Linköping_June 30, 2009
Vadstena, tempat pertama yang kami lawati pada hari ke-2 di sini. Vadstena ini juga terletak di dalam daerah Östergötland.
Walaupun populasi penduduk di sini kurang daripada 10 ribu orang, Vadstena tetap diiktiraf oleh kerajaan Sweden sebagai Bandar kerana kesan sejarahnya. Bandar ini terkenal dengan dua artifak penting dalam sejarah Sweden iaitu Vadstena Castle dan Vadstena Kloster.
Vadstena Castle merupakan salah satu istana terbaik Sweden ketika era Gustav Vasa dari abad ke-16. Manakala, Vadstena Kloster pula adalah biara pertama yang mengasaskan Order Bridgettine iaitu satu urutan agama monastic yang diasaskan oleh Saint Birgitta (Saint Bridget) dari Sweden.
Vadstena Castle dibina oleh King Gustav Vasa pada tahun 1545 sebagai kubu atau benteng untuk mempertahankan Stockholm daripada serangan musuh dari arah Selatan. Istana yang menjadi benteng pertahanan ini mengandungi 8 bangunan batu yang lebih kecil yang menghadap Tasik Vättern, tiga kubu yang mempunyai kelebaran 31 meter, sebuah laman, parit dan empat menara bulat untuk menempatkan meriam. Kubu asal telah dirobohkan pada abad ke-19 dan yang ada kini telah dirasmikan pada tahun 1999.
Dari kawasan istana ini, aku berjalan kaki seorang diri ke pekan yang berhampiran. Qory demam dan tak larat nak berjalan. Pekan kecil ini sangat cantik dengan bangunan pelbagai bentuk. Lorongnya pula kecil-kecil aje macam yang selalu aku lihat dalam movie. Cantik sangat.
Buah strawberry di sini sangat manis dan saiznya besar-besar. Menurut kata orang tempatan, buah yang tumbuh di kawasan selatan Sweden selalunya lebih manis dari kawasan yang lainnya.
Kami tidak dapat meneruskan perjalanan ke tempat lain kerana demam Qory makin melarat. Selepas habis tawaf pekan kecil ini, kami berpatah balik ke Linköping.
Di sebelah petang, setelah demam Qory kebah, kami dibawa oleh Kak Maya ke Stångån. Stångån ini adalah sebuah sungai kecil di Selatan Sweden. Panjang sungai ini adalah 185km dengan keluasan takungan 2440km persegi. Pemandangan di sini sangat cantik. Airnya cukup jernih.
Semasa ingin meninggalkan kawasan ini aku agak kehairanan kerana tidak melihat seorang manusia pun di luar rumah yang ada di sini. Patutlah....dah pukul 10 malam!
Dalam perjalanan balik ke bilik hostel, kami singgah ke Stadshuset Linköping (Linköping City Hall). Kami lepak di sini dalam setengah jam sahaja. Selesai ambil gambar apa yang patut, terus balik ke bilik.
Comments
Post a Comment
Ingatlah...Setiap Perkataan Diadili Kelak