Paris...03.07.09
Selepas mandi dan solat, kami keluar. Destinasi pertama adalah ke Eiffel Tower. Dengan menaiki bas, kami dapat menikmati pemandangan sepanjang jalan. Deretan kedai yang menjual barangan berjenama begitu memukau pandangan. Semua jenama yang famous di Malaysia, duduk dalam butik atau kedai yang nampak begitu ekslusif. Nak masuk pun takut..huhu..
Kalau ada "pemandangan" menarik dalam bas macam dalam gambar ni, memang hilang rasa mengantuk...hahaha
Turun dari bas, sudah kelihatan Eiffel Tower. Termenung agak lama aku sambil mendongak melihat menara ini. Macam tak percaya berada di hadapan Eiffel Tower yang selama ini aku lihat hanya di kaca tv, majalah dan internet. Sekarang berada betul-betul dihadapan mata!
Kami duduk melepak di sini dari pukul 6 petang hingga 12 tengah malam. Bermula pukul 7 malam, lampu berwarna warni akan dipasang di menara ini. Lampu ini hanya dipasang untuk tempoh 10 minit bagi setiap 1 jam.
Comments
Post a Comment
Ingatlah...Setiap Perkataan Diadili Kelak