Bonjour Paris...03.07.09
Bersedia untuk berlepas dengan Air France (AF1263).
Penerbangan ke Paris memakan masa lebih kurang 2 jam 30 minit. Kami mendapat prioriti hidangan sarapan pagi dahulu kerana dah order halal food semasa booking tiket. Tapi makanannya faham-faham ajelah, memang bukan untuk tekak orang Malaysia macam aku:-).
Cuaca sangat cerah. Masa aku leka tengok di luar tingkap, tiba-tiba mata aku sakit melihat cahaya yang begitu cerah. Sakit sangat sampai terasa menusuk ke belakang tengkorak. Masa tu, risau sangat kalau ada apa-apa effect. Nak menanggis rasa menahan sakit sampai selamat mendarat di Lapangan Terbang Charles De Gaulle. Alhamdulillah, selepas sejam, rasa sakit makin berkurangan.
Air France 1263
Dari airport, kami menaiki shuttle bus yang disediakan ke Terminal 2.
Charles De Gaulle Airport (also known as Paris Roissy) ni merupakan airport terbesar di Paris dan merupakan airport ke-2 tersibuk di Eropah selepas Heathrow, London. Airport ini menyediakan kemudahan intergrated sistem keretapi RER rapid dan TGV.
Sampai di Terminal, kami terus membeli tiket Paris Visit dengan harga Euro 48.50. Tiket ni sesuai untuk pelancong yang nak menghabiskan masa selama 5 hari di Paris. Dengan hanya satu tiket, boleh menaiki bas atau train ke mana-mana sahaja di dalam Paris.
Kami menaiki RER B train pada pukul 10.49am menuju ke Gare Du Nord station. Hotel yang. telah di booking oleh Kak Ami terletak tidak jauh dari stesen ni. Badan memang letih gila ditambah dengan tak cukup tido, mudah aje kelopak mata ni nak tertutup. Orang pulak ramai dan train memang penuh.
Sampai di Gare Du Nord, pandangan pertama kami adalah, "kenapa kat sini ramai sangat orang Afrika?" Memang di mana-mana ada bangsa ini di sini. Bermula dari dalam train tadi sampai lah ke sini. Tak keterlaluan aku kata, memang kawasan ni didominasi oleh mereka. Lebih kurang kat Malaysia pulak. Stesen ini memang kelihatan serabut dengan mereka yang mengemis, tido di kaki lima stesen. Siap ada bantal & selimut.
Dari stesen ini, kami berjalan kaki berpandukan peta untuk cari Hotel De Maubeuge. Jenuh juga la cari, tapi alhamdulillah jumpa juga. Masa tu, baru pukul 12 tengahari, belum waktu untuk check-in, jadi, kami tinggalkan beg di cafe hotel (hotel ni adalah hotel budget, jadi memang tak ada tempat simpan beg) dan pergi lunch dulu. Tak jauh dari hotel ni ada restoran. Kami order spagetti biasa dan piza biasa. Terkejut aku tengok saiz piza kat sini. Besar gila dan memang tak mampu aku habiskan. Baki yang tak mampu nak telan lagi dah, kami bungkus dan bawa balik ke bilik.
Bilik hotel ni sangat "comel". Katil double bed. Bilik airnya pulak, aku rasa kalau org bersaiz XXXL memang tak muat nak masuk.Nama pun hotel budget kan...
Leganya dapat baring. Sampai terlena sehingga pukul 3.30 petang. Sedangkan, dalam rancangan asal nak terus ke Eiffel Tower lepas check-in. Tak mampu nampaknya.
Comments
Post a Comment
Ingatlah...Setiap Perkataan Diadili Kelak