Malaysia - Stockholm - Prague - Milan - Venice - Florence - Rome - Stokholm
1. Malaysia - Stockholm - Malaysia naik Qatar Airways. Transit 2 jam 15 minit di Doha, Qatar. Turun dari flight, naik bas ke Terminal Transit & Departure. Walaupun pertama kali sampai di sini, tak susah nak cari terminal. Airport tak besar mana. Signage friendly.
2. Boleh guna duit Ringgit Malaysia di cafe airport Doha. Terkejut juga. Itu menunjukkan betapa ramai orang Malaysia di sana.
3. Semasa berada di atas Charles Brigde, Prague, Republic of Czech, tiba-tiba suasana havoc seketika. Pengunjung dikejutkan dengan "show" percuma. Seorang wanita tanpa seurat benang dibadan, berjalan penuh gaya persis seorang model di atas jambatan ini. Ingatkan tengah ada rakaman filem ke, rupanya tak. Apa lagi, ramai la cameraman tak berbayar yang dok shoot adegan tersebut. Atuk yang berjalan dengan nenek pun, boleh lupa isteri di sisi. Sibuk keluarkan handphone, tak nak termiss satu bahagian pun. - Barat oh! Barat
4. Dari Prague ke Italy, macam keluar dari musim sejuk masuk ke musim panas. Prague - sejuk gila. Milan - sedang2 aje. Venice - sejuk yang amat. Florence - panas. Rome - panas membahang.
5. Orang Prague, bercakap lebih sopan berbanding orang Italy yang terlalu kasar.
6. Menara Pisa - kecondongannya memang ketara, tapi masih kukuh berdiri hingga kini.
7. Orang Bangladesh hanya ditemui di Rome. Bezanya dengan di Malaysia, Bangladesh di Rome hanya ditemui di tempat-tempat tumpuan pelancong seperti colosseum. Kerja mereka hanya menjual barang-barang cenderahati. Tak jumpa pun di kedai runcit, restoran mahupun cleaner.
8. Pemandangan yang jarang dilihat di negara kita - nenek dan atuk umur dalam lingkungan 60 ke atas masih gagah menggunakan public transport untuk ke sana sini. Membeli barang keperluan diri tanpa bantuan sesiapa di sisi. Kenapa? kerana jaringan pengangkutan awam mereka sangat efisien dan kemudahan disediakan mengambil kira keperluan golongan tua dan kurang upaya.
9. Nasib baik tak menyewa hotel di Venice. Susahnya nak seret beg di celah-celah lorong kecil dan sempit serta berbatu.
10. Milan disebut Milano, Venice - Venezia, Florence - Florenze, Rome - Roma.
11. Milan bandar fesyen - ramainya orang Arab bertumpu di sini. Tergantung di tangan masing-masing tak kurang dua beg kertas yang hanya bercop "Louis Vuitton", "Prada", "Ferrari", "Gucci", "Salvatore Ferragamo", "Chopard" dan pelbagai jenama yang tak terbilang dengan jari. Kami? hanya mampu bilang 1,2,3....
12. Bas mahupun tren, anjing juga menjadi penumpang setia. Gerabak untuk membawa binatang telah diasingkan. Namun ada juga segelintir yang masih membawa haiwan peliharaan masing-masing dalam gerabak yang tidak sepatutnya. Agaknya sebab kita ni dah dididik dari kecil anjing itu najis, kena libas dengan ekor anjing dalam keadaan kedua-duanya kering pun, buat aku rasa tak selesa.
13. Menikmati spaghetti seafood di Venice. Sedap sangat!!
14. Peta di Venice kena beli. Buat duit sungguh diaorang ni.
15. Public toilet di Venice lebih murah berbanding di Milan.
16. Pelik betul. Tiada sebiji kerusi pun disediakan di train station Venice & Milan.
17. RyanAir straight gila. 3 kali hand luggage kami kena repacked semula kerana melebihi berat dan saiz dibenarkan.
Comments
Post a Comment
Ingatlah...Setiap Perkataan Diadili Kelak