Tips for Traveling Abroad_Part II

Sebagai menunaikan janji aku dalam entry yg lepas, ini adalah tips part 2 yg anda boleh rujuk. Tapi sebelum tu, suka aku mengimbas kembali peristiwa yang aku lalui semasa pergi ke Amsterdam. Selepas check-in di airport Skavsta, aku minta kawan tolong pegangkan pasport aku. Masa tu aku malas nak bukak beg untuk simpan pasport sebab tu bagi dia pegang.

Bila selamat mendarat di lapangan terbang Eidhoven di Amsterdam, aku berjalan agak ketinggalan di belakang kawan aku. Masa nak melepasi imigresen di pintu masuk airport, tak semena2 si imigresen tu mintak pasport aku. Apa lagi, panik jap la aku sebab kelibat kawan aku dah tak kelihatan. Puas memanjangkan leher utk cari dia, pun tak nampak. Aku bagitau si imigresen ni, pasport aku pada kawan dan minta dia tunggu sebentar sementara aku call kawan aku tu. Dah le masa tu handphone belum on sebab off sepanjang dalam flight. Tengah dok on handphone, kawan aku muncul.Fuhhh! lega teramat sangat. Kalau dia tak muncul, tak pasal2 aku kena tahan kat imigresen Amsterdam sebab masuk tanpa pasport.

Apa yg buat aku dan kawan aku ni pelik sebab dia lepas aje masa melalui imigersen tu. Kenapa aku pulak yg ditahan. Ni dah kes ke-2 aku asyik kena random checking. Pertama masa kat Paris. Nanti aku masukkan dalam entry yg lain pasal ni.

Moral dari cerita ni ada 2:-

1. Pasport anda, anda perlu simpan sendiri
2. Kalau perlu kawan atau family pegangkan, jangan terpisah dengan mereka

Penumpang lain yg satu flight dgn aku tak ada pun imigresen tu minta tunjuk pasport. So, aku rasa sebab aku ni muslim dan mereka akan check secara random bagi pelancong muslim. Kita tak tahu lah kan kot2 kalau mereka ni prejudis pada muslim. Maklumlah banyak terrorist yang dikaitkan dengan muslim. Ke muka aku ni muka terrorist?

Rasanya kat atas tu aku dah bagi tips yg pertama. Jom baca tips seterusnya:-

2. Selain dari wang tunai dalam matawang negara tersebut, anda digalakkan membawa kad kredit, if only to have for an emergency purposes (ingat tu, utk tujuan kecemasan sahaja..hahaha)

3. Jangan buat pertukaran matawang di money exchange kat airport sebab extra fees dia tinggi. It is best to go to a bank or a business that specializes in currency exchange.

4. Masa booking tiket, pilih seat yang akan membuatkan anda selesa. Ada orang suka duduk di window seat dan ada yang suka duduk di aisle seat. Middle seat tu jarang sgt kot org suka duduk

5. Bawa Travel Converter Plug untuk kegunaan alat elektronik anda. Check dulu sebelum beli sebab converter plug ni ada pelbagai jenis. Lain negara plug dia berbeza.

6. Minta air soda dari pramugari/pramugara dan minum semasa kapal terbang mula berlepas. Makin tinggi kapal terbang naik, tekanan udara makin tinggi. Tekanan tu biasanya akan buat kita pening, mual dan rasa tak selesa. Bila minum air soda, kita akan sendawa dan kurangkan rasa tak selesa tu. Masa aku minta air ni dulu, pramugari tu pandang aku dgn muka pelik je. Confius jap aku"eh, aku minta bir ke tadi?". Moralnya, jgn malu2 utk minta walaupun masa tu makanan/minuman belum dihidangkan.

7. Bawa pakaian yg bersesuaian dgn cuaca kat negara anda nak pergi

8. Jika anda merancang untuk travel dari sebuah negara ke sebuah negara lain, (contoh: Sweden--> French-->Sweden-->Malaysia) bawa bersama tiket penerbangan balik ke Malaysia semasa anda pergi ke French. Ada sesetengah negara eropah, sangat ketat peraturannya. Imigresen di UK contohnya, akan minta anda tunjukkan tiket balik ke Malaysia dan akan tanya pelbagai soalan kepada anda. So, be prepared! Cerita berkaitan baca di sini

9. Peka dengan peraturan yang ditulis atau diumumkan di airport semasa nak berlepas (contoh, had maksimum barangan liquid yg boleh dibawa dalam hand luggage)

10. Kalau beg tak muat nak masukkan pakaian dan barang2 lain, cari info mengenai cara2 nak jimatkan ruang masa packing beg. Cara lipat baju pun turut mempengaruhi kepadatan beg anda.

Rasa2nya ni aje tips yang aku leh kongsi. Kalau ada lagi, aku share lain kali ok. Maaflah, aku punya tips ni disusun tidak mengikut keutamaan. Mana yang ingat aku tulis dulu. Bagi yang travel dengan bayi atau kanak2, aku tak masukkan tips2 tu kat sini sebab tak ada pengalaman bawa budak. Anda boleh cari sendiri info ni dalam internet.

Comments

  1. Good tips! Thanks! Some of it tak terfikir pun...

    ReplyDelete
  2. Pengalaman adalah guru terbaik

    ReplyDelete

Post a Comment

Ingatlah...Setiap Perkataan Diadili Kelak

Popular posts from this blog

About Sweden...

#4. Projek Mengecat

Tak ada "ong"