04 July 2010_Jejak Al-Hambra (Part 5) @ Generalife

Sebaik sahaja kaki menjejak Generalife, aku sudah terpegun. Wauuu!!! Cantiknya! Sebuah lorong yang di kiri dan kanannya ditanam dengan pokok cypress dan dibentuk seperti pintu gerbang terhampar indah di hadapan kami. Katanya, pokok cypress ini ditanam sempena kunjungan Isabel II pada tahun 1862.






Cuaca cerah dengan langit membiru, bergabung pula dengan warna hijau pokok-pokok di hadapan mata...amat, amat dan amat memukau pandangan aku. Sepanjang jalan, rasa seolah-olah melalui terowong pokok gitu. Bagusnya dapat menumpang teduh di bawah bayang-bayang pokok ketika cuaca panas terik begini.


Ini adalah tapak runtuhan Palacio de los Abencerrajes iaitu tempat kediaman noble families of Moorish Granada. Kediaman ini telah dirobohkan oleh Perancis dalam tahun 1812.


Di kawasan pejalan kaki luar dinding Al-Hambra ada beberapa buah menara dan gate. Salah satunya adalah gate ini: Gate of the Seven Floors (Puerta de los Siete Suelos).


Dari gate ini membawa kita ke Medina. Dibina pada abad ke-15, pada suatu masa dahulu ianya diletupkan oleh tentera Napoleon dalam tahun 1812. Kemudian, ianya dibina semula pada tahun 1970-an dengan bantuan ilustrasi lukisan lama.



Di sebelah kanan kami adalah bekas runtuhan Medina. Bila sebut Al-Hambra, kita selalu bayangkan ianya adalah Istana. Tetapi sebenarnya tidak. Al-Hambra ini bukan sahaja ada istana tetapi juga masjid, sekolah, tempat pemandian, berek dan tentu sahaja tempat kediaman pengiring raja dan orang gaji mereka. Di Medina inilah tempat tinggal mereka yang mana kini hanya tinggal tapak sahaja.


Bila berjalan makin jauh ke dalam kawasan ini, kami berjumpa pula dengan sebuah pintu gerbang yang besar ini. Rupanya, di sinilah terletaknya Acequia Real ataupun Royal Canal iaitu sumber hidrolik utama yang membekalkan air ke seluruh kompleks bersejarah ini.


Acequia Real ataupun Royal Canal



Er, sebenarnya Generalife ini, apa ye Cik Blogger?



Wahai pembaca sekalian, untuk lebih mudah dan ringkas, aku simpulkan Generalife ini adalah sebuah taman yang menjadi tempat untuk para raja dan pembesar dahulu kala berehat dan lari seketika dari urusan rasmi di istana. Maksud aku, bila para raja ini rasa nak rehat, relaks, berhibur, dan yang sewaktu dengannya, maka kesinilah mereka. Sesuai dengan lokasinya yang dianggap berada di luar kota biarpun kedudukannya tidak jauh dari Al-Hambra. Mungkin kerana itu, taman ini dibina dengan konsep kedesaan.


Generalife ini terletak di lereng Bukit Matahari (Cerro del Sol) di mana pemandangan keseluruhan bandar dan lembah Sungai Genil dan Darro dapat dilihat. Sejarah menunjukkan tempat ini mula dibina di antara abad ke-12 hingga abad ke-14.




Perjalanan kami di dalam taman yang menghijau ini melalui the lower garden. Apa yang ada di sini, lagi sekali memukau pandangan kami. Water canal segiempat memanjang yang di dalamnya berenang ikan bewarna warni, berkembang mekar si kiambang di permukaan airnya, di tepinya ditanam pokok bunga pelbagai spesies dan berdindingkan pepohon cypress. Juga pepohon renek yang menambah serinya. Mata aku tak lepas menikmati setiap jenis bunga rose yang ada pelbagai saiz dan warna ini. Aduhai, cantiknya!








Selain water canal tadi, terdapat juga pergola yang sepatutnya memancutkan air dari water jets di sekelilingnya. Namun, ketika ini tidak pula kelihatan air yang memancut.

Fountain in the pergola

Fountain at the transept


Kami berjalan di atas laluan pejalan kaki yang diturap dengan batu-batu kerikil sungai yang disusun dalam pelbagai bentuk. Batu kerikil bewarna putih dari River Darr dan yang bewarna hitam dari River Genil.



Di sini juga ditemui Amphitheatre yang dibina pada tahun 1952 untuk Festival Muzik dan Tarian Antarabangsa. Sejak itu, acara ini menjadi rutin setiap tahun di sini. Amphitheatre ini sangat luas dan moden dengan susunan kerusi yang aku sendiri tidak pasti boleh memuatkan berapa orang.






Kalau korang perasan, dalam video ni, dengar lelaki mat saleh tu bagi salam. Tapi masa tu, aku tak sure sangat betul ke dia bagi salam. Tu yang tak jawab tu. Tapi, bila perempuan di belakang tu pulak bagi salam dan tanya khabar, baru la aku menjawab salamnya. Yo soy hermano lo siento...



Langkah kami seterusnya membawa ke Palacio del Generalife. Ada dua bangunan utama yang membentuk istana ini iaitu Patio of the Irrigation Ditch (Patio de la Acequia) atau Court of the Water Channel dan Patio of the Cypresses. Patio de la Acequia ini juga dikenali sebagai taman untuk raja manakala Patio of the Cypresses yang terletak di sebelahnya, dikenali juga sebagai taman untuk permaisuri baginda.


Low garden of the Palace



Outdoor gate



Melangkah sahaja ke dalam kawasan tingkat bawah istana, terdapat banyak pokok oren yang buahnya sedang masak ranum. Berseleranya tengok. Huhu....


Gateway arch


Untuk naik ke tingkat atas patio ini, kami perlu mendaki tangga yang sempit dan curam. Patio ini ditutup pada sisi utara dan selatan oleh dua pavilion. Pavilion di sebelah selatan adalah pintu masuk utama patio iaitu tempat kami masuk tadi.

Indoor gate. Ceramic Lintel







Manakala pavilion di sebelah utara adalah The Royal Chamber (Sala Regia) yang dibentuk oleh lima lengkungan yang disokong oleh tiang batu. Di sinilah juga terdapat tempat atau tingkap yang digunakan oleh Raja Ismail I (raja yang menghiasi semula taman ini) untuk meninjau keseluruhan Al-Hambra yang berlatarbelakangkan bandar Granada.













Sisi patio ini dibentuk oleh dinding tebal dengan 18 lengkungan berbentuk ogival yang dibina sekitar tahun 1670. Berada di bawah galeri beratap ini, memang melekakan. Berbagai jenis perkataan dalam bahasa Arab yang diukir di dinding boleh dilihat dengan jelas. Namun sayangnya, ada sesetengah ruangan di dinding telah kosong ukiran kaligrafi Arabnya. Mungkin ditanggalkan oleh mereka yang "tidak seronok" akan maksudnya.









Berdiri dari sini, anda boleh melihat terus ke lower garden. Pemandangan Istana Nasrid, Alcazaba dan kawasan sekitarnya juga boleh dilihat dengan jelas dari sini.




Di tengah-tengah pavilion ini terletaknya terusan/tali air yang mengalir dari Royal Canal (Acequia Real). Di kiri dan kanan terusan ini terdapat water jets yang sepatutnya memancutkan air tinggi di udara, namun ketika kami berada di sini ia tidak berfungsi seperti sepatutnya.



Di sebelah kanan The Royal Chamber, terletaknya Patio of the Cypresses atau The Sultana's Court. Patio ini mempunyai central pond yang di kelilingi oleh myrtle hedge (pagar dari pepohon renek) dan di tengah-tengah kolam ini pula ada satu lagi kolam kecil dengan stone fountain.







Patio ini digelar sedemikian kerana pokok-pokok tua cypresses yang berada di beranda di mana yang paling terkenal adalah Cypress of the Sultana (Ciprés de la Sultana). Menurut lagenda, di sinilah tempat pertemuan di antara isteri Boadbil (gelaran oleh Kristian kepada pemimpin Nasrid terakhir iaitu Sultan Abu Abdullah Muhhammad XII) dan seorang kesatria dari keluarga Abencerreajes. Akibatnya, seluruh keluarga Abencerrajes dihukum bunuh dengan leher mereka disembelih.



Dari Cypress of the Sultana kami mendaki tangga stairway of the lions. Tangga ini diberi gelaran sedemikian kerana dua ekor singa ceramic yang diletakkan di atas pintu gerbang tangga. Tangga ini dibina sejak abad ke-19 lagi untuk naik ke Generalife High Gardens.



Dari atas taman tinggi ini, pemandangan keseluruhan kawasan boleh dilihat dengan lebih jelas. Cukup cantik!







Ada satu lagi tarikan penting di sini, iaitu Water Staircase. Sayangnya, kami tak jumpa tempat ni. Macam mana boleh tak perasan tempat tu acik? Tak apalah, ku copy aje gambar dari internet okey.

Gambar ihsan dari www.alhambradegranada.org


The Romantic Observation Point in neo-Gothic style. Built in 1836.






Untuk keluar dari taman ini, kami melalui di bawah the promenade of the Oleanders iaitu sebuah jalan yang panjang, berbumbungkan pepohon oleander. Jalan ini menjadi dinding yang memisahkan kebun sayur. Dari sini, perjalanan kami menuju ke Promenade of the Cypress Trees.





Perjalanan kami di dalam Generalife ini sudah hampir tamat. Kami perlu mengejar masa kerana takut tak sempat masuk ke Nasrid Palace.

Jika perjalanan masuk ke dalam taman ini tadi, agak meriah dengan suara pelancong, tapi hala balik, suasana sudah semakin sunyi. Hanya dengar bunyi cengkerik dan unggas rimba. Lagi sekali aku katakan, suasana sebegini amat mendamaikan jiwa. Ada ketikanya, kami mendengar bunyi deruan air. Sangat dekat bunyinya, tapi bila cuba cari, macam jauh pula datangnya.




Okey, dah sampai semula di kawasan Palacios Charles V. Ada lagi 45 minit sebelum waktu masuk ke Nasrid Palace. Rehat jap....

-------------------------------

Eh..eh, tuu, muka macam orang Malaysia je?...ke orang Indonesia? sebab pakcik dan makcik tu buat dono je bila terpandang kami...

Bukan pertama kali terserempak orang Malaysia di sini sebenarnya. Tapi sayang, ada yang buat macam tak kenal orang senegara. Ada juga yang nak lari-lari bila bertembung. Contohnya, satu couple Melayu yang kami terserempak di dalam the Mosque Bath. Memang jelas dan terang bercakap Bahasa Melayu, muka sikitpun tak ada rupa kacukan, tapi bila mereka menyedari akan kewujudan kami dalam tu, cepat-cepat nak beredar dari situ. Cuma yang lelaki tu aje yang nampak cool dan tak cuba lari-lari. Sempat menyahut sapaan kami. Manakala si perempuan tu pula, sekelip mata dah menghilang dari situ. Apasal macam gabra dik, ada buat salah ke sampai macam tu sekali? Ke, takut terkantoi tengah bercuti dengan boyfriend? Kalau lari sebab takut kot-kot gambar korang dirakam, don't worry la, kami tak minat snap gambar Melayu tulen kat negara orang. Apatah lagi nak paparkan dalam blog ini. Kalau abang hensem macam kat Versailles, Paris, tu lain la kaannn...betul tak acik? hehe...


Enjoy the pictures ya!


















Comments

  1. Tahniah! Santek sgt gambar2 tuh, pandai sungguh mengadun.
    Ntah macam mana leh terlepas water stairs tu! Mungkin letih sgt kot dek kepanasan dan perjalanan kaki yg sgt lame.
    Ape pun semua tu pengalaman yg tak dapat dibeli! Subhanallah!

    ReplyDelete
  2. Yer betul. Kena pegi lagi ke sbb ter"miz" water staircase tu?huhu

    ReplyDelete

Post a Comment

Ingatlah...Setiap Perkataan Diadili Kelak

Popular posts from this blog

About Sweden...

#4. Projek Mengecat

Tak ada "ong"