Melankolik ke?
Entry malam ini tidak mengandungi sebarang unsur informasi. Tiba-tiba aje rasa nak menulis selepas masuk ke blog seorang junior aku masa di UiTM dulu. Dia ni memang jenis happy go lucky. Selain dia, ada dua tiga orang lagi girls dalam group dia yang baik dengan aku. Sebenarnya, kami jadi baik pun sebab salah seorang kawan dia adalah roommate aku. So, mereka ni rajinlah datang melepak kat bilik aku. Hadiah birthday yang mereka beri pada aku dulu pun rasanya masih tersimpan elok di kampung. Tetiba rindu pada kenangan lama pulak...alahai...bernostalgia la pulak...
Bukan itu point utama sebenarnya. Junior aku yang lebih aku kenali sebagai Yol ini sekarang tinggal di Hull, UK. Sudah berapa lama dan lama mana dia akan tinggal di sana aku pun tak pasti sebab sejak habis belajar memang dah tak pernah contact satu sama lain. Aku tahu dia duduk sana sebab salah seorang kawan dia satu opis dengan aku. Eh, bukan seorang sebenarnya. Ada beberapa orang lagi.
Okey...itu pun baru mukadimah...belum sampai point utama lagi...ihik!
Sebenarnya, bila baca entry2 dia, tatap gambar2 anak-anaknya yang comel, lihat betapa bahagianya kehidupan dia sekarang. Duduk di negara asing..boleh kumpul pinggan mangkuk mahal2, beli periuk cap Tefal, aduh...rasa beruntungnya diaaa...huhu
Pernah tak korang rasa macam tu? Sebenarnya, dalam hidup ini, kita tak pernah puas dengan apa yang kita ada. Selalunya, kita memandang apa yang orang lain ada dan tak ada pada kita itu sebagai satu keberuntungan kalau kita juga mampu mendapatnya. Sedangkan, dalam masa yang sama, ada orang lain berfikir perkara yang sama tentang kita. Betapa beruntungnya kita sebab ada itu..ini...sekian dan sekian...
Contoh mudah macam aku ni la. Masa memula baca blog dia (lama dah tahu kewujudan blog dia ni, tapi selalunya aku hanya menjadi silent reader aje), aku rasa dia bertuah dan bahagia. Tapi, mungkin juga orang lain, sama ada yang menjadi followers secara terang atau menjadi pembaca senyap seperti aku, kata aku bertuah sebab dapat melalui pengalaman berjalan di negara orang. Ada sesiapa berani mengaku ke?
Orang yang dah ada kerja, mungkin akan kata, kalau dulu belajar sampai peringkat tertinggi, mungkin sekarang tak perlu kerja dengan gaji kecil. Manakala, orang yang tak ada kerja pula, akan kata "bestnya jadi macam dia..dah ada kerja tetap...kerja gomen lak tu...beruntung...beruntung..."
Bestnya jadi macam dia...dah kawin, ada anak, suami..rumahtangga yang bahagia (luarannya). Yang dah kawin pulak, mungkin akan kata, "bestnya dia...nak buat apa atau nak ke mana pun tak perlu nak fikir suami dan anak2 kat rumah...tak perlu bermasam muka dengan suami sebab duit...bla..bla..bla" .
Kesimpulannya, kalau kita terfikir untuk membandingkan diri atau hidup kita dengan orang lain, lihatlah pada mereka yang serba kekurangan dari kita. Pasti kita akan rasa, betapa beruntung dan bertuahnya kita. Kalau kita hanya mampu memiliki motosikal sahaja buat masa ini, jangan lihat pada mereka yang ada kereta. Lihatlah pada mereka yang tidak ada kereta waima motosikal pun.
Aku? Bersyukur apa adanya...
Comments
Post a Comment
Ingatlah...Setiap Perkataan Diadili Kelak