Autumn bakal menyusul tiba...

Sejak seminggu ni suhu makin sejuk. Dedaunan di pokok pun dah banyak yang bertukar warna kekuningan. Mungkin tak sampai hujung bulan Ogos dah masuk musim luruh.

Satu pemandangan yang luar biasa dari negara kita adalah, di sini langitnya kelihatan sangat rendah. Bila cuaca cerah, awan bergantungan kelihatan sangat jelas. Apabila mendongak ke langit biru, boleh dilihat awan bergerak begitu pantas. Boleh jadi keliru apabila mendongak ke bangunan tinggi kerana seolah-olah bangunan tersebut yang bergerak.

Begitu juga apabila bulan muncul di dada langit ketika malam. Nampak sangat rendah dan besar. Kenapa fenomena ini berlaku? Kerana bumi ini bulatkah seperti yang diclaim oleh Nicolaus Copernicus?

Gambar pemandangan di hadapan bangunan rumah kawan aku.





Ini adalah alat mengukur suhu. Diletakkan di luar tingkap rumah.

Comments

Popular posts from this blog

About Sweden...

#4. Projek Mengecat

Tak ada "ong"