06 Oktober 2008_Riga.Latvia
Berehat kejap dari menulis pengalaman di Spain. Entry kali ini, aku nak recall pengalaman 2 tahun lepas. Pertama kali datang ke Sweden yang juga membawa aku sehingga ke Latvia.
****************************************
Hari ke-2 berada di Stockholm. Mungkin takut kami tak selesa berada dirumahnya lama-lama, kak Fariza cadangkan kami pergi ke Riga, Latvia. Pagi ini juga beli tiket cruise dan petang nanti akan naik kapal.
Kak Fariza hantar kami ke shopping mall yang terletak di Hallonbergen (sebutan Hallobarion) untuk beli baju panas sebab kami memang tak bawa baju tebal. Cuaca sangat sejuk ditambah pula dengan hujan renyai-renyai. Duduk atas kapal nanti mungkin lagi sejuk.
Beli sehelai seorang baju tebal dan sepasang sarung tangan. Selesai shopping, naik Tunnelbanna ke Kista Galleria untuk beli sedikit bekalan makanan ke Riga.
Kak Fariza ambil kami di sini dan balik ke rumah. Kena rushing untuk ke pelabuhan pula.
Kami dihantar oleh Kak Fariza dan suami ke pelabuhan Frihamnsterminalen. First time naik kapal laut. Kapal yang kami naik ini sudah cukup besar, tapi ada lagi kapal yang lebih besar dari ini. Teringat pula cerita Titanic.
Masuk dalam kapal ini, baru tahu rupa sebenar kapal laut. Ianya tak ubah macam hotel, ada bilik, cafe dan juga tempat shopping.
Biliknya tidak sebesar mana. Ada katil double-decker, sebuah almari dan sebuah meja solek. Selepas menyimpan beg, kami lepak di deck. Melihat kapal ini makin jauh meninggalkan daratan Sweden. Sejuk makin bertambah.
Sepanjang meronda dalam kapal, kami menjadi perhatian penumpang lain. Mungkin kerana hanya kami penumpang yang bertudung dalam kapal ini.
Penat meronda dalam kapal, kami balik ke bilik. Mata dah mengantuk walaupun jam baru pukul 9 malam. Di Malaysia waktu ini sudah pukul 3 pagi. Selepas solat dan makan, kami pun tidur. Di luar bilik, penumpang lain leka meraikan malam yang masih muda ini.
Entah pukul berapa kami tersedar kerana kapal dipukul ombak dengan kuat. Terolang-aling dibuatnya sampaikan memual perut kami. Jenuh pegang kepala katil sebab takut tercampak. Barang-barang kami habis berterabur sampai bawah katil. Dalam hati rasa takut sangat. Kami berada di tengah-tengah lautan. Mula terbayang Titanic yang tenggelam dan berkubur di tengah lautan itu. "No, i don't want to jump.."
Dalam menahan mual, tiba-tiba terdengar "uwekk..uwek.." Oh! Jiran sebelah bilik dah muntah. Teruk juga perempuan tu muntah. Alhamdulillah, kami tidak sampai ke tahap itu. Cumanya, bila kapal dah mula tenang, bangun dari katil, jalan terhoyong hayang akibat pening melampau. Jenuh pula kutip barang-barang yang berterabur. Sampai senget sunglasses Qory yang tercampak bawah katil.
Jumpa aje jam tangan, tengok waktu ini baru pukul 3 pagi. Perut sudah mula memberi isyarat minta diisi. Apa lagi, bila dah hilang pening sikit, kami pun mulakan 'sarapan pagi' dengan maggi. Orang lain enak menyambung tidur, kami pula sedap mengisi perut. Cuaca sejuk ini sebenarnya lebih membuat perut cepat lapar.
Dalam kapal ini, memang tak boleh nak solat berdiri. Kena la solat sambil duduk. Itupun pening dibuatnya.
Duduk dalam kapal selama 14 jam, memang meletihkan. Nak lepak kat luar, takut pula sebab suasana masih senyap sunyi di luar tu.
Bila dah pukul 6 pagi, baru kami keluar untuk lepak di dek kapal. Bila naik di tingkat paling atas kapal, terasa macam nak terbang ditiup angin. Perjalanan masih jauh, daratan masih belum kelihatan. Hanya laut yang membiru bertemu dengan langit terhampar di hadapan.
Akhirnya, nampak juga daratan. Nun, kelihatan bumi Riga. Tidak pernah terbayang aku akan melalui pengalaman sebegini. Sampai ke negara yang memang jauh dari pengetahuan am aku.
****************************************
Bila mengimbau kenangan ini, tiba-tiba rindu untuk melaluinya sekali lagi...ohhh....
Jom pi Tallinn plak lepas ni! Lebih menarik dari Riga!
ReplyDeleteyeaaaa..syok tuu..berangan pun jadi laaa
ReplyDelete