Posts

Showing posts from May, 2011

Tiramisu

Image
Dapatkan resepi ini di sini

Vietnamese Roasted Chicken

Image
Resepi yang tidak mengecewakan. Ringkas dan senang. Dalam bahasa Vietnamnya di gelar Ga Ro Ti. Salin bulat-bulat dari resepi asal yang diberi oleh sahabat aku. Ingredients 2 1/2 pounds chicken thighs 1 1/2 teaspoons granulated sugar 1/2 teaspoon ground black pepper 1 1/2 tablespoons soy sauce 1 1/2 tablespoons fish sauce 1 1/2 tablespoons canola or vegetable oil, plus additional for frying 4-5 cloves garlic, minced Directions 1. Trim excess skin and visible fat from chicken thighs using kitchen shears; set aside. 2. In a medium bowl, whisk together sugar, pepper, soy sauce, fish sauce and oil until well combined. Stir in garlic. Add the chicken thighs and evenly distribute the marinade between the thighs. For extra flavor, stuff a little garlic and marinade under the skin. Cover and marinate for 12 to 24 hours in the fridge. 3. Adjust oven rack to middle position; heat oven to 350°F (177C). Heat 1/2 tablespoon oil in a large nonstick, oven-proof skillet over medium high heat. Add the ...

Buttermilk Pancakes

Image
Asalnya beli buttermilk untuk cuba buat muffin, tapi bahan pula tak cukup. Sudahnya, jadi pancake juga. Memang berbaloi buat pancake ni. Sedap dan sangat lembut! Rasanya masam,manis dan masin. Resepi ini disalin bulat-bulat dari website yang aku dah tak ingat namanya. Ingredients The Drys 1 cup (125g) white flour 3 Tbsp (40g) sugar 1/2 tsp (3g) baking soda 1/2 tsp (2g) baking powder 1/2 tsp (4g) salt The Wets 1.5 cups (350ml) buttermilk 1 egg 3 Tablespoons (50g) melted butter 2 Teaspoons (10ml) Vanilla (add 1 more for kids!) Preparation Put the wet and dry ingredients into separate bowls. Whisk each one lightly. Add roughly half of the dry mix into the wet and whisk smooth, not too long. Add the remainder of the dry mix and barely whisk together. Make sure all of the flour is mixed in. You don't want to beat this too much as it strengthens the gluten in the flour and makes the pancakes tougher. Don't worry, you can't screw this up; just don't put it in an electric mixe...

Test skill la konon...

Image
Mangsa-mangsa bidikan kamera ku.

Tak ada kerja

Image
Tengah bosan tunggu kereta siap di service...

Test skill fotografi

Image
Inilah dia model aku hari ini. Pokok buluh dan pokok limau kasturi penghias taman balkoniku...

Moist Chocolate Cake

Image
Yang ini memang aku yang buat. Cumanya, touch up lepas kek ni tinggal suku aje. Selebihnya dah selamat sedekah kat orang. Dapat dari website omputih ini Tekstur kek ini agak padat. Ada orang suka kek coklat yang padat sebab lebih rasa kecoklatannya tu. Tapi ada gak yang boleh keluarkan soalan macam ni kat aku: "kek ni bakar ke kukus? tak jadi yer?" Hmmm...bagi aku, orang yang boleh keluarkan soalan macam ni ada dua sebab aje: 1. Memang suka bercakap tanpa berfikir 2. Dia biasa/pernah bagi pada orang makanan yang tak jadi Kesian dia. Resepi malas nak taip balik dalam BM daaa.. Ingredients 2 cups flour 2 cups sugar ¾ cup hershey’s cocoa 2 teaspoons baking soda 2 egss (i use large eggs) 1 teaspoon salt 1 cup buttermilk 1 cup mazola vegetable oil 1 ½ teaspoons vanilla extract 1 cup boiling water Preparation 1. Preheat Oven to 150 degree celcius (300 degrees Fahrenheit in original recipe - This is a slow bake chocolate cake recipe) 2. Use crisco shortening to lightly grease and ...

Tiramisu in da making....

Image
Kek paling senang dibuat dalam dunia. Antara dessert yang paling popular di Itali. Sumber : umi-e dari myresipi.com Bahan-bahan 2 bungkus biskut tiramisu ( lady fingers ) 250 gm cream cheese 250 gm whipping cream 150 gm gula 1 cawan bancuhan air nescafe (tanpa gula) Serbuk koko/coklat untuk hiasan Cara-cara 1. Satukan cream cheese, whipping cream dan gula - pukul hingga kembang 2. Celupkan biskut ke dalam bancuhan nescafe dan susun dalam bekas sederhana besar 3. Sapu satu lapisan bancuhan yang telah dipukul tadi ke atas biskut dan ratakan. Tabur serbuk koko. 4. Ulang proses 2 & 3 sehingga habis (jumlah lapisan yang diperoleh bergantung kepada saiz bekas dan jumlah biskut yang digunakan) 4. Tutup dan simpan dalam peti ais (lebih sedap sekiranya disimpan semalaman) Nota: 1. Masukkan sedikit gula dalam bancuhan air nescafe jika anda tidak suka rasa nescafe 2. Jangan celup biskut dalam air nescafe yang terlalu panas bagi mengelakkan biskut jadi terlalu lembik (bila lembik, bisk...

October 10, 2008_Karolinska Institutet @ Sweden

Image
Pertama kali terdedah dengan suhu sejuk melampau, badan aku memang tak boleh nak sesuaikan diri. Balik dari Riga, terus demam. Cuaca kering menyebabkan kulit muka aku mengelupas teruk. Sendiri pun takut nak tengok. Macam kulit bayi yang mengelupas. Terpaksa beli krim muka cap CD atas kapal ke Riga itu hari sebab lotion muka yang aku pakai memang tak mampu melindungi kulit muka dari kekeringan yang melampau. Pulak tu, pedih bila dipakai. Aku agak antara puncanya sebab terlalu terdedah dengan angin yang mengeringkan semasa lepak di dek kapal. Hari ini dah rasa sihat sikit, aku rancang nak pergi ke Karolinska Institutet (KI), tempat Qory belajar. Kawan aku ini sudahpun memulakan pembelajarannya sebaik sahaja balik dari Riga. Tinggal la aku seorang diri di bilik penginapan. Selepas memasak nasi goreng buat bekalan keluar nanti, aku pun memulakan perjalanan ke KI seorang diri. Dengan petua perjalanan yang diberi olehnya, aku pun naik bas dari Lappkärrsberget hingga ke Sveaplan. Di Sveaplan,...

Gambar ajee??

Image

Reunion selepas 16 tahun

Image
Wahhh, seronoknya jumpa ex-schoolmates selepas 16 tahun meninggalkan alam persekolahan. Selepas tempoh itu, semalam buat julung kalinya majlis perjumpaan semula diadakan. Ringkas aje majlisnya. Buat di Restoran Nelayan Titiwangsa dengan bayaran RM29 untuk menu steamboat. Tapi makannya tak sampai harga macam tu pun. Kenyang dengan gelak ketawa dan bermacam cerita yang dikongsi. Ni aje yang masuk dalam perutku 16 tahun, macam-macam yang telah dilalui. Tak cukup masa 2 jam untuk tahu semua cerita masing-masing kan. Tak apa, ini adalah permulaan. Lain kali boleh buat lagi. Wajah-wajah comel generasi baru... Sebelum balik, dapat cenderahati berupa coklat dari kawan aku yang incharge majlis ni. TQ Yus! Kawan aku ni bisnes kencang. Menjahit, menjual kain pasang, tempahan kuih, coklat dan macam-macam lagi kot...

Aku Ada Kamu

Image
Waktu aku sedih, kamu tak pernah memujuk Waktu aku gembira, kamu tak pernah ketawa bersamaku Waktu aku sakit, kamu hanya memandang Waktu aku menanggis, kamu hanya berdiam Tapi aku tetap sayang kamu Walau kadang-kadang kamu buat aku geram Tapi kamu sangat comel Walau sesekali tanganku hinggap pada kamu dek kenakalanmu Tidak sesekali kamu berdendam Walau kadang-kadang kamu mengasari dan mencederakan kulitku Aku tahu hanya kamu yang paling setia di sisi Tidak pernah membenci aku Tidak jua mengumpat keji padaku Jua tidak pernah mengkhianati aku Aku hanya ada kamu Makhluk yang paling setia dalam hidup aku Biarpun kamu tidak pernah memujuk Tidak pernah menjagaku diwaktu sakit Tapi aku tahu kamu memahami aku Aku hanya tahu....Aku ada kamu...

July 7, 2009_Palace of Versailles@Paris

Image
Jom patah balik ke percutian tahun 2009. Kali ini nak kongsi tentang Palace of Versailles yang terletak di daerah bernama Versailles, Perancis. Terletak kira-kira 20km baratdaya Paris, Versailles adalah sebuah bandar yang dikenali sebagai tempat beberapa perjanjian dimeterai. Contohnya, Treaty of Paris (1783) yang mengakhiri Perang Revolusi Amerika dan Treaty of Versailles yang mengakhiri Perang Dunia I. Sebuah istana yang juga dikenali sebagai Château de Versailles merupakan tempat kediaman Diraja Perancis selama lebih dari satu abad (1682 - 1789). Berada di dalam senarai UNESCO's World Heritage, Versailles merupakan suatu pencapaian paling indah dari seni bina Perancis abad ke-18. Sekarang, istana ini telah dijadikan muzium yang menjadi antara tarikan utama pelancong ke sini. Dari hotel, kami menaiki bas ke sini. Ketika sampai, punya la ramai umat manusia sedang beratur untuk membeli tiket. Memang agak sesak keadaan ketika itu. Cuaca pula berangin dan sejuk. Ketika melalui pe...