Reunion selepas 16 tahun

Wahhh, seronoknya jumpa ex-schoolmates selepas 16 tahun meninggalkan alam persekolahan. Selepas tempoh itu, semalam buat julung kalinya majlis perjumpaan semula diadakan. Ringkas aje majlisnya. Buat di Restoran Nelayan Titiwangsa dengan bayaran RM29 untuk menu steamboat. Tapi makannya tak sampai harga macam tu pun. Kenyang dengan gelak ketawa dan bermacam cerita yang dikongsi.

Ni aje yang masuk dalam perutku

16 tahun, macam-macam yang telah dilalui. Tak cukup masa 2 jam untuk tahu semua cerita masing-masing kan. Tak apa, ini adalah permulaan. Lain kali boleh buat lagi.

Wajah-wajah comel generasi baru...



Sebelum balik, dapat cenderahati berupa coklat dari kawan aku yang incharge majlis ni. TQ Yus!

Kawan aku ni bisnes kencang. Menjahit, menjual kain pasang, tempahan kuih, coklat dan macam-macam lagi kot...

Comments

Popular posts from this blog

About Sweden...

#4. Projek Mengecat

Tak ada "ong"