Charlie
Aku sebut tentang serangga ini dalam entry Window Painting. Apa sebenarnya serangga ini?
Pada awalnya, nama saintifik serangga ini aku tak tahu. Bahayanya serangga ni kalau hinggap kat badan kita, alamat berkudis dan berair la tempat dihinggapinya itu. Ramai yang dah jadi mangsa. Paling takut kalau kena di muka. Tak pasal-pasal pergi kelas dengan muka bengkak, merah dan bernanah. Ayooo, manyak takut sama itu serangga. Pantangnya pula, serangga ni tak boleh dibunuh macam tu aje. Sebab kata orang, kalau bunuh lagi banyak geng-geng dia datang. Kalau dah tak boleh bunuh, nak buat macam mana? Haaa, ni yang lawaknya. Bila pergi bilik member aku, atas lantai dan dinding biliknya penuh dengan serangga yang dah disalotapekan. Jadi perhiasan la ko Charlie. Hahaha...
Okey, khusus untuk entry ini, aku pun try la google nama serangga ni. Ahaa, rupanya wujud pun nama tu di alam nyata.
Biodatanya adalah seperti berikut :-
Nama Am : Kumbang Rave
Nama Saintifik : Class : Insecta
Order : Coleoptera
Famili : Staphylinidae
Spesies : Paederus fuscipes Curtis
Nama Tempatan : Semut Semai, Semut Kayap, Charlie dll.
Mempunyai saiz kurang daripada 1 cm panjang. Badannya berwarna kuning kemerahan gelap manakala bahagian atas, bawah abdomen dan kepala berwarna gelap. Bahagian tengah abdomen yang berwarna hijau tua mempunyai sepasang sayap keras dikenali sebagai "elitron". Di bawah sayap keras ini terdapat sepasang sayap lutsinar yang dilipat kemas. Selalunya, kumbang ini kelihatan merangkak dengan pantas di kawasan sekeliling dengan menyembunyikan sayapnya dan sekali pandang ia lebih menyerupai semut. Apabila diganggu kumbang ini akan menaikan bahagian abdomen supaya kelihatan seperti kalajengking untuk menakutkan musuh.
Cecair hemolimf yang terdapat di dalam badan (kecuali sayap) kumbang ini mengandungi toksin sentuh haiwan yang paling berbisa di dunia. Toksin ini dikenali sebagai 'pederin' (C24 H43 O9 N) dinamakan dalam tahun 1953. Ia mempunyai tahap keracunan 12 kali lebih tinggi daripada venom (bisa) ular tedung. Kumbang rove yang telah dikeringkan dan disimpan selama 8 tahun masih lagi mempunyai ketoksinannya. Persentuhan dengan kumbang ini semasa bergerak atau tidur, menghancurkannya pada badan atau menggosok dengan jari yang kotor akan menyebabkan konjunktivitis dan penyakit kulit yang teruk yang dikenali sebagai 'dermatitis linearis', 'paederus (kumbang rove/ staphylinidae) dermatitis', 'whiplash dermatitis' dan sebagainya. Pada September 2002, wabak dermatitis linearis yang disebabkan oleh kumbang rove telah menjangkiti beribu-ribu orang penghuni rumah pangsa dan asrama pelajar di Pulau Pinang.
Oleh kerana kumbang ini tertarik kepada cahaya pada waktu malam, tutup atau kurangkan penggunaan lampu dan tutup semua pintu/ tingkap semasa epidemik kumbang tersebut. Gunakan jaringan nyamuk yang halus, semburan aerosol serangga, perangkap berpelekat dan sebagainya. Jangan duduk berhampiran dengan cahaya/ lampu, jangan memukul kumbang yang terdapat pada badan, cuma hembus/ tiup untuk menghindarinya. Jika tersentuh dengan kumbang ini, basuh segera kawasan yang bersentuhan dengan sabun dan air. Sesiapa yang mengalami alahan kulit yang teruk mestilah mendapat rawatan perubatan.
Ramai di kalangan penghuni kolej terkena sengatan serangga ni semasa tidur. Bangun-bangun tidur aje, muka dah bengkak dan merah. Tunggu la beberapa jam lagi, jadi berair, berkudis dan kadang-kadang sampai bernanah.
Inilah rupa serangga berbisa ini. Anda pernah menjadi mangsanya?
Info dan gambar Charlie aku cedok dari website ini.
Comments
Post a Comment
Ingatlah...Setiap Perkataan Diadili Kelak