Window painting

Situasi : ketika aktiviti mengemas pejabat

Aku : Kak, alih la kabinet besi tu dari situ. Kesian saya, tak dapat lihat pemandangan :)

Kak N : Ok

Tiba-tiba pula, bila tengok tingkap, teringat kenangan ketika menuntut di Uitm dulu. Aktiviti window painting sangat famous waktu tu. Kolej Delima untuk pelajar wanita dan Kolej Perindu untuk pelajar lelaki. Kedua-dua kolej ini terletak berhadapan antara satu sama lain. Cuma, Kolej Perindu ni letaknya atas kawasan berbukit sikit.

Apa kaitan kedua-dua kolej ni dengan aktiviti window painting?

Window painting, adalah satu kaedah berkomunikasi dengan cara menggayakan sesuatu huruf secara terbalik di cermin tingkap sehinggalah menghasilkan perkataan yang ingin disampaikan. Kenapa tulis secara terbalik? Supaya pihak satu lagi dapat membaca dengan tepat. Mula-mula tu, si lelakinya akan melambai-lambai dari tingkap biliknya. Bila dah dapat respon dari si wanita di Kolej Delima ni, akan mulalah ayat pertama yang ditulis di tingkap seperti "hi", "boleh berkenalan?"

Contoh perkataan yang ditulis terbalik



Ini adalah cara yang sangat famous untuk si lelaki dan wanita antara dua kolej yang saling bertentangan ini memulakan perkenalan.

Maklum la, waktu tu kan muda remaja. Hormon tengah memuncak, mula la menggeletis nak berpakwe makwe. Semua sibuk nak bercouple (aku tak termasuk dalam golongan tu, hehehe). Jangan tak percaya, ramai yang dapat couple dengan cara tu. Mungkin ada yang kekal sampai ke jinjang pelamin hanya dengan berkenalan menerusi window painting. Mungkin...

Yang kelakarnya tu, setiap perbualan tanpa suara tu boleh diikuti juga oleh orang lain yang duduk di meja study masing-masing. Macam-macam yang ditulis. Boleh senyum sendiri bila tengok gelagat orang yang sedang angau. Siapa la pelopor kepada aktiviti ini dan sejak bila, aku pun tak pasti.

Bagi pelajar wanita yang dapat bilik berhadapan dengan Kolej Perindu, kira beruntung la kot sebab dari siang sampai malam boleh berwindow painting. Sesiapa yang dapat bilik berhadapan dengan kolam renang pula rugi sebab dah la tak berpeluang berwindow painting, kena pula berhadapan dengan serangan serangga bergelar "charlie".

Binatang apa tuuu? next entry ok :)

Zaman terlalu cepat berubah, sekarang dah tak ada kot aktiviti macam tu. Apabila teknologi handphone dan internet mengambil tempat, apa perlu lagi berwindow painting, betul tak? Entah-entah, kolej Perindu atau Delima itu pun dan bertukar penghuni untuk penuntut wanita atau lelaki sahaja. Lama dah tak pergi Uitm...ishhh..rindu pula kenangan lama.

Comments

  1. Haha..saya baru teringat dan tulis pasal window painting ni...hari ni baru terjumpa blog awak.

    http://khairulabdullah.com/2012/02/telefon-bimbit-window-painting-dan-perindu/

    ReplyDelete
  2. sape yg pernah duduk kolej ni mesti terkenang zaman silam kan bila baca entri window painting :)

    ReplyDelete
  3. Baru lps borak dgn hubby dan anak2 psl window painting ni... semua yg diceritakan masih jelas di ingatan saya... puas cari gambar di internet... mungkin zaman tu xder siapa terfikir utk amik gambar kot.. ye lah time tu smartphone pun x wujud lg... 🤭... apa pun terimbau kenangan bila baca entry ni... tq..

    ReplyDelete

Post a Comment

Ingatlah...Setiap Perkataan Diadili Kelak

Popular posts from this blog

About Sweden...

#4. Projek Mengecat

Tak ada "ong"