Posts

Cheese dan provokasi...

Tengah sambung entri pasal kembara tahun lepas, teringat cerita ni. Berlaku semasa kami menginap di Youth Hostel, Zurich. Kami turun breakfast awal pagi. Nak mula jelajah bandar ni awal la supaya boleh teruskan perjalanan ke Bern.  Semasa di cafe hostel tu, aku ambil roti. Lepas tu nak jodohkan la roti tu dengan cheese. Tengah pegang cheese tu, tetiba bahu aku dicuit dari belakang. Bila toleh, sorang mamat omputih ni dok cakap sesuatu dengan aku. Malangnya, dia bercakap bahasa apa entah. Bukan bahasa inggeris. Aku pun kerut-kerut dahi la. Sambil cakap tu sambil tunding kat cheese yang dah aku sepit tu. Dalam hati, apa hal mamat ni. Seriau ada gak. Sehinggalah sorang kawan dia tunjuk gambar yang ditampal pada bekas cheese tu.  Subhanallah.  'Kerbau pendek' rupanya. Cheese mengandungi bahan dari binatang tu. Astaghfirullahalazim...aku memang tak perasan langsung.  Lepas berterima kasih pada mat-mat saleh tu, aku pun beredar la ke bahagian makan...

July, 22, 2011_Prague@Czech (Part 2)

Image
Baca Part 1 di sini . Selesai "menyumbang" di Hard Rock Cafe, kami berpatah balik ke Charles Bridge. Apa la yang menariknya jambatan ni kan? Sampaikan disenaraikan sebagai salah satu tarikan bagi pelancong. Bukan ada apa pun. Ala, macam jambatan yang ada kat Malaysia ni lah pun kan. Menariknya, mortar jambatan ini dikatakan dibina hasil dari campuran telur, susu dan wine. Analisis kimia turut membuktikan bahawa wujudnya protein di dalam mortar tersebut. Dibina pada tahun 1357 atas arahan King Charles IV dan siap di awal abad ke-15. Dataran Old Town dan Lesser Town yang dipisahkan oleh Sungai Vltava dihubungkan oleh jambatan ini. Semasa awal-awal pembinaannya, ia digelar Karlův Most sehinggalah ditukar nama kepada Charles Bridge pada tahun 1870. Sebenarnya, Charles Bridge ni bukan lah jambatan pertama yang dibina merentangi Sungai tersebut. Pada tahun 1172, ketika era pemerintahan King Vladislav I, sebuah jambatan yang diberi nama Judith Bri...

Netherland@Edam - Volendam - Marken_Mei, 12, 2012

Image
Kali ke-2 menjejaki bumi penjajah Tanah Melayu satu ketika dulu. Ketika kunjungan kali pertama dahulu, kami melawat di sekitar bandar, kali ini kembara kami melangkau sehingga ke kawasan pendalaman. Nak tengok tempat buat cheese, kincir angin tradisional, terusan, bangunan-bangunan lama dan pelbagai lagi.  Edam - Volendam Kami bermula dengan melawati Edam iaitu sebuah bandar yang terletak di utara Netherlands. Jangan tak tahu, semi-hard cheese berjenama Edam asal usulnya adalah dari bandar ini. Inilah juga tujuan kami datang ke bandar ini. Dikatakan antara tarikan di sini adalah cheese market. Dengan menaiki bas dari Amsterdam central railway station   kami sampai ke sebuah pekan yang agak lenggang. Mungkin waktu cuti, maka banyak kedai yang tidak beroperasi. Ingatkan dapat melihat sendiri cheese market, rupanya pasar tersebut hanya beroperasi hari Rabu. Nasib baik dapat juga tengok cheese dan cara pembuatannya di Cheese Weigh House Edam yan...

Switzerland@Interlaken & Luzern_Mei, 18, 2012

Image
Sampai di Interlaken Ost, kami terus mengambil wudhu dan bersolat di depan locker beg. Sementara menunggu train ke Luzern pada pukul 7 malam, kami habiskan masa dengan berjalan di sekitar station ini. Cantik sangat tasik dan pemandangan di sini. Sebelum menaiki train, kami beli bekalan makanan dulu. Perjalanan dari sini ke Luzern memakan masa 2 jam. Tentu lapar sepanjang jalan nanti. Tepat jam 7 malam, keretapi mula meninggalkan Interlaken. Cadangnya nak tidur aje sepanjang jalan, tapi aku dikejutkan oleh Qory yang menunjuk ke luar keretapi. Pemandangan cantik di luar sana yang tidak harus dilepaskan. Terus tak jadi nak sambung tidur. Ketika sampai di Luzern, jam telah menunjukkan ke angka 9 malam. Dah malam, nak tengok tasik Luzern yang dikatakan wajib dilawati jika datang ke Switzerland pun dah tak boleh. Dah tak nampak kehijauan airnya. Oleh kerana dah sampai, kami putuskan untuk bergambar sekejap di tepi tasik ini. Itupun bergilir...