DUIT...mesti baca punya!
Benarkah kewujudan pelbagai blog bagai cendawan selepas hujan masa kini dipengaruhi faktor keuntungan semata?
Bagi aku sendiri yang baru setahun jagung menulis di alam maya ini, pilihan terletak pada niat masing-masing. Seperti aku, dulu tidak pernah terfikir pun hendak menulis blog. Untuk cipta blog pun tidak tahu langsung. Apatah lagi hendak buat duit dengan menjual idea. Semuanya dilakukan secara berdikit-dikit atas niat untuk berkongsi pengalaman. Juga menyimpan memori indah yang pernah aku lalui itu dalam bentuk yang boleh diakses oleh orang lain.
Sebab itulah aku hanya menguar-uarkan kewujudan blog yang tidak seberapa ini kepada sesetengah individu sahaja. Selebihnya yang bertandang ke laman aku ini adalah mereka yang secara tidak sengaja "tersinggah" di sini. Seronok juga apabila info yang dibekalkan boleh dimanfaat oleh orang lain.
Dalam proses aku menyiapkan sesebuah entry berkaitan tempat bersejarah yang aku dah pergi, internet la yang menjadi rujukan aku. Sebab, aku ingin menulis berdasarkan fakta dan bukannya auta. Bukan sebuah laman sesawang dan bukan juga dua buah yang aku jadikan sumber rujukan termasuk blog.
Tapi sayangnya, ada beberapa buah blog yang aku jumpa, mempunyai isi kandungan yang sama antara satu sama lain. Tidak ada beza waima sepatah perkataan pun dalam entrynya. Jadi, persoalan aku, siapa tiru siapa?
Sudah lah tidak dikreditkan si penulis asal, siap dia tulis itu berdasarkan pengalamannya (sekadar contoh).
Dalam keghairahan kita nak publish entry sebanyak yang mungkin, aku fikir, tidak elok kegiatan copy dan paste entry orang lain sebiji-biji dan masukkan sebagai entry kita ini dijadikan amalan.
Bukan aku kata langsung tidak boleh, tapi, biarlah berpada. Dalam bahasa orang sekarang, "agak-agak la weh..". Baca, fahami dan olah semula mengikut kefahaman anda. Lebih beretika sekiranya kreditkan sumber rujukan entry mahupun gambar yang anda copy dari blog atau laman sesawang orang lain. Mudah bukan?
Comments
Post a Comment
Ingatlah...Setiap Perkataan Diadili Kelak