Mungkin inilah yang terakhir kalinya.....

Makan sushi buatan anak Melayu yang membuka restoran sushi di Aspudden. Nama restoran beliau Aspuddens Sushi. Hanya beliau dan isteri yang bekerja di restoran ni kerana untuk mengaji pekerja, bayarannya sangat tinggi.
Pertama kali dalam hidup la ni makan sushi. Walaupun selepas makan yang pertama ni rasa macam tak akan makan lagi dah, tapi kira bangga juga la aku boleh habiskan 6 ketul sushi ni. Dua ketul sushi ikan salmon, satu sushi telur, satu sushi dengan avocado dan dua sushi campuran avocado dan salmon.
Wasabi dia...fuyooo, perit sampai ke hidung wooo bila dah masuk dalam kerongkong.




Kira not bad juga la rasa sushi. Selama ni ingat makan ikan mentah tu hanyir gila, tapi rupanya tak. Mungkin kerana salmon kat sini segar.
Comments
Post a Comment
Ingatlah...Setiap Perkataan Diadili Kelak