12 July 2010_Sweden @ Malmö

Malmö, sebuah daerah yang terletak di wilayah Selatan Scania, merupakan bandar ketiga yang paling padat penduduknya selepas Stockholm dan Gothenburg.




Selepas mengemas dan bersarapan, kami check-out dari hotel Ibis. Perjalanan pertama kami adalah mencari kilang coklat Malmö yang khabarnya telah bertapak sejak tahun 1888. Dengan membayar parking untuk jangka masa 2 jam, kami berjalan mencari kilang tersebut berpandukan peta yang diperoleh dari hotel.





Jauh juga jarak kilang ini dari tempat kereta kami diparkir. Kilang ini nampak besar, tetapi pengunjung tidak dibenarkan masuk ke dalam kawasan pembuatan coklat. Kami hanya boleh masuk ke dalam butik coklat sahaja. Di sini, ada coklat pelbagai jenis rupa, saiz dan perisa. Harganya memang mahal. Setakat nak rasa sebiji dua tu mampu la nak beli.


Masa dihabiskan di butik coklat ini tidak lama kerana perut mula berkeroncong. Sasaran kami seterusnya adalah cari kedai makan Thai. Rasa macam dah lama benar tak makan nasi. huhu...


Setelah berjaya mengosongkan pinggan dan mangkuk tom yam tak sampai 30 minit, kami bergegas ke kereta. Waktu parking dah nak habis.

Seterusnya, perjalanan kami menuju ke Turning Torso yang terletak di selat Öresund, Sweden. Bangunan pencakar langit ini yang direka oleh arkitek Sepanyol, Santiago Calatrava, dibuka secara rasmi pada 27 Ogos 2005. Menara yang terdiri daripada 54 tingkat ini mencapai ketinggian 190 meter (623 kaki). Dengan ketinggian tersebut menjadikannya bangunan tertinggi di Scandinavia, bangunan perumahan tertinggi di Kesatuan Eropah dan bangunan tempat tinggal kedua tertinggi di Eropah, selepas Triumph-Palace di Moscow ( 264 meter @ 866 kaki). Bangunan ini direka dengan pusingan 90 ° sama seperti Infinity Tower, di Dubai, Uni Emirat Arab.





Kami hanya mengambil gambar dari luar bangunan kerana kesuntukan masa. Lagipun, tidak pasti samada boleh masuk ke dalam atau tidak.

Dari bangunan tersebut, kami berjalan kaki terus ke Western Harbour. Dari sini dapat dilihat Öresund Bridge dengan lebih jelas. Pemandangan biasa pada musim panas, sana sini boleh dilihat orang berjemur. Macam-macam warna kulit dan aksi boleh dilihat. Kami menghabiskan masa di sini satu jam aje, lepas tu terus bergerak ke bandarnya.





Rumah berdinding kaca menghadap selat Öresund ini memang cantik dan tampak mewah.

Öresund bridge


Tempat ini memang meriah dengan pelbagai aktiviti selain berjemur


Toilet awam di taman ini canggih sangat bagi aku. Pintu dibuka, tutup dan dikunci secara automatik. Tak ada satu pun button melainkan semuanya menggunakan sensor


Sebelum meneruskan perjalanan ke pekan, singgah di Slottsträdgården atau Castle Garden.

A "Dutch Mill" from 1851

Ini adalah tong sampah khusus untuk buang najis anjing. Tuan punya anjing akan kutip najis anjing masing-masing dan buang dalam tong khas ini










Sampai di bandar, parkir kereta di P-Husset Anna sebab hanya di situ bayaran parkir lebih murah. Dari tempat parkir ini, kami berjalan kaki ke tempat-tempat menarik di sini. Memang agak jauh dan meletihkan.

Kami menuju ke Lila Torg iaitu sebuah square yang dibina sejak tahun 1590 untuk tujuan perdagangan ketika itu. Ianya dibina setelah Stortorget tidak mencukupi untuk menampung jumlah perdagangan Malmö.




Sehingga tahun 1900, wujudnya ladang dan kedai-kedai kedai seperti yang boleh dilihat hari ini. Cuma ladangnya telah dimusnahkan dan sebuah market hall telah dibina sehingga tahun 1968.










Hedmanska gården, sebuah rumah tertua yang ada di sini bergema dengan muzik di musim panas. Di sini terdapat banyak cafe dan restoran. Penat berjalan mengelilingi pekan ini, kami singgah membasahkan tekak dengan espresso dan brownies coklat di salah sebuah cafe di sini.



Suara brother penyanyi jalanan ini boleh tahan juga. Cuma, betul ke suara dia??





Kami bertolak balik ke Stockholm pada pukul 6 petang. Jauh lagi perjalanan ini, menjangkau 6 jam lebih untuk sampai. Sepanjang jalan, aku leka membuang pandang di kanan jalan. Kata Qory, waktu malam, banyak rusa keluar. Di tepi highway dan jalan biasa di Sweden ini, diletak papan tanda gambar rusa melompat. Agaknya nak sampaikan "Awas!Rusa Melompat". Sebab kat sini memang banyak rusa. Kawasan hutan sepanjang highway dipagar. Aku rasa tujuannya untuk mengelakkan rusa melompat ke atas jalan yang boleh mengakibatkan kemalangan kepada pengguna jalan raya.

Alhamdulillah, dapat jugak aku tengok rusa di tepi-tepi jalan. Lebih 10 ekor aku lihat sepanjang perjalanan. Ada yang lepak seekor, ada yang dalam group. Comey la haiwan nih...

Kami berhenti dua kali sepanjang perjalanan balik. Pertama di R ‘n’ R untuk ke toilet dan ke dua di Linköpings untuk isi minyak. Highway yang kami lalui ini adalah jalan yang sama semasa kedatangan kami ke Linköpings tahun lepas. Nampak la Brahehus yang terletak tepi highway tu.

Akhirnya, sampai ke rumah pukul 1 pagi. Memang letih giler, terutama Qory. Kesian makcik yee..

Comments

  1. Good job!
    Poor Qory. Maybe next time you should try left-handed driving. :)

    ReplyDelete
  2. i ok jer kiri ke kanan ke...cuma takut org tak konpiden je jadi passanger i nanti.huhu..

    ReplyDelete

Post a Comment

Ingatlah...Setiap Perkataan Diadili Kelak

Popular posts from this blog

About Sweden...

#4. Projek Mengecat

Tak ada "ong"