Posts

Showing posts from January, 2011

Linköping_July 1, 2009

Image
Hari terakhir di bandar Linköping. Aktiviti dimulakan dengan lawatan ke Berg Slussar, Göta Canal (Swedish: Göta kanal) . Göta Canal ini adalah sebuah terusan yang dibina pada awal abad ke-19 sepanjang 382 batu (614km). Ianya ini menjadi tulang belakang laluan air yang menghubungkan beberapa tasik dan sungai. Terusan ini menyediakan laluan dari Gothenburg (Swedish: Göteborg) yang terletak di sebelah pantai barat ke Söderköping yang terletak di Laut Baltic. Laluan ini merangkumi sungai Göta älv dan Trollhätte kanal dan juga dua tasik terbesar di Sweden iaitu Vänern dan Vättern. Göta kanal merupakan terusan yang hampir serupa dengan terusan Caledonian Canal di Scotland yang juga dibina oleh Thomas Telford. Terusan ini dibina dengan 58 kunci air yang digelar atau dikenali sebagai " the divorce ditch" sempena peristiwa sepasang suami isteri yang mengharungi pelbagai dugaan dan masalah ketika mengendalikan sendiri kunci-kunci air sepanjang terusan ini. Ketika sampai di sini, kami ...

Linköping_June 30, 2009

Image
Vadstena, tempat pertama yang kami lawati pada hari ke-2 di sini. Vadstena ini juga terletak di dalam daerah Östergötland. Walaupun populasi penduduk di sini kurang daripada 10 ribu orang, Vadstena tetap diiktiraf oleh kerajaan Sweden sebagai Bandar kerana kesan sejarahnya. Bandar ini terkenal dengan dua artifak penting dalam sejarah Sweden iaitu Vadstena Castle dan Vadstena Kloster . Vadstena Castle merupakan salah satu istana terbaik Sweden ketika era Gustav Vasa dari abad ke-16. Manakala, Vadstena Kloster pula adalah biara pertama yang mengasaskan Order Bridgettine iaitu satu urutan agama monastic yang diasaskan oleh Saint Birgitta (Saint Bridget) dari Sweden. Vadstena Castle dibina oleh King Gustav Vasa pada tahun 1545 sebagai kubu atau benteng untuk mempertahankan Stockholm daripada serangan musuh dari arah Selatan. Istana yang menjadi benteng pertahanan ini mengandungi 8 bangunan batu yang lebih kecil yang menghadap Tasik Vättern, tiga kubu yang mempunyai kelebaran 31 meter, ...