Switzerland@Zurich_Mei, 18, 2012



Zurich
Hari pertama sampai, kami tak sempat nak berjalan ke mana-mana. Sampai pun dah petang, dari airport ke hotel, jauh juga perjalanan. Kena tukar-tukar train dan tram. Tersalah turun stesen tram, macam nak tercabut nyawa mendaki bukit yang tinggi dengan bebanan dekat 10kg dibelakang untuk sampai ke Youth Hostel.



Oleh kerana keputusan untuk ke Switzerland ini dibuat saat akhir, kami memang tak sempat nak cari info tempat-tempat menarik nak dilawati di setiap bandar yang akan dikunjungi. Hostel ini menyediakan kemudahan wifi, tapi hanya di lobinya sahaja.


Malam itu, bersusah payah la Qory baca buku dan surf internet untuk pengisian aktiviti sepanjang di Switzerland. Aku hanya mampu menemani dia di dalam lena:)...

Opernhaus
Keesokkan harinya, pukul 8.30 pagi kami dah memulakan perjalanan. Berpandukan peta, kami tuju kawasan paling selatan di bandar Zurich, iaitu Opernhaus.

Kalau masa yang ada terhad, pelancong dicadangkan ikut laluan yang bewarna hijau tu untuk mengenali Zurich

Coklat ni...sanggup makan tak?

Opernhaus



Opernhaus atau Opera House ni macam Istana Budaya lah. Telah dibina sejak tahun 1891, di sini adalah tempat persembahan kebudayaan dan hiburan diadakan.

Limmat Lake
Dari Opernhaus, kami berjalan di tepi tasik yang sangat menakjubkan. Air berwarna hijau dan jernih. Sampaikan boleh nampak dengan jelas kepala angsa yang menyelamkan kepala ke dalam air. Leka sekejap di sini.





Quaibrücke
Kami menyemberangi jambatan ini yang menghubungkan Bellevue dan Bürkliplatz. Di Bürkliplatz ini, flea market sedang rancak berlangsung.



Stadthausquai
Sepanjang jalan ini terletaknya beberapa tarikan utama yang dicadangkan harus dilawati.

Antaranya Frauenbadi Stadthausquai. Kalau nak menikmati kejernihan air tasik di Switzerland yang memang terkenal di dunia, inilah tempatnya. Tapi sila ambil maklum ye. Tempat ini khusus untuk wanita sahaja.

Stadthaus
Seperti di beberapa buah negara Eropah yang telah dilawati, di sini juga terdapat town house. Di sini terletaknya beberapa jabatan kerajaan seperti Public Service Departments, Department of Finance dan lain-lain.


Fraumünster
Bersebelahan Stadthaus tersebut, terletaknya sebuah gereja, Fraumünster. Tarikan utama gereja ini adalah tingkap kacanya yang digelar Chagall Windows. Lima tingkap besar bewarna yang direka oleh artis terkenal Marc Chagall ini dipasang pada tahun 1970.


Münster Brücke & Grossmünster
Bertentangan dengan gereja Fraumünster, terletaknya sebuah lagi gereja bernama Grossmünster. Untuk sampai ke gereja yang terletak di atas kawasan berbukit ini, kami perlu menyemberang jambatan, Münster Brücke. Di sini, pemandangan memang sangat cantik. Hijau air tasik terserlah. Rasa macam setiap inci tempat ni nak kami abadikan di dalam kamera.


Gereja dengan rekabentuk gaya Roman ini hanya kami lawati diluar. Hajat kami sebenarnya nak naik atas pelantar/menara tinjau untuk melihat pemandangan bandar Zurich. Niat tersebut terpaksa dibatalkan kerana bayaran yang dikenakan boleh tahan mahalnya. Sebab kedua menyokong niat pembatalan hasrat adalah kerana, kami perlu mendaki tangga untuk naik nun di atas sana. Oh!Tidak. Tenaga perlu disimpan untuk digunakan lebih 14 jam lagi.



 


Old Town
Dari Grossmünster, kami menyusur masuk ke kawasan yang lebih cosy yang digelar Old Town. Bangunan lama bewarna-warni serta jalan dan lorong kecil memberi pemandangan luar dari kebiasaan.





Perut sudah mula berkeroncong. Dengan menyemberang Rathaus Brucke, kami berjalan menuju ke Lindenhof.



Lindenhof
Lindenhof ini adalah kawasan penempatan di atas bukit yang dikatakan satu masa dahulu adalah tapak istana Rom. Jenuh juga mendaki untuk sampai di atas bukit ini. Tapi sebaik sahaja berada atas bukit, nah, pemandangan sangat cantik di depan kami. Ada bangku dan meja. Apa lagi, jom buka bekal.


  

Bahnhofstrasse
Perut dah kenyang. Beg pun makin ringan. Kami dihambat masa. Destinasi terakhir, adalah mencari kedai menjual pisau dan cenderahati. Pisau??? Biar betul.

Betul la tu. Bukan kah Switzerland terkenal dengan pisau Victorinox Swiss Army? Bukan pisau sahaja, jam, perfume dan pelbagai lagi barangan atas jenama ini ada di sini. Harganya, memang murah dari yang ditawarkan di Malaysia atau Sweden sekalipun.




Sebab murah dan memang tak akan ada peluang macam ni lagi, terpaksa la aku beli pisau Victorinox Swiss Army satu. Model klasik sudah la. Aku bukan kaki camping atau pemburu pun.




Di sinilah juga kami beli t-shirt dan cenderahati untuk diri sendiri. Selesai urusan membeli belah, kami teruskan perjalanan ke stesen keretapi.


Lupa pula nak cerita, Bahnhofstrasse ni adalah jalan utama pusat bandar Zurich. Di sini juga merupakan tempat membeli belah yang paling mahal dan ekslusif di dunia. Jam, baju, kasut, perfume? Katalah nak apa sahaja, semua ada di sini. Sediakan duit aje.


  
Pernah jumpa tak patung model macam ni di shopping complex/kedai baju kat Malaysia? Aku tak pernah...

Entah berapa kilometer dah kami berjalan agaknya. Akhirnya sampai ke Zürich Hauptbahnhof atau lebih dikenali dengan singkatan Zürich HB. Ambil beg di locker, solat dan teruskan perjalanan ke Bern.


Bern...nantikan kunjungan kami.




Comments

  1. Mane gambar pisau? ;)

    ReplyDelete
  2. tak sempat nak snap le..nanti ku update ek

    ReplyDelete
  3. salam....

    kak.... citer murah pun, tak bagi eden... ape cer???
    heheheeeee

    ReplyDelete
  4. nak pisau ke??haip, budak2 mane leh main pisau...bahaya...hahaha..

    ReplyDelete

Post a Comment

Ingatlah...Setiap Perkataan Diadili Kelak

Popular posts from this blog

About Sweden...

#4. Projek Mengecat

Tak ada "ong"