Tiramisu in da making....
Kek paling senang dibuat dalam dunia. Antara dessert yang paling popular di Itali.
Sumber : umi-e dari myresipi.com
Bahan-bahan
2 bungkus biskut tiramisu (lady fingers)
250 gm cream cheese
250 gm whipping cream
150 gm gula
1 cawan bancuhan air nescafe (tanpa gula)
Serbuk koko/coklat untuk hiasan
Cara-cara
1. Satukan cream cheese, whipping cream dan gula - pukul hingga kembang
2. Celupkan biskut ke dalam bancuhan nescafe dan susun dalam bekas sederhana besar
3. Sapu satu lapisan bancuhan yang telah dipukul tadi ke atas biskut dan ratakan. Tabur serbuk koko.
4. Ulang proses 2 & 3 sehingga habis (jumlah lapisan yang diperoleh bergantung kepada saiz bekas dan jumlah biskut yang digunakan)
4. Tutup dan simpan dalam peti ais (lebih sedap sekiranya disimpan semalaman)
Nota:
1. Masukkan sedikit gula dalam bancuhan air nescafe jika anda tidak suka rasa nescafe
2. Jangan celup biskut dalam air nescafe yang terlalu panas bagi mengelakkan biskut jadi terlalu lembik (bila lembik, biskut patah)
Ini adalah hasil tangan sahabat aku sebenarnya...Aku tak sempat nak buat pun lagi. hehehe..eksyen je lebih kan :)
Thank you so much for having my tiramisu here.
ReplyDelete^_^
U'r welcome
ReplyDelete