Uppsala_July 14, 2009

Huuuh...buntu dah otak ni. Cuba sedaya upaya untuk siapkan sambungan entry Al-Hambra, tapi gagal jugak. Idea sangat penting dalam penulisan. Setakat nak menulis merapu, tak perlu fakta, asal ada kerajinan, anytime boleh buat.

Biarkan. Aku nak tulis mengenai Uppsala yang dah setahun, eh bukan...hampir dua tahun yang lalu aku jejaki.

Di mana terletaknya Uppsala ni?

Tempat yang aku teringin sangat nak pergi masa kali pertama kedatangan ke Sweden pada tahun 2008, akhirnya berjaya aku jejaki pada tahun 2009. Dah tau dah mana letaknya bandar ini?

Uppsala yang terletak di Utara Stockholm ini merupakan bandar ke empat terbesar di Sweden dengan kepadatan penduduk lebih kurang 145 ribu orang. Universiti Uppsala yang terdapat di sini merupakan pusat pendidikan tinggi tertua di Scandinavia.

Pagi 14 July 2009 tu, bertolak la aku dan Qory ke bandar ini dengan menaiki SJ train. SJ train ini adalah salah satu pengangkutan keretapi antara bandar yang terdapat di Sweden. Akibat tercari-cari platform, kami tertinggal keretapi yang sepatutnya dinaiki. Burn la duit untuk tiket berharga lebih kurang SEK75 (sehala).

Perjalanan dari Stockholm ke Uppsala memakan masa lebih kurang 40 minit. Kalau naik keretapi dari Arlanda Airport lagi dekat. Dalam 20 minit je. Sebab bandar ni memang dekat dengan airport. Lebih kurang pukul 10.30 pagi, kami selamat sampai ke Uppsala Central Railway Station.

K.Ami, iaitu kawan Qory yang menuntut di sini telah menjadi pemandu pelancong kami. Beliau bawa kami melawat Gamla Uppsala, Linnéträdgården (Linnaeus Garden), cathederal terbesar di Scandinavia, Universiti Uppsala, Istana Uppsala dan sekitar pekan Uppsala. Tidak ketinggalan, kami dibawa ke rumah family seorang pelajar Malaysia yang menuntut dan tinggal di sini. Tumpang solat sebenarnya, sambil-sambil menziarah. Seronok sangat dapat jumpa orang senegara bila berada jauh di rantau orang. Serius! Tak percaya, korang kena lalui sendiri pengalaman tu.

Cukup la berceloteh, jom layan gambar pulak...



Sementara tunggu Kak Ami sampai, kami round di sekitar kawasan stesen keretapi ini. Cuaca agak mendung...


Tempat pertama kami lawati, iaitu Gamla Uppsala atau pun Old Uppsala




The Royal Mounds (Kungshögarna)


Menara loceng kayu dan gereja dalam Gamla Uppsala. Belakang gereja ni adalah tanah perkuburan kristian



Dalam gereja



Disagården ini adalah muzium yang memaparkan kehidupan dan cara hidup orang luar bandar sekitar tahun 1800







Kesian burung ni. Terperangkap dalam salah sebuah rumah yang ada di muzium ni. Dup dap dup dap dadanya bila aku pegang. Takut kena picit kot. Terbanglah kau burung...





Elok aje kami keluar dari Gamla Upssala ni, hujan turun dengan lebatnya. Nasib baik dah duduk dalam bas.



Ni pula taman yang diberi nama Linnéträdgården atau dikenali juga sebagai Linnaeus Garden. Taman ini dinamakan sempena nama Carl von Linne (1707 - 1778) yang lebih dikenali sebagai Linnaeus. Beliau adalah seorang ahli botani Sweden, doktor dan zoologi yang meletakkan asas-asas untuk skim moden Tatanama Binomial. Dikenali sebagai bapa taksonomi moden, dan juga dianggap sebagai salah seorang bapa ekologi moden. Sistem yang diasaskan oleh beliau dalam menamakan, menyusun dan mengkelaskan organisma masih digunakan secara meluas hari ini. Rumah dalam taman tu asalnya rumah beliau yang telah menjadi muzium. Muzium ek? Hmmmm....tak masuk la jawabnya.








Oleh kerana hari ini hujan, bertambah sejuk la jadinya cuaca. Dapat pekena cappuccino secawan, segar dan bertenaga semula. Cafe ni terletak di tepi Fyris River.







Ini pula adalah Uppsala Cathederal. Luas sangat gereja ni. Hiasan dalamnya pula, memang mewah. Perkahwinan pewaris takhta Sweden, Puteri Victoria Bernadotte dan Putera Daniel asalnya akan berlangsung di gereja ini pada June 19, 2010 . Tapi akhirnya, mereka berkahwin di Stockholm. Prince Daniel ni asalnya rakyat biasa.






Kami hanya berjalan kaki dari satu tempat ke satu tempat sekitar bandar ini. Penat juga, tapi sebab cuaca dingin, tak rasa sangatlah letihnya.






Dalam perjalanan menuju ke Uppsala Slott atau Uppsala Castle atau Istana Uppsala melalui kawasan Universiti Uppsala. Luas amat kawasan universiti ni. Sempat singgah library universiti untuk beli cenderahati.




Istana ini dibina pada tahun 1549 oleh Raja Gustav Vasa





Istana ini terletak atas kawasan berbukit. Dari atas ni boleh lihat pemandangan bandar Uppsala dan juga Cathederal Uppsala yang kami masuk tadi.





Depan istana ini ada taman botani yang ditanam dengan pelbagai jenis pokok dan bunga. Landscape taman ini memang superb! Pokok epal yang ditanam dikiri dan kanan membentuk lorong di taman ini. Seronoknya dapat sentuh dan cium bunga ros pelbagai warna dan saiz. Cuma, kena hati-hati sebab ada banyak sangat lebah sedang menghisap madu bunga. Juga, buat pertama kali dalam hidup, dapat cium dan pegang bunga lavender. Wangi sangat!








Dari taman tadi, berjalan terus ke taman botani Universiti Uppsala.




Memang boleh leka duduk dalam taman ni. Banyak sangat spesies bunga yang tak pernah dilihat di Malaysia, terdapat di sini. Dari taman ini, kami berjalan kaki ke rumah pelajar Malaysia yang aku sebut di awal entry tadi untuk tumpang solat. Sekarang ni, mereka dah tamat belajar dan dah pun kembali ke Malaysia.



Bila hari semakin gelap, semakin terasa la kesejukan. Kami naik train malam ke Stokholm.

Hej då Uppsala!


Comments

Post a Comment

Ingatlah...Setiap Perkataan Diadili Kelak

Popular posts from this blog

About Sweden...

#4. Projek Mengecat

Tak ada "ong"