Posts

Showing posts from March, 2011

Tak ada "ong"

Aduuhhh, bulan ni macam-macam berlaku kat aku. Bermula dengan tv rosak, patah itu, patah ini, sekarang dapur gas pulak buat hal. Padahal baru aje beli beberapa bulan yang lalu. Semalam, ingat nak memasak, api menyambar dari bawah dapur. Terus cabut kepala gas dan tak berani nak guna lagi dah. Cuba cari dalam internet nombor telefon company dapur cap FABER ni. Alhamdulillah, ada nombornya. Waktu operasi pejabat ni pukul 8.30 pagi. Agak-agak je dah ada staff bertugas, aku pun call buat aduan. Senang hati la sebab operator yang melayan aku tu kata nanti akan ada technician datang repair. Technician akan call dulu untuk set appointment . Sampai setengah hari, habuk pun tarak . Masih bersangka baik, kot-kot petang nanti ada call . Malangnya, tunggu punya tunggu, tak ada terima sebarang call seperti dijanjikan. 3.3o petang, aku call sekali lagi tanya status report . Jawapannya begini : "Oh, kalau buat aduan hari ni, esok baru technician akan call untuk buat appointment dengan cust...

Charlie

Image
Aku sebut tentang serangga ini dalam entry Window Painting . Apa sebenarnya serangga ini? Pada awalnya, nama saintifik serangga ini aku tak tahu. Bahayanya serangga ni kalau hinggap kat badan kita, alamat berkudis dan berair la tempat dihinggapinya itu. Ramai yang dah jadi mangsa. Paling takut kalau kena di muka. Tak pasal-pasal pergi kelas dengan muka bengkak, merah dan bernanah. Ayooo, manyak takut sama itu serangga. Pantangnya pula, serangga ni tak boleh dibunuh macam tu aje. Sebab kata orang, kalau bunuh lagi banyak geng-geng dia datang. Kalau dah tak boleh bunuh, nak buat macam mana? Haaa, ni yang lawaknya. Bila pergi bilik member aku, atas lantai dan dinding biliknya penuh dengan serangga yang dah disalotapekan. Jadi perhiasan la ko Charlie. Hahaha... Okey, khusus untuk entry ini, aku pun try la google nama serangga ni. Ahaa, rupanya wujud pun nama tu di alam nyata. Biodatanya adalah seperti berikut :- Nama Am : Kumbang Rave Nama Saintifik : Class : Insecta Order : Coleo...

Window painting

Image
Situasi : ketika aktiviti mengemas pejabat Aku : Kak, alih la kabinet besi tu dari situ. Kesian saya, tak dapat lihat pemandangan :) Kak N : Ok Tiba-tiba pula, bila tengok tingkap, teringat kenangan ketika menuntut di Uitm dulu. Aktiviti window painting sangat famous waktu tu. Kolej Delima untuk pelajar wanita dan Kolej Perindu untuk pelajar lelaki. Kedua-dua kolej ini terletak berhadapan antara satu sama lain. Cuma, Kolej Perindu ni letaknya atas kawasan berbukit sikit. Apa kaitan kedua-dua kolej ni dengan aktiviti window painting ? Window painting , adalah satu kaedah berkomunikasi dengan cara menggayakan sesuatu huruf secara terbalik di cermin tingkap sehinggalah menghasilkan perkataan yang ingin disampaikan. Kenapa tulis secara terbalik? Supaya pihak satu lagi dapat membaca dengan tepat. Mula-mula tu, si lelakinya akan melambai-lambai dari tingkap biliknya. Bila dah dapat respon dari si wanita di Kolej Delima ni, akan mulalah ayat pertama yang ditulis di tingkap seperti "hi...

Nombor Cantik

Image
Total visitor untuk blog aku

Fireworks di Putrajaya

Image
Selesai solat isyak sebentar tadi, kedengaran bunyi seperti bunga api dibakar. Eh, ada acara apa di Putrajaya malam ni? Jenguk di tingkap bilik, memang sah, langit hitam terang benderang disinari cahaya bunga api yang bewarna warni. Apa lagi, capai kamera dan zoom dari tingkap bilik... Mungkin sempena acara Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta 2011 kali ke-3 kot. Dah tiga kali acara belon panas ini diadakan di sini, sekalipun aku tak pernah pergi. Belum sampai minat lagi...

Kenapa dengan diriku ini?

Image
Kek ke-3 dalam bulan ni. Apa nak jadi kat aku ni pun tak tahu laaa.. Kali ni guna perisa strawberry pulak. Romantik je color pink ni kan? Ecehh.. Macam biasa, resepi malas nak taip. Jamu mata aje la ye. huhu

July 12, 2009_Netherlands @ Amsterdam (Final)

Image
Hari terakhir di Amsterdam. Oleh kerana perjalanan ke Eindhoven Airport tu jauh, kami kena keluar awal dari hotel. Hujan pula pagi ni, sampai kena beli rainproof ponchos . Kalau tak, maunya basah nak berjalan sampai ke stesen keretapi. Sebelum balik, singgah kedai souvenir jap. Kononnya nak beli fridge magnet dekat gerai souvenir yang agak jauh sikit dari hotel ni. Berjalan la kami ni dengan mengheret 1 biji beg beroda dan menggalas 1 biji hiking bag serta beg sandang sebiji seorang dalam hujan ke tempat tersebut. Sampai-sampai aje, frust gila. Pak cik tu tak buka gerai pagi ni.Huuuh! Penatnya berjalan. Dah tak ada pilihan, terpaksa beli souvenir kat kedai tepi hotel walaupun agak mahal. Ambil je la apa yang mampu. Selesai, terus heret beg ke stesen keretapi. Perjalanan bertukar keretapi dan bas sebanyak empat kali. Alhamdulillah, sampai juga ke airport lebih awal dari waktu penerbangan. Sempat la jamu-jamu mata kat kedai dalam airport ni pula. Tengok bunga tulip segar yang di...

It's your turn...PIZZA

Image
Lama sudah tak makan pizza. Mood sudah mari. Jom buat pizza! Resepi ni aku dapat dari seorang kawan. Malas la pulak nak taip kat sini. Layan gambar je la ek... Sambil-sambil buat pizza ni, teringat nasib rakyat di Utara Jepun yang ditimpa musibah. Kasihan mereka. Berapa lama masa diambil untuk mereka bangkit semula? Melihat rakaman kejadian tsunami tersebut, terasa betapa kerdilnya kita sebagai hambaNYA. Sebesar-besar kenderaan mahupun bangunan ranap sekelip mata apabila DIA berkata "jadilah".

Hilang luggage?

My colleague asked me, what shall we do if our luggage did not arrived in the airport? Hmmmm...soalan beliau membuat aku terdiam sejenak. Cuba fikir info yang aku pernah baca sebelum ini tetapi tidak banyak membantu beliau. Maksudnya, aku tidak dapat memberi secara detail langkah-langkah yang perlu diambil apabila menghadapi situasi sedemikian. Beliau bertanya bagi pihak kenalan keluarga yang fly dari Malaysia ke Melbourne dengan menaiki Emirates Airlines . Luggage mereka tidak tiba seperti yang sepatutnya. Kesian, semua keperluan penting seperti pakaian dan ubat-ubatan berada di dalam beg tersebut. Setakat beberapa kali aku travel samada dalam atau luar negara, belum pernah lagi la terjadi perkara sebegini. Tetapi, tidak mustahil ianya boleh terjadi kan? Sesiapapun tentu cuak apabila beg tak muncul-muncul di conveyer belt, betul tak? Makanya, aku pun mula mencari info apa yang perlu dilakukan sekiranya luggage kita tak sampai ke destinasi yang kita tuju. Apakah hak-hak kita sebag...

On My Birthday

Image
Buat kek lagi? Hahaha...buang tabiat ke apa aku ni? Baru je tambah satu angka lagi dalam hidup dah jadi begini ke? Semalam dah buat kek chiffon keladi. Bawa office jamu kawan-kawan sempena sambut hari ulang tahun kelahiran la kononnya. Ada pula la yang mengidam kek oren. Cadangnya, semalam nak buat juga, tapi sebab malam ada kelas, tak cukup masa la nak buat banyak jenis kek. Resepi ni kalau tak silap, aku ambil dari blog Mat Gebu juga. So , sesiapa yang nak cedok resepi ni, silalah ke blog http://tiffinbiru.blogspot.com/ . Tahun ni dapat hadiah baju dan food cover . Terima kasih kawan-kawan atas ingatan tulus kalian. Errr..tak ada siapa ke nak hadiahkan aku tv baru? TV aku dah rosak la...huhuhu

July 11, 2009_Netherlands @ Amsterdam (Part II)

Image
Best nya dapat duduk dalam kapal setelah separuh hari berjalan kaki. Berapa kalori habis ni.huhu.. Kami menaiki Holland International Cruise untuk menikmati pemandangan bandar Amsterdam. Cruise ini selesa sangat sebab ada bumbung dan tempat duduk pun empuk. Ada pemandu pelancong yang akan menerangkan setiap tempat yang dilalui. Jom layan gambar pula... Perjalanan menaiki cruise ini lebih kurang 1 jam. Seterusnya, kami kembali ke kawasan Dam Square . Oleh kerana masih ada masa, kami pun masuk ke Madame Tussauds . Tempat apa Madame Tussauds ni? Ianya adalah sebuah Wax Museum yang memaparkan waxworks tokoh sejarah dan royal figures , artis, bintang sukan dan tidak ketinggalan pembunuh yang terkenal. Mula diasaskan oleh wax sculptor bernama Marie Tussauds di London. Beliau dilahirkan pada 1 Disember 1761 di Strasbourg, France. Ibunya bekerja sebagai pembantu rumah Dr. Philippe Curtius di Bern, Switzerland iaitu seorang doktor perubatan yang mahir dalam pemodelan lilin. Curtius lah...