28Jun2010_Barcelona

Selepas sarapan, (buat sendiri) kami mulakan sesi lawatan. Dari hotel Lyon ke Stesen Metro Barceloneta mengambil masa kurang 10 minit berjalan kaki.


Dari Stesen Barceloneta naik metro L4 menghala ke Passeig de Gràcia. Tukar ke metro L3 menghala Trinitat Nova untuk turun di stesen Lesseps.


Tempat pertama yg dituju adalah Parc Güell iaitu salah satu tempat yang disenaraikan dalam UNESCO World Heritage Site. Taman ini dibina di antara tahun 1900 hingga 1914. Direka oleh Antoni Gaudí i Cornet, iaitu seorang arkitek eksentrik yang sangat terkenal dengan gaya rekaan Art Nouveau.


Pada asalnya, tempat ini dirancang untuk dijadikan bandar dalam taman oleh Count Eusebi Guell, iaitu seorang industrialis Barcelona yang terkenal. Beliau nak bangunkan perumahan untuk orang-orang kaya. Sebab itulah beliau mengupah Antoni Gaudí untuk merealisasikan impian tersebut..


Walaubagaimanapun, rancangan ini gagal di mana hanya 2 buah rumah yang dibangun dan Güell tidak mampu menjual salah satu rumah tersebut. Gaudi akhirnya membeli rumah tersebut untuk diri dan keluarganya. Beliau turut merekacipta perabot di dalam rumahnya itu. Sekarang, rumah ini telah diconvert menjadi muzium. Kami tak masuk pun sebab tak minat masuk muzium tambah pulak kena bayar. Taman ini mula dibuka kepada umum pada tahun 1922.



Taman ni atas bukit. Jenuh nak naik ke atas, walaupun ada escalator. Entah berapa tingkat escalator yg kena naik. Escalator ni pulak bukan bersambung2. Nak pergi dari satu escalator ke escalator seterusnya tu ada gak kena berjalan. Menongek2 punggung rasanya. Kejap2 berhenti minum air. Dalam ati dah cuak, camne nak turun nanti sebab escalator ni hanya disediakan untuk naik, turun kena guna tangga. Mampus laa...


Entah berapa KM kena mendaki, sampai sakit kaki dan pinggang


Bila sampai kat atas, terus nampak pokok2 kaktus yg tumbuh dengan banyaknya. Patut la boleh tumbuh, kawasan ni memang panas dan kering. Macam gurun pulak. Daya tarikan kat sini, kita boleh nampak pemandangan sebahagian bandar Barcelona dari atas bukit ni.



Taman ini mengandungi struktur batu yang mengagumkan, jubin bangunan menakjubkan dan menarik. Ini dapat dilihat pada bench bulat yang dihiasi jubin berwarna-warni. Kerusi ini direka seperti ular kena palu di mana, setiap jubin yang ada di bench ini tidak sama coraknya. Pemandangan bandar Barcelona boleh dilihat dengan lebih jelas dari sini.







Di sini juga, kita boleh lihat jalan yang disokong dengan tiang batu berputar yang seolah-olah tumbuh keluar dari tanah. Bentuknya macam batang pokok.










Satu lagi daya tarikan kat sini adalah seekor cicak besar yg diperbuat dari jubin. Ada juga yang menggelarkannya dragon.. Rasanya tak ada yg ketinggalan mengabadikan gambar cicak tu. Orang memang ramai sampaikan nak ambil gambar pun susah. Ada aje monster ink yang masuk sekali dalam gambar.





Sebenarnya ini adalah pintu masuk utama ke taman ni. Kat sini, ada gatehouse yang kelihatan macam istana dalam cerita dongeng omputih. Siap ada menara putih biru lagi. Bila tengok jubin fancy camni, teringat pulak aku hiasan icing atas kek. Entah apa relevannya, korang jangan persoalkan okeh








Memang besar sangat kawasan ni, sampai kami tak larat lagi dah nak meneroka sampai ke kawasan lebih tinggi. Hari pula makin panas.


Spain ni terletak kat Semenanjung Iberia. Selain Spain, Portugal juga terletak dalam Semenanjung Iberia. Semanjung Iberia ni memang terkenal dengan cuacanya yg panas berbanding negara Eropah yang lain. Bahagian selatan Spain lagi panas, seperti di Cordoba. Kedudukan Spain di antara Laut Mediterranean dan Lautan Atlantik yang masa sekolah dulu kita belajar dalam subjek Geografi kan.



Okey, balik semula pasal taman ni tadi. Nasib baik jalan nak turun tu tak seteruk nak naik. Kat sini jalan lebih mendatar. Tak ada tangga atau escalator. Kami singgah beli cenderahati untuk diri sendiri. Berlaku peristiwa menyakitkan hati di kedai ni, tapi malas aku nak cerita kat sini.

Depan kedai souvenirs yg besar & peniaganya orang tempatan. Sayangnya, kami tak jumpa kedai ni awal tadi


Perjalanan seterusnya, kami teruskan ke La Sagrada Familia atau juga dikenali sebagai Temple Expiatori de la Sagrada Família. Direka oleh Antoni Gaudí, gereja Roman Katolik basilika ini masih belum siap sepenuhnya walaupun telah bermula pada tahun 1883. Selepas Gaudi meninggal pada tahun 1926, kerja menyiapkan gereja ini masih diteruskan sehingga ke hari ini dan dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2026. Seratus tahun selepas Gaudi meninggal! Mayat Gaudi turut ditanam di ruangan bawah tanah Sagrada Familia.

Naik metro Blue Line (L5) dari Stesen Diagonal menghala ke Stesen Sagrada Familia







Rekaan gereja ni memang kaya dengan simbol agama Kristian dan terdiri daripada 18 menara. 12 menara tersebut mewakili Apostles, 4 Evangelists, the virgin mary (menara paling rendah) dan yang paling tinggi antaranya adalah Jesus Christ.



Semasa Spanish Civil War berlaku pada tahun 1936, pembinaan gereja ini turut terganggu. Ada di antara pelannya telah dimusnahkan oleh Catalan anarchists. Maksudnya, selepas perang tersebut, gereja ini dibina mengikut pelan yang dibuat semula oleh arkitek2 baru menggunakan teknologi lebih moden. Kalau korang minat nak baca lebih pasal La Sagrada Familia, sila klik di sini.

Kami tak masuk dalam pun. Rasanya kat dalam tu pun macam2 ukiran patung tuhan mereka.. Malas nak habiskan duit. Lepas ambil gambar dari luar, kami beredar.


Seterusnya, kami pergi ke Tibidabo. Tempat ni merupakan gunung tertinggi di Barcelona. Dari bawah, naik Tramvia Blau sampai separuh jalan. Tambang €4.30 seorang. Ingatkan naik sampai puncak. Rupanya nak naik sampai puncak kena naik train lain yg dipanggil funicular dengan bayaran €4.








Dah sampai atas, baru nampak ada bas awam sampai kat sini. Cuma tak tahu naik dari mana. Nak buat macam mana, duit kami bukan rezeki tokey bas tu..huhu..


Dari atas gunung ni, boleh tengok pemandangan bandar Barcelona. Memang sangat cantik, Nampak laut dan bandar barcelona. Ada park dan church 'Temple de Sagrat Cor' kat atas ni.






Kat sini orang tak berapa ramai. Kami melepak kat dalam taman hiburan ni dan makan. Lapar betul, since turun dari Parc Güell tadi cari tempat sesuai untuk makan tak jumpa2. Ni boleh makan dengan amannya.






Kami menaiki funicular terakhir untuk turun ke bawah. Sepanjang perjalanan turun menaiki Tramvia Blau, mata kami terpaku melihat keindahan rumah2 yg tersergam indah sepanjang jalan. Kami dapat mengagak, kawasan ini adalah kawasan elit.




Badan dah rasa letih, tapi kami cuba juga isi hari ini dengan cover sebanyak mungkin tempat2 menarik yg nak dilawati. Perjalanan kami teruskan ke Port Vell di mana kat sini boleh dilihat Monument Christopher Columbus. Macam pernah dengar je nama tu kan? Dialah pelayar yang namanya tercatat dalam buku sejarah kita dulu. Monument ini yang juga dikenali sebagai Monument a Colom dalam bahasa Catalan, dan dikenali sebagai Monumento a Colón dan Mirador de Colón dalam bahasa Spanish. Tujuan monument ni dibuat adalah untuk Exposición Universal de Barcelona dan dibina di tempat di mana Columbus kembali ke Sepanyol selepas pelayaran pertamanya ke Amerika. Tinggi monument ni 60m (197ft) dan berada di lower end of La Rambla.






Dari sini juga boleh dilihat pedesterian swing bridge dan World Trade Centre. Kami tak menyemberang pun, cuma duduk lepak tepi pelabuhan ni sambil makan. Cuma tak bestnya, anjing peliharaan orang kat sini kebanyakan tak bertali. Dibiarkan lari sana sini. Nak makan pun tak concentrate sebab mata asyik melilau takut anjing ni tiba2 datang say ‘hi’ dengan kami. Qory ni lagi fobia dengan anjing sejak peristiwa yang berlaku semasa dia di Rome sebelum tu. Ada kenangan acik dan anjing yer..



Tak sempat habis makan pun, kami dah teruskan perjalanan. Kali ni nak masuk kawasan ‘hot’ kat Barcelona ni, La Rambla. La Rambla ni sebenarnya sebuah jalan di pusat Barcelona dan popular di kalangan pelancong mahupun penduduk tempatan. Laluan pejalan kaki sepanjang 1.2km ini berada di antara Barri Gòtic dan El Raval, menghubungkan Plaça Catalunya kat tengah2 dengan Christopher Columbus monument kat Port Vell. Kawasan yang menjadi tumpuan pelancong ini jugalah menjadi tempat tumpuan orang yg kariernya sebagai pickpocket. Sebab tu lah aku kata kawasan ni hot.



Pelukis jalanan ini leka melukis tanpa menghiraukan orang yang mengerumuninya

Terjumpa kedai pakaian KUALA LUMPUR. Mungkin pemiliknya orang Malaysia


Apa yang menarik kat sini? Hmm, di sini kami tengok patung manusia yang pelbagai. Ada yang ambil karektor Edward the scissors, ada yg jadi batu dan macam2 karektor lagi. Mekap mereka ni memang menjadi la. Aku sebenarnya tertanya2, kalau yg jadi batu tak bergerak2 tu, tak bosan ke? yer la, berjam2 dok dalam keadaan statik camtu. Sedang aku duduk dalam office leh bergerak sana sini pun rimas juga kalau asyik duduk aje. Apa2 pun, ini lah cara masing2 mencari rezeki kan.



Sepanjang jalan ni ada macam2 restaurant yang menyajikan tapas dan paella. Tapas tu apa? Ni definisi tapas yg aku jumpa dalam internet ‘Tapas is the name of a wide variety of appetizers, or snacks, in Spanish cuisine.’ Paella pula dibuat dari nasi yang dicampur pelbagai lauk pauk di dalamnya. Hmm, kena cuba nanti ni...

Survey juga souvenir kat sini, tapi rata2 mahal bagi kami. Tangguh dulu hajat untuk beli fridge magnet dengan harapan jumpa kedai lagi murah.

Sempat kami singgah di pasar Mercat de la Boqueria kat sini. Pasar ni dah nak tutup pun, tapi sempat la kami beli tembikai, buah ceri dan tak ketinggalan pelbagai jenis kacang untuk bekalan dalam train ke Madrid esok.

Market dah nak tutup...


Tak sampai 100 meter jalan, kami jumpa pasar raya Carrefour. Apa lagi, singgah la untuk beli beberapa barang terutamanya air.


Semasa berjalan nak ke Hard Rock Cafe, kami hampir dilanggar oleh dua tiga orang Afrika yang lari lintang pukang. Rupanya kena kejar dengan polis. Dah la masa ni orang ramai kat kawasan ni. Tiba2, sorang mamat Afrika ni sempat ditarik oleh polis dan serta merta dia jatuh tersungkur atas jalan. Lama mamat ni mengerang atas jalan sambil pegang bahu dia. Masa dia jatuh tu, aku ingat mau pecah muka dia nih. Nasib baik muka tak pecah, tapi bahu terhentak kuat sampai terguling2 dia mengerang kesakitan. Mungkin patah..Kesian juga aku tengok...

Mereka ni dikejar sebab berniaga tak ada lesen. Mungkin juga pendatang tanpa izin. Tapi kat sini memang ramai kaum2 nih berniaga. Macam2 diaorang jual, handbag, spec mata hitam dan macam2 lagi

Kami tak menunggu lama sebab takut. Cepat2 masuk Hard Rock Cafe, beli barang dan terus balik.

Comments

Popular posts from this blog

About Sweden...

#4. Projek Mengecat

Tak ada "ong"