July 12, 2009_Netherlands @ Amsterdam (Final)
Hari terakhir di Amsterdam. Oleh kerana perjalanan ke Eindhoven Airport tu jauh, kami kena keluar awal dari hotel. Hujan pula pagi ni, sampai kena beli rainproof ponchos. Kalau tak, maunya basah nak berjalan sampai ke stesen keretapi.
Sebelum balik, singgah kedai souvenir jap. Kononnya nak beli fridge magnet dekat gerai souvenir yang agak jauh sikit dari hotel ni. Berjalan la kami ni dengan mengheret 1 biji beg beroda dan menggalas 1 biji hiking bag serta beg sandang sebiji seorang dalam hujan ke tempat tersebut. Sampai-sampai aje, frust gila. Pak cik tu tak buka gerai pagi ni.Huuuh! Penatnya berjalan.
Dah tak ada pilihan, terpaksa beli souvenir kat kedai tepi hotel walaupun agak mahal. Ambil je la apa yang mampu.
Selesai, terus heret beg ke stesen keretapi. Perjalanan bertukar keretapi dan bas sebanyak empat kali. Alhamdulillah, sampai juga ke airport lebih awal dari waktu penerbangan. Sempat la jamu-jamu mata kat kedai dalam airport ni pula.
Tengok bunga tulip segar yang dijual dalam pelbagai warna, aduhaiii...geramnya rasa. Kalau beli, memang sure la akan layu kan. Jadi, untuk memenuhi keinginan itu, beli la ubi dia konon-kononnya nak tanam di Malaysia. Walaupun kebarangkalian untuk hidup di iklim khatulistiwa sangat la tipis, tak kira. Aku nak beli juga!
Penerbangan dari Eindhoven ke Skavsta dalam dua jam lebih sahaja. Dari airport Skavsta ni, kami naik bas ke stesen keretapi Nyköping. Perjalanan menaiki keretapi yang direct ke stesen Flemingsberg ni memakan masa lebih kurang 1 jam lebih.
Dari stesen Flemingsberg, kami meredah kesejukan yang semakin hebat ini dengan berjalan kaki melalui kawasan perumahan yang berbukit dan sunyi. Waktu ni dah dekat pukul 10 malam, mana tak sunyi.
Berhampiran bangunan tempat Qory tinggal ini ada taman permainan. Sempat lagi singgah posing. hehe


Sampai rumah, mandi, solat dan kemas barang sikit-sikit. Lepas tu, kedua-dua manusia ni terus pengsan.
Comments
Post a Comment
Ingatlah...Setiap Perkataan Diadili Kelak