada hotel, cafe dan deretan rumah kedai. Preparation untuk show sedang dibuat oleh krew... Adegan kejar mengejar kereta dan motosikal... Pernah bayangkan bagaimana adegan si hero meloloskan diri dari kepungan beberapa buah kereta penjahat dengan cara me reverse keretanya dengan laju, dibuat? Hanya dengan pengubahsuaian pada kenderaan, penonton boleh tertipu. Rupanya, sisi belakang kereta yang selalu kita tengok telah diubahsuai menjadi sisi hadapan. Patutlah boleh reverse dengan laju walaupun di selekoh atau di celah-celah bangunan. Adegan tembak menembak dan jatuh dari bangunan tinggi... Ngeri tengok adegan letupan dan terbakar satu badan? Inilah dia contohnya... Adegan kereta terjun menjunam... Ini satu lagi ...

Paris...02.07.09

Image
Hari ini kena standby kat Arlanda airport untuk penerbangan ke Paris pada pukul 6.50 pagi esok. Keluar dari rumah pukul 7.30 malam. Naik bas dari rumah ke stesen Pendeltåg Flemingsberg untuk menaiki train ke Stockholm C Marsta. Dari City Terminalen, kami menaiki airport coach pada pukul 8.40 malam terus ke Arlanda airport. Tiket airport coach boleh dibeli dengan harga SEK110 (lebih kurang RM49) di mesin tiket hanya dengan menggunakan kad kredit/debit. Mudahnya! Sampai di airport, terus cari port untuk kami bermalam. Alhamdulillah, ada seat kosong yang boleh kami berbaring. Tak pernah aku buat perangai macam ni kat Malaysia. Tiba kat tempat orang, boleh tido kat airport dan baring kat sofa yang ada di situ. Solat pun kat situ sebab 'chapel' dah tutup. 'Chapel' ni adalah bilik yang disediakan untuk penganut mana-mana agama melakukan upacara sembahyang mereka. Berbekalkan makanan yang dibawa dari rumah, kami dinner dengan penuh perasaan sebab terlalu lapar. Tak kisah dah o...

Sleeping Beauty Castle

Image
Selama ini tengok karakter-karakter ini dalam tv aje kan? Nah, sekarang dah berpeluang masuk dalam istana yang teramat cantik nih... Hmmm fantasyland...bukan lagi mimpi...