28Jun2010_Barcelona

Selepas sarapan, (buat sendiri) kami mulakan sesi lawatan. Dari hotel Lyon ke Stesen Metro Barceloneta mengambil masa kurang 10 minit berjalan kaki. Dari Stesen Barceloneta naik metro L4 menghala ke Passeig de Gràcia. Tukar ke metro L3 menghala Trinitat Nova untuk turun di stesen Lesseps. Tempat pertama yg dituju adalah Parc Güell iaitu salah satu tempat yang disenaraikan dalam UNESCO World Heritage Site. Taman ini dibina di antara tahun 1900 hingga 1914. Direka oleh Antoni Gaudí i Cornet , iaitu seorang arkitek eksentrik yang sangat terkenal dengan gaya rekaan Art Nouveau . Pada asalnya, tempat ini dirancang untuk dijadikan bandar dalam taman oleh Count Eusebi Guell , iaitu seorang industrialis Barcelona yang terkenal. Beliau nak bangunkan perumahan untuk orang-orang kaya. Sebab itulah beliau mengupah Antoni Gaudí untuk merealisasikan impian tersebut.. Walaubagaimanapun, rancangan ini gagal di mana hanya 2 buah rumah yang dibangun dan Güell tidak mampu menjual salah satu rumah terse...